*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Sambungan.... KESEMPURNAAN YG ISLAM INGINKAN Perlulah dijelaskan bahawa utk memahami titik kesesatan fahaman Sekularisme dgn sebenar2nya, Muslimin mestilah memahami terlebih dahulu dua aspek ajaran Islam yg telah difahamkan secara salah oleh golongan yg mendokong Sekularisme di tanah air. Salah faham tersebut adalah berpunca dari pengaruh pemikiran sekular yg mempengaruhi pandangan dan penilaian mereka. Dua aspek tersebut ialah syumuliah Islam dan ajaran Islam mengenai sunnatulLah. Islam dgn maknanya itu tadi, tidak meninggalkan suatu aspek dari kehidupan manusia melainkan Islam telah menyediakan dgn penuh terperinci panduan Tuhan yg lengkap mengenainya. Melalui ketaatan yg tidak berbelah bagi kpd panduan tersebut yg terbit dari keimanannya terhadap hakikat ketauhidan Allah swt dan hakikat ketinggian dan kesucian sifat2 yg berdiri pada zatNya Yg Maha Suci, manusia mengabdikan dirinya kpd Allah swt Islam dgn itu tidak menerima sama sekali kemerdekaan tingkah laku manusia dari ikatan petunjuk dan panduan Allah Azza Wajalla. Petunjuk dan panduan tersebut adalah iradah Allah swt yg bersifat perundangan dan keugamaan terhadap diri manusia. Manusia diberi kebebasan oleh Allah Azza Wajalla sebagai ujian terhadap kepatuhan dan ketaatanNya utk sama ada ia tunduk kpd iradah Allah swt itu atau sebaliknya. Kemerdekaan tingkah laku manusia dari kesediaan tunduk kpd iradah Allah swt yg telah menjadikannya adalah kesudahan kejahilan dan kemuncak kebiadapan manusia. Firman Allah swt di dlm surah al-Ahzab ayat 36 yg bermaksud:"Dan tidaklah harus bagi org2 beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan rasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus bagi mereka) mempunyai hak utk memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yg tidak taat kpd hukum Allah dan rasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dgn kesesatan yg jelas nyata. Dari sini perlulah difahami dgn seterang2nya bahawa kesempurnaan yg dikatakan sebagai sifat kpd ajaran Islam itu pada hakikatnya adalah kesempurnaan ubudiah dan kesempurnaan taat kpd Allah swt. Oleh itu sebelum ia merupakan sebagai kesempurnaan sistem dan amal, ia terlebih dahulu adalah merupakan kesempurnaan ubudiah dan taat. Dgn lain perkataan kesempurnaan Islam sebenarnya adalah kesempurnaan yg sengaja dijadikan oleh Allah swt utk melahirkan ubudiah yg benar2 menyeluruh di kalangan manusia. Ia bukanlah kesempurnaan yg dimaksudkan utk semata2 menjadi asas yg kukuh bagi membentuk sebuah masyarakat baru atau tamadun baru spt yg ingin difahami oleh sebahagian pecinta2 pemikiran Barat di zaman ini. Firman Allah swt di dlm surah al-Baqarah ayat 208 yg bermaksud:"Wahai org2 yg beriman! Masuklah kamu ke dlm agama Islam (dgn mematuhi) segala hukum-hakamnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu yg terang lagi nyata." Firman Allah swt di dlm surah al-Baqarah ayat 138 yg bermaksud:"(Katakanlah wahai org2 yg beriman: Agama Islam yg kami telah sebati dgnnya ialah), celupan Allah (yg mencorakkan seluruh kehidupan kami dgn corak Islam) dan siapakah yg lebih baik celupannya dpd Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kpdNyalah kami beribadat". Kesempurnaan Islam dgn pengertiannya yg hakiki sebagai kesempurnaan ubudiah ini dgn sendirinya tidak akan terlaksana dan tidak muncul ke alam realiti tanpa pendisiplinan yg ketat terhadap syariat dan kehendak Allah swt itu. Penamaannya dgn pelbagai nama Islam dan penampalannya dgn pelbagai logo agama tidak akan menukarnya walau sedikit pun utk menjadi satu ubudiah di sisi Allah Azza Wajalla. Seterusnya kesempurnaan Islam sebagai kesempurnaan ubudiah tidak dapat menerima sebarang usaha penangguhan bagi perlaksanaan Islam selepas telah nyata dan disepakati hukumnya kerana penangguhan dlm keadaan itu pada hakikatnya adalah penangguhan ubudiah yg diwajibkan itu. Sesiapa sahaja akan segera dapat menginsafi betapa janggal dan songsangnya sebarang langkah menangguhkan mana2 aspek dpd ajaran Islam tersebut kerana menangguhkan mana2 aspek dpd ajaran Islam pada ketika itu sebenarnya membawa makna penangguhan ubudiah terhadap Allah Azza Wajalla. Firman Allah swt di dlm surah al-An'am ayat 121 yg bermaksud:"Dan janganlah kamu makan dpd (sembelihan binatang2 halal) yg tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya kerana sesungguhnya yg sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa) dan sesungguhnya syaitan2 itu membisikkan kpd pengikut2nya supaya mereka membantah (menghasut) kamu dan jika kamu menurut hasutan mereka (utk menghalalkan yg haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi org2 musyrik." Oleh itu tanpa menyedari bahawa kesempurnaan Islam adalah bermaksud mencapai kesempurnaan ubudiah, syumuliah Islam sekali pun ia turut diakui dgn berat hati oleh segolongan para pendokong ideologi Barat di zaman ini, namun ia pada hakikiatnya tidaklah mempunyai sebarang keuntungan kpd agama dan perjuangan tauhid itu krn roh pengabdian yg mutlak dan menyeluruh itu tadi tidak pernah diakui sama sekali oleh mereka sebagai dasar perjuangan mereka....bersambung ===== __________________________________________________ Do You Yahoo!? Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: mohd adib <[EMAIL PROTECTED]>