*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmanir Rahim,
     Dengan   nama   Allah   yang   Maha  Pemurah  dan
 Maha
Mengasihani.  
2.   Setiap kali kita berucap atau membuat sesuatu
kita mula
dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha
Mengasihani.
3.   Sementara kita menyebut sifat-sifat yang ada pada
Allah
Subhanahu wa Ta'ala kita dapati ada orang  yang  tidak
 pula
mengambilkira  sama  ada  kita  sendiri  wajib 
mengamal dan
menunjukkan sifat-sifat ini.  Sebaliknya apabila
menjalankan
urusan-urusan Islam  jika  terdapat  tafsiran 
al-Quran  dan
Sunnah  yang  tidak secocok dengan sifat-sifat yang
ada pada
Allah  Subhanahu  wa  Ta'ala,  mereka  terima  sahaja 
tanpa
menyoal  sama ada ianya adalah daripada ajaran
al-Quran atau
Sunnah atau kerana kesilapan dalam  kefahaman  dan 
tafsiran
ajaran-ajaran ini.  
4.      Antara  kita  ada juga yang tidak cuba
mengikut atau
menghayati sifat-sifat yang  ada  pada  Allah 
Subhanahu  wa
Ta'ala.    Antara kita ada yang bukan sahaja tidak
penyayang
dan pengasih, tetapi juga mudah bertindak dengan tidak
 adil
kepada  umat  Islam  yang lain dan umat manusia. 
Mereka ini
tidak  menganggap  kebengisan  atau   ketidakadilan  
mereka
sebagai  bertentangan  dengan ajaran Islam.  Dengan
ini maka
agama Islam tercemar dan orang Islam tidak dihormati. 

5.    Agama Islam disampaikan kepada  umat  manusia 
melalui
bahasa  Arab  asli.    Namun tiap seorang Arab tidak
mungkin
memahami ajaran Islam hanya kerana ia faham dan 
menggunakan
bahasa Arab setiap hari.
 
6.     Untuk memahami ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi,
semua
orang Arab perlu kepada tafsiran dan penjelasan  oleh 
orang
yang  sudah  mempelajari  agama  dan membaca serta
mentafsir
ajaran al-Quran dan Sunnah.  Tetapi tafsiran dan 
penjelasan
oleh  pakar-pakar agama ini bergantung kepada
pengertian dan
kefahaman atau fikh mereka  tentang  apa  yang  mereka
 baca
dalam  Quran  dan Hadith.   Selepas itu apa yang
disampaikan
oleh  mereka  kepada  orang  Arab  pun   bergantung  
kepada
terjemahan  mereka  ke  bahasa Arab harian.  Ini
mendedahkan
mereka kepada dua kemungkinan.   Jika kefahaman  orang
 yang
menyampai  ajaran  Quran  dan  Hadith  salah,  maka
salahlah
ajaran mereka.  Yang kedua jika penterjemahan ke
bahasa Arab
harian salah, maka salahlah ajaran.   Kemungkinan 
kesalahan
berlaku  menjadi lebih apabila orang bukan Arab tetapi
faham
bahasa Arab cuba menyampaikan ajaran Quran dan Hadith 
dalam
bahasa  bukan Arab.  Kefahaman dan tafsirannya mungkin
salah
di samping penterjemahannya juga salah.
 
7.    Kemungkinan kesalahan berlaku  apabila  seorang 
bukan
Arab  menyampaikan  ajaran  Islam  dalam  bahasa 
bukan Arab
adalah sama dengan  kemungkinan  kesalahan  berlaku 
apabila
orang  Arab  yang  fasih  dalam  bahasa  bukan Arab
mengajar
melalui syarahan atau buku dalam bahasa berkenaan.  
Justeru
itu  janganlah sesiapa mendakwa bahawa ajarannya lebih
tepat
hanya kerana ia faham bahasa Arab.  Ianya juga mungkin
salah
sama seperti orang Arab  yang  menulis  dalam  bahasa 
lain.
Orang  yang  mempelajari  agama  Islam  yang  tidak
memahami
bahasa Arab tidak semestinya selalu salah berbanding 
dengan
orang  yang  memahami  bahasa  Arab.    Semua pihak
terdedah
kepada kesalahan kefahaman atau tafsiran atau 
penterjemahan
oleh  diri sendiri atau oleh ulama.
 
8.    Amatlah angkuh bagi orang  Melayu  yang  faham 
bahasa
Arab moden mendakwa  bahawa  hanya  kefahaman  dan 
tafsiran
mereka sahaja yang tepat dan sesiapa yang mempelajari 
agama
melalui tafsiran dan kefahaman ulama lain dalam bahasa
bukan
Arab tidak tepat  dan  tidak  boleh  diterima.    Tiap
 kali
mereka mengulas  tafsiran  mereka  dalam  bahasa bukan
Arab,
mereka juga boleh melakukan  kesalahan  sama  seperti 
orang
yang menulis buku-buku agama dalam bahasa bukan Arab. 
Tidak
ada  perbezaan  antara  orang  yang  tahu  bahasa 
Arab  dan
mengajar dalam bahasa Melayu, dengan orang  yang  juga
 tahu
bahasa Arab dan menulis dalam bahasa Melayu.
 
9.   Perbezaan tafsiran terhadap ajaran Islam memang
berlaku
sepanjang  zaman,  walaupun di kalangan orang yang
berbahasa
Arab.  Ini adalah oleh kerana terdapat dalam al-Quran 
bukan
sahaja   ayat-ayat   yang  jelas  dan  terang  seperti
 yang
menyatakan babi dan zina adalah haram.
 
10.   Tetapi terdapat kebanyakan  daripada  ayat-ayat 
dalam
al-Quran  yang  memberi  panduan  secara  umum.   Ini
memang
begitu  kerana  panduan  ini  adalah  untuk   keadaan 
 yang
berbeza-beza.    Dengan  itu  tafsiran ayat-ayat ini
melalui
proses ijtihad sekali pun boleh berbeza  mengikut 
kefahaman
atau fikh pentafsir atau keadaan atau zaman.
 
11.   Hanya kerana ada perbezaan tafsiran ini tidak
bermakna
yang satu itu betul dan yang lainnya  semua  salah.   
Semua
tafsiran  mungkin  betul  dan  semua mungkin salah,
dan juga
mungkin ada yang betul dan mungkin  ada  yang  salah 
antara
tafsiran-tafsiran  yang dibuat.  Bukanlah suatu
perkara yang
mustahil bagi hasil ijtihad yang dahulu dibatal atau 
diubah
oleh  ijtihad  yang kemudian.   Yang tidak boleh
diubah atau
dipinda ialah ayat-ayat  al-Quran  dan  Hadith  yang 
sahih.
Ahli  fikh  boleh mempunyai kefahaman yang berbeza
berkenaan
ayat dan Hadith yang sama.
 
12.  Oleh kerana terdapat perbezaan  tafsiran  ajaran 
Islam
dalam  al-Quran  dan   Hadith   maka   terbentuklah  
banyak
mazhab.   Tidak ada satu mazhab yang berhak  mendakwa
bahawa
ianya  sahaja Islam, dan yang lain tidak Islam.
 
13.    Walaupun  ada ajaran yang tetap menyeleweng dan
tidak
Islam tetapi mazhab-mazhab yang diiktiraf, walaupun
berbeza,
tidak boleh didakwa tidak Islam dengan
sewenang-wenangnya.
 
14.   Yang ditegah oleh  agama  Islam  ialah 
perpecahan  di
kalangan  ummah.    Dalam  Surah  Al-An'am  Ayat  159 
Allah
berfirman yang bermaksud:
     "   Sesungguhnya orang-orang yang memecahbelah
agamanya
      dan  mereka  menjadi  beberapa  golongan,  
tidak  ada
      sedikit pun  tanggungjawab terhadap mereka .... 
Allah
      yang akan memberitahu kepada  mereka  apa  yang 
telah
      mereka  perbuat"
 
15.    Dakwaan  oleh  PAS  bahawa  sesiapa  tidak  
menerima
undang-undang  hudud PAS menjadi murtad amatlah
bertentangan
dengan ajaran Islam yang memberi kelonggaran dalam
mentafsir
ajaran Islam sehingga perbezaan boleh berlaku.  Kita
dibenar
menolak atau menerima  mana-mana  tafsiran.   
Undang-undang
hudud  PAS  adalah  hasil  kefahaman  atau fikh dan
tafsiran
orang PAS akan ajaran al-Quran dan hukum syarak.    Ia
 juga
adalah  hasil  kepentingan politik parti.   Ia tidak
menjadi
sebahagian daripada ajaran Islam yang  mesti  diterima
 oleh
semua orang Islam.  Ia tidak pun termasuk dalam ajaran
Islam
hasil  kefahaman  dan tafsiran imam-imam yang
diiktiraf baik
oleh puak Sunni atau Syiah.
 
16.  Kita tidak menafikan adanya orang  yang  boleh 
menjadi
murtad.   Ada syarat dan perbuatan tertentu yang
membolehkan
kita mendakwa orang itu murtad.  Penolakan
undang-undang PAS
tidak   termasuk   dalam   syarat-syarat   ini.      
Bahkan
undang-undang  PAS juga tidak memasukkan 'kesalahan'
menolak
undang-undang  PAS  sebagai  sebahagian  daripada 
perbuatan
irtidad  atau  riddah.    Ini boleh dilihat dalam
seksyen 23
dalam undang-undang PAS.
 
17.      Oleh  itu   PAS   tidak   boleh   mendakwa  
bahawa
undang-undangnya   tepat  dan  menjadi  sebahagian 
daripada
ajaran Islam.  Kesahihan undang-undang PAS pun  belum 
boleh
ditentukan.    Ia  mungkin  bertentangan dengan ajaran
Islam
sendiri.
 
18.   Untuk menentukan  sama  ada  undang-undang 
hudud  PAS
Kelantan  mematuhi  hukum hudud dalam Islam, tidak ada
ujian
yang lebih tepat daripada penilaian terhadap adil atau
tidak
adilnya hukuman yang akan dihasilkan oleh
undang-undang PAS.
Jika adil maka  kemungkinannya  ialah  ia  diasaskan 
kepada
hukum-hukum  Islam.    Jika  hukuman  yang dibuat
berasaskan
kepada undang-undang PAS itu jelas dan nyata tidak
adil maka
mustahillah ia adalah berasaskan  kepada  hukum-hukum 
Islam
sepenuhnya  yang  juga  mengambilkira  maslahah  Am
Syariah.
Soal berat atau tidak hukum Islam  berbanding  dengan 
hukum
dalam undang-undang semasa tidak perlu diambilkira.
 
19.    Sebagai contoh untuk kajian, kita boleh
mengambil kes
rogol.   Secara ringkas seorang  wanita  yang  belum 
kahwin
dirogol.      Ia   membuat  pengaduan  terhadap  orang
 yang
merogolnya, orang yang dikenali olehnya.   Apakah yang
 akan
berlaku  dengan  kes  ini  mengikut undang-undang PAS,
iaitu
Seksyen 10 berkenaan Zina.
 
20.  Untuk mengesahkan bahawa wanita itu  benar-benar 
telah
dirogol  dan  bukan  ianya  dengan  rela hati berzina,
empat
orang saksi yang terdiri daripada orang yang  tidak 
berdosa
besar  dan  tidak  melakukan  dosa-dosa  kecil 
berulangkali
diperlukan.
 
21.  Saksi seperti ini sudah tentu  sukar  didapati.  
 Yang
pertamanya,  perogol  tidak  merogol  di hadapan
saksi.   la
sudah tentu tidak ingin mendedahkan dirinya  kepada 
hukuman
yang  berat  yang  akan dikenakan ke atasnya.   Jika
hukuman
tidak berat sekalipun ia tidak akan mendedahkan
dirinya.
 
22.   Saksi yang  mulia  tidak  akan  berdiam  diri 
melihat
perbuatan  merogol  berlaku  di  hadapan  mereka.  
Tentulah
mereka tidak bertanggungjawab jika  mereka  melihat 
jenayah
yang  begitu  dasyat berlaku di hadapan mereka tanpa
memberi
pertolongan.  Jika mereka tidak cuba  menolong  maka 
mereka
akan  menjadi  orang  yang  bersubahat dengan perogol.
  Ini
bermakna mereka turut berdosa dan  tidak  layak  lagi 
untuk
menjadi saksi yang boleh diterima.
 
23.    Hanya  jika  mereka  dipaksa menyaksi dan
diugut oleh
perogol atau rakan-rakannya mungkin saksi terpaksa 
menyaksi
tanpa  membuat  apa-apa.   Keadaan ini tidak mungkin
berlaku
melainkan dalam peperangan umpamanya, di  waktu  mana 
rogol
berlaku  tanpa  apa-apa  sekatan  seperti di Bosnia,
di mana
orang Serb yang bukan Islam sering merogol.   Tetapi 
mereka
bukan Islam dan mengikut undang-undang PAS mereka
tidak akan
dikenakan hukum hudud.
 
24.    Yang  jelas ialah mangsa rogol yang membuat
pengaduan
tidak mungkin mendapat saksi-saksi yang  boleh 
diterima  di
bawah  undang-undang  PAS.    Dengan itu perogol tidak
boleh
didakwa di bawah undang-undang PAS.
 
25.     Undang-undang   PAS   juga   tidak   akan  
menerima
'circumstantial evidence' iaitu tanda-tanda pada
mangsa yang
membuktikan  ia  telah  dirogol.    Undang-undang  PAS
tidak
menerima kesan atau cedera luka di  tempat-tempat 
berkenaan
atau  tanda-tanda pada perogol yang menunjuk mangsanya
telah
melawan untuk mempertahankan kehormatannya.
 
26.  Dengan tidak adanya saksi yang empat yang
diterima  sah
oleh   undang-undang   PAS   dan  penolakan 
'circumstantial
evidence' maka pengaduan dan tuduhan oleh mangsa rogol
 akan
ditolak.  Perogol akan terlepas daripada apa-apa
hukuman.
 
27.     Sementara  itu  jika  wanita  yang  tidak 
berkahwin
melahirkan anak maka ia dianggap telah melakukan zina.
 Oleh
kerana ia tidak dapat membuktikan ia telah dirogol 
maka  ia
tidak  akan  dapat  mempertahankan  dirinya daripada
tuduhan
zina  apabila  ia  hamil  dan  melahirkan  anak.   
Mengikut
undang-undang   PAS   wanita  yang  tidak  berkahwin 
tetapi
melahirkan anak adalah salah kerana zina.    Dengan 
itu  ia
akan  dihukum kerana berzina.  (Seksyen 46 Sub seksyen
2) --
Undang-undang PAS.
 
28.     Hukuman ini berat,  jika  yang  melakukan 
zina  itu
telah  berkahwin,  boleh  dihukum  dengan rejam sampai
mati.
Jika dia belum  berkahwin,  boleh dihukum   dengan  
sebatan
sebanyak 100  kali.    Terdapat pandangan baru dalam
hukuman
rejam ke atas orang  yang  telah  berkahwin tetapi ini
telah
tidak diambil kira.
 
29.    Apakah  boleh  umat  Islam  menerima bahawa
menghukum
mangsa rogol tetapi melepaskan  orang  yang  merogol 
adalah
adil?    Kita  boleh  kata  bahawa wanita sepatutnya
menjaga
dirinya dan tidak bergerak ke mana-mana tanpa  muhrim 
untuk
mengelak  daripada  dirogol.   Tetapi kita tahu bahawa
walau
bagaimana  dijaga  sekalipun  akan  ada  wanita  yang 
 akan
dirogol.  Mereka boleh diculik walaupun selalu berada
dengan
muhrim.  Kemudian mereka boleh dirogol.
 
30.    Apakah  kita  boleh  terima  bahawa  menghukum
mangsa
jenayah dan melepaskan penjenayah adalah adil?  Sudah 
tentu
siapa sahaja akan menganggap hukuman seperti ini tidak
adil,
bahkan  menganiayanya.   Apakah wanita dalam
masyarakat yang
sanggup menghukum mereka jika  mereka  dirogol  akan 
berasa
terselamat?    Apakah  masyarakat  yang  begitu  tidak
 adil
sehingga melepaskan perogol dengan  sewenang-wenangnya
 akan
menjadi tenteram?  Apakah ada keadilan dalam
masyarakat yang
sedemikian?
 
31.    Islam  adalah agama yang membawa keadilan
kepada Arab
Jahiliah dan kepada  umatnya  yang  lain.    Islam 
menjamin
keadilan  bagi  semua  rakyat yang berada dalam negara
Islam
dan masyarakat  Islam.    Islam  tidak  mungkin 
mengizinkan
ketidakadilan  menjadi sebahagian daripada ajarannya. 
Islam
tetap menegakkan keadilan dan mempertahankannya.  
Kezaliman
bukan sesuatu yang menjadi sifat KeIslaman.
   Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saad Ayat 27 -
bermaksud;
     "  Dan  tiadalah  kami  mencipta  langit dan bumi
serta
      segala  yang ada di antara  keduanya  sebagai 
ciptaan
      yang tidak mengandungi  hikmat  dan  keadilan 
".
Dalam   Surah  Asy-Syura Ayat  17 Allah Berfirman
bermaksud,
     "  Allah  yang  menurunkan  Kitab  suci  dengan
membawa
      kebenaran,  dan  menurunkan  keterangan  yang 
menjadi
      neraca  keadilan ".
Dalam Surah Arrahman Ayat 7 -
     "  Dan langit  dijadikannya  tinggi serta Ia
mengadakan
      undang-undang dan peraturan neraca keadilan ".
Ayat  8
     "  Supaya kamu tidak melampau batas  dalam 
menjalankan
      keadilan ".
 
32.    Justeru  itu  sebarang  kezaliman  yang berlaku
dalam
masyarakat Islam bukanlah kerana  ajaran  Islam.   
Sebarang
kezaliman  dalam  masyarakat  Islam  dan negara Islam
adalah
kerana umat Islam atau pemimpin Islam  atau  Kerajaan 
Islam
tidak  mengikut  ajaran  Islam atau mereka
menyalahtafsirkan
ajaran Islam yang sebenar.  Dan ini memang kerap
berlaku dan
menyebabkan masyarakat  dan  negara  Islam  menjadi 
mundur,
tidak tertib, kucar-kacir dan lemah.
 
33.    Undang-undang  PAS adalah hasil tafsiran PAS
terhadap
ajaran agama Islam.   Ia bukanlah undang-undang  Islam
 yang
asli.    Ia  juga  bukan mengikut tafsiran ajaran
Islam yang
tepat.  Ia adalah hasil kefahaman  dan  kajian  agama 
Islam
yang  dibuat oleh orang-orang yang mempunyai kefahaman
Islam
yang tidak mendalam.  Lebih buruk lagi ialah ia dibuat
 oleh
orang  dan  puak  yang  mempunyai kepentingan
tertentu, yang
mana  kepentingan  ini  tidak  ada   kena   mengena  
dengan
kepentingan  Islam.  Kepentingan Islam dalam sesebuah
negara
mengambilkira maqasid Am Syariah.   Ini  telah 
diketepikan.
Ia  adalah dipengaruhi oleh kepentingan politik sebuah
parti
politik yang dicipta oleh orang  yang  beragama  Islam
 yang
sama  dengan orang Islam lain di zaman ini dan dalam
sejarah
Islam.  Dan kita lihat bagaimana  berkali-kali  orang 
Islam
atau  Kerajaan  orang Islam sengaja menyalahtafsirkan
ajaran
agama  Islam  untuk  kepentingan  mereka.      Sudah  
tentu
undang-undang PAS hasil tafsiran PAS termasuk dalam
tafsiran
golongan  tersebut.  Ini bukan kali pertama yang orang
Islam
membuat sesuatu yang tidak Islam tetapi berselindung 
dengan
agama  Islam.   Sepanjang sejarah Islam perkara ini
berlaku.
Jika tidak kenapakah orang Islam yang  bersaudara 
berperang
sesama   sendiri?      Tidakkah   peperangan   sesama 
Islam
bertentangan dengan  ajaran  Islam?    Tetapi 
masing-masing
mendakwa  mereka  berperang kerana Islam, bahkan
menggunakan
nama Allah.
 
34.  Ajaran Islam tidak salah.  Adalah mustahil ajaran
Islam
menghasilkan undang-undang  yang  begitu  jelas  tidak
 adil
seperti   yang   telah   dihuraikan   berkenaan  kes 
rogol.
Ketidakadilan tidak boleh berlaku jika  ajaran  agama 
Islam
dilaksanakan.  Jika ia berlaku maka ia bukan daripada
ajaran
agama   Islam.      Adalah   dusta   jika   sesiapa 
berkata
ketidakadilan adalah Islam dan keadilan adalah tidak
Islam.
 
35.  Lebih buruk lagi ialah undang-undang PAS  bukan 
sahaja
tidak  adil tetapi ia menyebabkan agama Islam menjadi
ejekan
orang  lain,  memburukkan  imej  Islam,  dan  memisah 
serta
menjauhkan  orang lain daripada agama Islam dan orang
Islam.
Jika undang-undang PAS dilaksanakan maka  bilangan 
penganut
agama  Islam  tidak akan bertambah, bahkan akan
berkurangan.
Sebaliknya kita tahu Islam telah berkembang sebelum
ada  PAS
dan  undang-undang PAS.   KeIslaman orang PAS sendiri
adalah
kerana tidak ada PAS dan undang-undang PAS  di  zaman 
orang
Melayu menerima Islam.
 
36.    Kerana  ketidakadilan ini sahaja pun kita tidak
boleh
terima  undang-undang  PAS   sebagai   undang-undang  
Islam
sebenar.  Tetapi undang-undang PAS mempunyai
unsur-unsur dan
kesan-kesan   lain   yang   buruk  yang  juga  tidak 
Islam.
Umpamanya di negara berbilang kaum seperti di Malaysia
ianya
dihadkan oleh Kerajaan PAS kepada orang Islam sahaja.
 
37.  Di zaman Nabi memang benar orang Yahudi dihukum 
dengan
undang-undang  mereka  semasa  Nabi  memerintah  di
Madinah.
Tetapi hukuman di bawah undang-undang Taurat  Yahudi 
adalah
sama berat dengan hukuman di bawah undang-undang
Islam.
 
38.   Apabila  orang  Islam  memerintah  negara-negara
 yang
mempunyai rakyat yang bukan beragama Islam, umpamanya 
orang
Kristian  Koptik  di Mesir,   undang-undang  yang 
dikenakan
ke atas orang Koptik ialah  undang-undang  yang
dicipta oleh
Kerajaan Islam hasil kajian dan interpretasi mereka
terhadap
ajaran Islam.  Oleh itu orang Koptik tidak dikenakan
bayaran
zakat dan fitrah.    Mereka  dikenakan  cukai  kepala,
 atau
jizyah iaitu  tiap  seorang  orang  Koptik  dikenakan 
cukai
sekian  banyak tiap-tiap  tahun.    Ini juga amalan
beberapa
Kerajaan Islam  dahulu.    Setelah  membayar  jizyah 
mereka
mendapat perlindungan.   Mereka boleh dikecualikan 
daripada
perkhidmatan ketenteraan.   Dengan  mengenakan  jizyah
 maka
cukai  ke  atas  orang bukan Islam menjadi sama dengan
orang
Islam.  Tidak siapa boleh berkata  jizyah  tidak  adil
 atau
zakat tidak adil.
 
39.    Ini adalah undang-undang Kerajaan Islam.  Akan
tetapi
cara  pelaksanaannya  berubah   mengikut   keadaan.   
  Ada
fleksibiliti dalam pelaksanaan.  Jika masyarakat atau
negara
Islam  lain  tidak  menerima  atau  tidak mengamalkan
sistem
cukai jizyah ke atas orang bukan Islam, ini  tidak 
bermakna
bahawa  mereka  tidak  Islam.    Mereka masih Islam.  
Hanya
keadaan di sesebuah negara itu yang boleh menentukan. 
Dalam
perkara ini kaedah fekah ada menyatakan, " Hukum itu
berubah
dengan sebab perubahan masa, tempat dan waktu "  dan 
kaedah
lain  menyatakan,  " Tindakan imam atau ketua negara
ke atas
rakyat bergantung kepada maslahah ".     Kaedah-kaedah
  ini
terkandung  dalam  prinsip  yang besar yang dipanggil
Siasah
Syari'ah.
 
40.  Undang-undang PAS tidak akan dikenakan  ke  atas 
orang
bukan  Islam  di  Kelantan.    Tetapi  orang  bukan
Islam di
Kelantan tidak terletak  di  bawah  undang-undang 
mana-mana
kitab.    Mereka  terletak  di  bawah  undang-undang
ciptaan
manusia.
 
41.  Selain daripada itu hukum di bawah  undang-undang
 yang
akan dikenakan ke atas orang bukan Islam amat berbeza
dengan
hukuman  ke  atas  orang  Islam  di bawah
undang-undang PAS.
Sementara orang Islam yang berzina  akan  dikenakan 
hukuman
rejam  dengan batu sampai mati, orang bukan Islam
hanya akan
didenda atau di  penjara  buat  beberapa  bulan  atau 
tahun
sahaja.    Bolehkah  kita menerima hukuman bunuh dan
hukuman
penjara itu sama?
 
42.  Sebaliknya mengikut Taurat Yahudi  orang  yang 
berzina
dikenakan  hukuman rejam dengan batu sampai mati,
iaitu sama
dengan hukuman dalam Islam.  Inilah hukuman yang 
dijatuhkan
oleh  Nabi  apabila  sepasang orang Yahudi dihadapkan
kepada
Baginda kerana berzina.   Tidaklah ada  sesiapa  yang 
boleh
berkata  hukuman  ke  atas  orang  bukan  Islam lebih
ringan
daripada hukuman ke atas orang Islam.  Dengan
perkataan lain
ketidakadilan tidak berlaku di Madinah di bawah
pemerintahan
Nabi.
 
43.   Sekali lagi  terbukti  yang  undang-undang  PAS 
tidak
sedikit  pun  berasas  kepada  maqasid  syariah.    Ia
 akan
menyebabkan ketidakadilan yang  ketara  berlaku    -- 
  dan
ketidakadilan tidak boleh dianggap sebagai Islam. 
Perbezaan
hukuman  bagi orang Islam dan orang bukan Islam adalah
tidak
Islam.
 
44.   Undang-undang PAS adalah hasil  tafsiran  agama 
Islam
oleh  orang  PAS.    Tiada  ada siapa yang berhak
menjadikan
tafsirannya sebahagian daripada agama Islam.  Punca
dan asas
agama Islam hanyalah al-Quran dan Sunnah Nabi.
 
45.   Tafsiran  oleh  orang  lain  walaupun  melalui 
proses
ijtihad  tidak  menjadi sebahagian daripada hukum
Islam yang
mutlak sehingga penolakannya  menjadi  seseorang 
Islam  itu
murtad.
 
46.    Kita  tahu  bahawa  penentuan  hukuman,
tafsiran atau
pandangan Islam terhadap  sesuatu  walaupun  melalui 
proses
ijtihad  berbeza  di  antara  kumpulan  dengan
kumpulan, dan
daripada satu masa  ke  satu  masa.    Apatah  lagi 
apabila
tafsiran,  hukuman  dan  pandangan yang dibuat tidak
melalui
proses ijtihad yang sah.
 
47.  Undang-undang PAS bukanlah hasil  proses  ijtihad
 yang
sah.  Ia dibuat kerana kepentingan yang lain daripada
agama,
khususnya  kerana  politik parti PAS.   PAS sendiri
mendakwa
bahawa  undang-undang ini dibuat kerana tekanan
politik oleh
UMNO.  Ia bukan kerana politik Islam.    Politik 
parti  dan
politik  Islam bukan perkara yang sama.  Dengan itu ia
tidak
boleh diterima sebagai sah di sisi agama Islam.
 
48.  Hukuman yang tidak sama, hukuman yang membezakan
antara
pesalah yang melakukan kesalahan  yang  sama,  hukuman
 yang
amat  berat  bagi  seseorang pesalah tetapi amat
ringan bagi
pesalah yang lain yang melakukan kesalahan yang sama 
adalah
tidak  adil,  baik  daripada  segi  Islam  atau bukan
Islam.
Hukuman yang tidak adil  tidak  boleh  dikatakan 
berasaskan
kepada  agama Islam.   Dalam Islam ketidakadilan tidak
boleh
berlaku.   Jika ia berlaku sudah  tentu  ia  bukan 
daripada
Islam.      Dakwaan  PAS  dengan  sewenang-wenangnya 
bahawa
undang-undang ciptaan PAS hanya akan dikenakan kepada 
orang
Islam  sahaja dan tidak kepada orang bukan Islam tetap
tidak
adil dan dengan itu tidak Islam.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. ada bersabda,
     " Sesungguhnya  yang  menyebabkan  binasanya 
orang  di
       zaman silam ialah kerana  mereka apabila
seorang yang
       mempunyai kedudukan di kalangan mereka mencuri
mereka
       biarkan  dan apabila orang  yang  lemah  di 
kalangan
       mereka  mencuri,  mereka  potong tangannya. "
 
49.      Islam  bukan  agama  yang  buta  tuli,  yang 
tidak
mengambilkira  keadaan,  yang  tidak  mengambilkira 
masalah
penganutnya  dan  umat Islam setempat atau
keseluruhan, yang
membebankan individu Islam dan umat Islam.  Sebaliknya
Islam
adalah agama Tuhan yang Maha  Pemurah  dan  Maha 
Penyayang,
yang   memberi   pertimbangan  kepada  segala  masalah
 yang
dihadapi oleh penganut dan  umat,  yang  tidak 
menekan  dan
menyusahkan  mereka.    Kalaulah  dalam  perkara 
ibadah ada
kelonggaran,   apakah  dalam  perkara perundangan
tidak ada?
Allah berfirman dalam al-Quran surah al-Hajj  ayat  78
 yang
bermaksud,
     "  Dan  sekali-kali  tidak  menjadikan untuk kamu
dalam
      agama  suatu kesempitan ".
 
50.     Untuk itu banyak kelonggaran diberi dalam
pengamalan
ajaran-ajaran Islam,  dalam pelaksanaan  dan  amalan 
ibadat
dan  sudah tentu dalam penguatkuasaan hukum.  Sebagai
contoh
amalan rukun Islam yang lima pun diberi  kelonggaran. 
 Bagi
anak  kecil  yang  belum  boleh bertutur dan memahami,
 bagi
orang yang bodoh atau gila, lafaz dua kalimah syahadat
tidak
dikenakan.    Demikian  bagi orang yang diancam
seksaan atau
bunuh  tidak  melafazkan dua  kalimah syahadat tidak
menjadi
kesalahan asalkan diniat dalam hati.
 
51.  Untuk solat, keadaan alam sekeliling diambilkira.
 Yang
pertamanya   masa   dilonggarkan,  bahkan  sembahyang 
boleh
didahulukan atau  ditangguhkan,  dipendek  atau 
dicantumkan
dalam  keadaan  tertentu.   Bagi yang sakit yang tidak
dapat
bergerak dengan sempurna,  gerakbadan  semasa 
bersembahyang
tidak  diperlukan sepenuhnya sebelum sembahyang
menjadi sah.
Bahkan penganut Islam boleh sembahyang sambil tidur, 
sambil
duduk atau semasa bergerak dalam kenderaan.  Untuk
wuduk pun
banyak  kelonggaran diberi.   Islam memberi 'rukhsah'
kepada
umatnya.
 
52.  Demikian juga dengan puasa, mengeluar zakat dan 
ibadat
haji.     Semuanya  bergantung  kepada  kemampuan 
tertentu.
Tidaklah  menjadi   kesalahan   dan   berdosa   jika  
tidak
melakukannya kerana keadaan tidak mengizinkan, kerana
sakit,
kerana miskin dan sebab-sebab lain.  Jelas sekali
fardhu ain
pun  tidak dipaksa ke atas umat dengan begitu keras
sehingga
menimbul masalah dan menjadi beban  kepada  mereka.   
Jelas
bahawa semuanya dibenarkan mengikut prinsip-prinsip
Islam.
 
53.    Larangan  terhadap  orang  Islam  juga 
mengambilkira
keadaan dan masalah yang dihadapi.  Daging babi tidak 
boleh
dimakan.  Tetapi oleh kerana Islam menghargai nyawa
manusia,
terutama  nyawa orang Islam, daging babi pun
dihalalkan jika
tidak ada makanan lain untuk menyelamatkan nyawa.   
Darurah
membolehkan yang terlarang.
 
54.    Sudah  tentu  dalam  pelaksanaan  hukum  hudud,
ianya
tidaklah sehingga memudaratkan orang  Islam.    Hukum 
hudud
adalah  untuk  keadilan  dan kebaikan ummah.  Jika ini
tidak
tercapai kerana keadaan  atau  sebab-sebab  lain,  ia 
boleh
ditangguhkan   pelaksanaannya.      Sebagai   contoh  
dalam
pemerintahan Khalifah Hisyam bin  Abdul  Malik, 
pelaksanaan
hukum  hudud  telah  digantungkan selama setahun. 
Tentu ada
justifikasinya mengapa pemerintahan Islam ketika  itu 
tidak
melaksanakan  hukuman  hudud.    Menguatkuasakan hukum
hudud
sehingga melemahkan orang Islam, sehingga menjadi
masyarakat
mereka kucar kacir dan ditindas  oleh  orang  lain 
tidaklah
secocok  dengan  amalan  ibadat-ibadat dan ajaran
Islam yang
lain yang memberi berbagai-bagai  kelonggaran  supaya 
tidak
menjadikan  beban  kepada  orang Islam.   Allah
Subhanahu wa
Ta'ala  yang  disebut   berkali-kali   sebagai   Yang 
 Maha
Mengasihani  dan  Maha  Menyayangi  tidak  menjadikan 
Islam
sebagai agama yang zalim dan tidak bertimbangrasa.
 
55.    Yang  menyebabkan  Islam  menjadi  beban, 
zalim  dan
penghalang  kepada  kesejahteraan  umat  Islam  ialah 
orang
tertentu yang fanatik dan  ingin  menjadikan  Islam 
sebagai
agama ibadah dan amalan buta-tuli.
 
56.      Ini  mungkin  benar  dalam  agama-agama  lain
 yang
menganggap ibadat yang  menyusah  dan  menyeksa 
pengikutnya
boleh  menguji  kekuatan  pegangan  kepada  agama
berkenaan.
Dengan itu banyaklah acara  menyeksa  diri  yang 
diamalkan.
Kadang-kadang  membunuh  diri  dianggap  perlu dan
baik bagi
penganut yang setia, yang kuat kepercayaannya.
 
57.  Dalam Islam tidak ada ajaran yang menyeksa  diri 
untuk
mendapat  pahala.   Banyak kelonggaran diberi sehingga
dalam
keadaan tertekan orang Islam  boleh  secara  zahir 
menerima
agama  lain  tetapi secara tersembunyi terus memegang
kepada
agama Islam.  Sebab itu di zaman Komunis memerintah
beberapa
negara Islam di Eropah Timur dan Asia  Tengah,  agama 
Islam
ternampak  seolah-olah  sudah hilang.  Tetapi apabila
sahaja
Komunis ditewas,  Islam  kembali  kepada 
negara-negara  ini
walaupun berpuluh tahun telah berlalu setelah Islam
ditegah.
 
58.             Jika kelonggaran diberi dalam Islam
sehingga
ke peringkat ini, apakah dalam pelaksanaan hukum hudud
tidak
ada sama sekali kelonggaran, tidak ada  faktor  dan 
keadaan
yang  diambilkira?    Apakah  hukum hudud mesti
dilaksanakan
juga walau  apapun  keadaan  sehingga  mendatangkan 
mudarat
kepada  orang  Islam  dan agama Islam?  Apakah dalam
keadaan
Islam sudah lemah, hukum-hukum yang  boleh  melemahkan
 lagi
orang  Islam  mesti  dilaksanakan juga?   Apakah orang
Islam
yang  tinggal  di  negara  majoriti  bukan  Islam  
terpaksa
melaksanakan  juga  hukum  hudud  sehingga mereka
didakwa di
bawah undang-undang negara berkenaan?   Bukankah 
Islam  itu
luas  dan  `flexible' serta mampu `respond' kepada
perubahan
yang berlaku pada umat manusia, perubahan masa  dan 
tempat.
Inilah  yang menyebabkan Islam itu sesuai dengan
setiap masa
dan  tempat.    Keadaan  yang  berlaku  tentu  
diambilkira.
Lebih-lebih lagi apabila keadaan umat Islam itu berada
dalam
keadaan  lemah dan kurang kemampuan.  Keadaan demikian
boleh
dianggap sebagai berada dalam keadaan darurat.
 
59.   Islam bukan agama buta-tuli  yang  tidak 
mempedulikan
keadaan  sekeliling dan kesan daripada pengamalan
ajarannya.
Tuhan yang Maha Mengasihani dan Maha Menyayangi  tidak
 akan
menyeksa  umatnya.  Yang buta tuli ialah sesetengah
daripada
ahli fikh dan pentafsir fanatik dalam  Islam.   
Mereka  ini
yang  menjadikan  agama  Islam beban besar kepada umat
Islam
sehingga mereka lemah dan tidak dapat menjayakan diri
mereka
walaupun untuk akhirat.  Yang ingin menjadikan  agama 
Islam
agama  buta  tuli  ialah  mereka  yang mempunyai
kepentingan
lain, umpamanya politik persendirian.
 
60.    Undang-undang  PAS  perlu  dikaji  sebelum  ia 
boleh
diterima  atau  ditolak  oleh  sebuah  Kerajaan  yang 
ingin
menerap nilai-nilai Islam seperti Kerajaan Barisan
Nasional.
Sudah  tentu  Kerajaan  tidak  boleh  membelakangkan 
dengan
sewenang-wenangnya   undang-undang  yang  didakwa  
berpunca
daripada ajaran Islam.
 
61.   Kerajaan Barisan Nasional  di  Peringkat  Pusat 
telah
mengambil  masa  yang  panjang  untuk mengkaji
undang-undang
yang diluluskan dengan begitu mudah  oleh  Kerajaan 
PAS  di
Kelantan.    Kajian  ini  belum  tamat.    Kajian  ini
 akan
diteruskan.   Tetapi untuk  memberi  panduan  kepada 
rakyat
negara  ini,  hasil  kajian  hingga  kini  perlu
dimaklumkan
kepada  mereka.     Ini  adalah  bertujuan   untuk  
menjaga
kepentingan  umat Islam di Malaysia tanpa mengira
parti atau
kumpulan.  Walaupun orang Islam di Malaysia 
terselamat  dan
mampu  menghadapi  banyak  cabaran dunia luar, tetapi
mereka
masih lemah dan  belum  dapat  memelihara  keselamatan
 diri
mereka.   Sudah tentu mereka belum boleh menolong umat
Islam
yang  tertindas  di  tempat-tempat  lain.     Justeru 
 itu,
Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap umat Islam dan
agama
Islam  tidak  boleh  membenar  mana-mana  pihak
melaksanakan
sesuatu yang berkaitan dengan  agama  Islam  tanpa 
terlebih
dahulu mengkaji baik buruk kesannya terhadap orang
Islam dan
agama Islam.  Kerajaan Pusat bertanggungjawab dan
tidak akan
mengabaikan  tanggungjawab  ini.    Kerajaan Negeri
Kelantan
tidak  boleh  dibenar   melakukan   sesuatu   yang  
mungkin
bertentangan dengan agama Islam.
 
62.  Perkara yang pertama yang perlu ditentukan ialah
apakah
undang-undang   ini  dibuat  melalui  proses  yang 
mengikut
kehendak dan amalan dalam Islam,  iaitu  berdasarkan 
kaedah
feqah  yang  syaamil.    Jawapan secara ringkas tetapi
tepat
kepada soalan ini ialah proses ini tidak digunakan.  
Segala
alim  ulama  di dalam negara, bahkan di negeri
Kelantan pun,
tidak terlibat dalam proses tafsiran dan kajian ajaran
 yang
terdapat  dalam  undang-undang Hudud PAS.  Yang dibuat
ialah
kajian yang terhad yang tidak boleh ditafsir sebagai 
selari
dengan kaedah feqah dan mencapai maslahah umat Islam.
 
63.    Mereka  yang diberi peluang mengambil bahagian
adalah
ulama daripada parti politik tertentu atau  yang 
bersimpati
dengan   parti   itu  sahaja.    Pendirian  mereka 
sudahpun
diketahui.     Mereka  tidak   bebas   dan   tidak  
mungkin
mengasingkan  diri daripada pendirian politik mereka. 
Dalam
keadaan ini ajaran dan  kepentingan  Islam  dan  umat 
Islam
tidak mendapat kedudukan yang utama dan unggul. 
Kepentingan
politik   parti  mempengaruhi  fikiran  dan  proses 
kajian.
Politik Islam juga tidak mendapat tumpuan yang unggul
kerana
politik parti dicampuradukkan.
 
64.      Hukum  hudud  adalah   berkenaan   dengan 
jenayah.
Ulama yang alim dalam ajaran Islam  dan  hukum  hakam 
Islam
tidak semestinya  pakar dalam bidang jenayah.   
Keadaan dan
jenayah di zaman  Nabi  tidak  sama  seperti  di zaman
 ini.
Demikian   masyarakat   diMadinah,    bahkan 
masyarakat  di
negara-negara   Islam   semasa   hukum   hudud 
dilaksanakan
sepenuhnya,  amat berbeza dengan masyarakat di 
Malaysia  di
waktu  ini.     Masalah  penduduk  berbilang   kaum  
dengan
komposisinya  di Malaysia   memerlukan  pertimbangan 
secara
serius  dan istimewa.    Jenis jenayah  perlu  diambil
kira.
Hukuman dibawah  undang-undang biasa juga perlu
diambilkira.
65.    Untuk  semua  ini  pendapat  dan hujah-hujah
daripada
pakar-pakar jenayah  bukan  sahaja  di  Kelantan 
tetapi  di
seluruh  negara  (kerana  undang-undang  yang hendak
digubal
akan melibatkan secara langsung atau secara  tidak 
langsung
rakyat  seluruh  negara) perlu bersama dalam proses
ijtihad.
Tidak ada bukti  yang  pakar-pakar  ini  mengambil 
bahagian
sepenuhnya.    Ini bermakna proses ijtihad daripada
segi ini
juga tidak diamalkan.  Ini menjadikan proses rundingan
cetek
dan tidak menepati kehendak dan semangat ijtihad.
66.  Kerana ini sahaja pun  undang-undang  PAS  tidak 
boleh
diterima  sebagai secocok dengan kehendak agama Islam.
 Jauh
daripada penolakannya menjadikan seseorang orang 
Islam  itu
murtad,  kemungkinannya  ialah  penerimaannya  akan 
menjadi
orang yang baru memeluk Islam kembali semula ke  agama
 asal
mereka.
 
67.    Kajian  yang akan dibuat oleh Kerajaan Pusat
terhadap
undang-undang PAS tertumpu kepada semua aspek  yang 
penting
dalam  Islam.    Perkara yang akan dipersoalkan ialah
apakah
undang-undang  PAS  berkenaan  dengan  hukum   hudud  
Islam
menepati  dan mencapai maksud dan matlamat hukum hudud
dalam
Islam?
 
68.  Soal yang kedua ialah  apakah  undang-undang  PAS
 akan
menjamin keadilan bagi mereka yang akan didakwa di
bawahnya?
Hukum hudud bukan menekan keberatan hukum dalam Islam
tetapi
sebaliknya adalah untuk keadilan.  Menganggap keadilan
tidak
penting  dalam  Islam  adalah salah.   Sebenarnya
kedatangan
Islamlah yang membawa  keadilan  kepada  Arab 
Jahiliah  dan
masyarakat  lain  yang menerima Islam.  Sebab
keadilannyalah
Islam mudah diterima.
 
69.   Secara sambil lewa dan  mudah  pemimpin  PAS 
mendakwa
bahawa undang-undang PAS tidak akan dipaksakan ke atas
orang
bukan Islam.  Dakwaan ini dibuat kerana kepentingan
politik.
Walaupun  Nabi sendiri tidak menggunakan undang-undang
Islam
untuk mengadili orang bukan  Islam,  tetapi  hasilnya 
masih
keadilan bagi semua pihak, yang Islam dan yang bukan
Islam.
 
70.   Tetapi jika undang-undang PAS diguna untuk orang
Islam
dan undang-undang jenayah biasa  diguna  untuk  bukan 
Islam
maka  hasilnya  ialah  perbezaan  hukuman  yang  amat
ketara
antara penjenayah Islam  dan  penjenayah  bukan  Islam
 bagi
jenayah  yang  sama.    Perbezaan hukuman untuk
jenayah yang
sama amatlah tidak adil bagi  apa  juga  sistem  nilai
 atau
agama.
 
71.   Daripada kajian yang telah dibuat amatlah jelas
bahawa
undang-undang PAS Kelantan adalah tidak menepati 
sepenuhnya
undang-undang,  semangat dan sifat-sifat yang ada pada
agama
Islam.   Ia  tidak  mengasaskan  sepenuhnya  kepada 
maqasid
syariah.     Undang-undang  PAS  bukan  sahaja  tidak 
boleh
diterima tetapi setakat ini hendaklah ditolak.
 
72.   Ini tidak bermakna kita menolak  hukum  hudud.  
 Kita
hanya  menolak  tafsiran dan undang-undang PAS
Kelantan yang
tidak serasi dengan maqasid syariah.  Penolakan
sesuatu yang
salah adalah wajib jika kita berpegang kepada ajaran
Islam.
 
73.   UMNO tidak melihat  undang-undang  ini  sebagai 
UMNO,
sebagai  sebuah  Parti Politik.  UMNO mengasingkan
parti dan
politik dalam perkara ini.   UMNO  hanya  mengkaji 
daripada
sudut agama semata-mata.  Siapa juga mesti kaji,
terima atau
tolak  undang-undang PAS daripada sudut agama.  Adalah
salah
melihat undang-undang Islam daripada sudut atau 
kepentingan
Parti.    UMNO tidak berbuat demikian.
 
74.   Yang menolak dan patut menolak undang-undang PAS
ialah
orang Islam dalam  UMNO.  Pendirian UMNO sehingga kini
ialah
kerana orang Islam dalam  UMNO  belum  mendapat bukti
kajian
yang tepat  dilakukan  berlandaskan  ilmu feqah dan 
maqasid
syariah. la bukanlah satu keputusan yang  dibuat  oleh
 UMNO
secara sewenang-wenang.
 
75.   Saya bercakap di sini sebagai seorang orang
Islam yang
dipertanggungjawab  sebagai  Presiden  UMNO.     Saya 
 juga
dipertanggung  jawatan  Perdana  Menteri  Kerajaan
Malaysia.
Soal undang-undang PAS bukan soal Dewan Rakyat 
semata-mata,
walaupun    Dewan    Rakyat   mempunyai   peranan  
mengikut
Perlembagaan Negara.
 
76.  Kerajaan perlu mengkaji secara teliti
undang-undang PAS
Kelantan.  Satu badan yang terdiri daripada orang
Islam yang
pakar dalam agama, hukum hakam dan  jenayah  perlu 
ditubuh.
Mereka  ini  hendaklah  terdiri  daripada  orang  yang
tidak
mempunyai apa-apa  kepentingan  yang  lain  selain 
pegangan
kepada  agama  Islam.    Namun  mereka perlu kepakaran
bukan
sahaja dalam agama Islam tetapi juga dalam agama-agama
 lain
dan   dalam  bidang  jenayah  dan  undang-undang 
sivil  dan
jenayah.  Seperti biasa mereka perlu  mengambilkira 
keadaan
semasa  yang  mempengaruhi  amalan  dan  pelaksanaan
ajaran,
ibadat dan hukum dalam Islam.
 
77.       Kerajaan   Malaysia,   sebagai    Kerajaan  
 yang
bertanggungjawab  terhadap  agama dan umat Islam di
Malaysia
akan  mengambil  tindakan  untuk   menubuhkan   badan 
 ini.
Sementara  itu  undang-undang  PAS tidak boleh
diterima atau
dilaksanakan   oleh   sesiapa   kerana   ia   masih   
bukan
undang-undang Islam dan bukan undang-undang negara.

=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mat Rencana <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke