*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Belanjawan Bukan Duit BN

Pada 29 Oktober lalu, Menteri Kewangan Pertama, Tun
Daim Zainuddin telah

membentangkan Belanjawan Tahun 2000 berjumlah RM78,025
juta. Pemimpin-pemimpin BN cuba memberi gambaran
kepada rakyat, duit RM78,025 juta itu datang dari
Kerajaan BN. Jadi rakyat diminta bersyukur dan
berterima kasih kepada kerajaan BN. Gambaran itu tidak
benar.

Rakyat Telah Celik

Namun begitu, ramai rakyat yang telah celik sekarang
yang memahami bahawa Menteri Kewangan dan Jemaah
Menteri hanya merangka satu belanjawan negara. Dari
mana wang itu datang? Tentu sekali bukan dari kocek
parti pemerintah. Wang itu pada hakikatnya datang dari
rakyat dan hasil negara.

Apa-apa kerajaan juga yang memerintah perlu
menyediakan satu belanjawan tahunan. Malah, buat
pertama kalinya dalam sejarah politik Malaysia,
gabungan parti-parti pembangkang (Barisan Alternatif)
berjaya membentangkan strategi belanjawan
alternatifnya pada 27 Oktober. Malah, Tun Daim
terpaksa menukar Belanjawannya pada saat terakhir
untuk menyerap berapa cadangan baik daripada BA,
seperti pembatalan yuran TV walaupun beliau
berpura-pura telah melaksanakannya lebih awal.

Duit Belanjawan Duit Rakyat

34.9% daripada RM78,025 juta BelanjawantTahun 2000
datang dari cukai pendapatan. Ini bermakna setiap
rakyat, baik bekerja di sektor awam, swasta ataupun
bekerja sendiri, yang membayar cukai pendapatan
masing-masing menyumbang kepada belanjawan negara.

Cukai Pendapatan Termasuk Cukai Syarikat

Kerajaan mengenakan cukai ke atas keuntungan syarikat.
Keuntungan syarikat-syarikat itu datang dari mana?
Bukan dari pemilik-pemilik saham atau
pengarah-pengarahnya. Sebaliknya, keuntungan itu hasil
kerja para pekerja syarikat-syarikat tersebut.
Berjuta-juta orang para pekerja di seluruh negara yang
menghasilkan keuntungan kilang, ladang, dan syarikat
adalah pencipta kekayaan negara sebenarnya. Kerajaan
kutip cukai dari keuntungan syarikat yang kaum pekerja
ciptakan. Sekali lagi, rakyat biasa sebagai pekerja
menyumbang kepada belanjawan negara.

Cukai Tidak Langsung

16.9% pendapatan negara untuk belanjawan tahun 2000
datangnya dari Cukai Tidak Langsung. Pada setiap hari,
setiap rakyat Malaysia mengeluarkan wang untuk
membayar Cukai Tidak langsung. Cukai Jualan adalah
satu contoh. Apabila kita membeli kereta, motosikal,
dan barang elektrik, kita terpaksa membayar cukai.
Harga jualan barang-barang itu telah dikenakan cukai.
Sesiapa yang menghisap rokok, maka harga rokok yang
dibeli itu sudah termasuk cukai.

Begitu juga dengan cukai perkhidmatan. Pengguna yang
makan di kedai makan seperti KFC, terpaksa membayar
cukai bersama-sama hidangan yang dimakan. Cukai tidak
langsung ini meliputi hampir setiap aspek barang dan
perkhidmatan keperluan bagi kehidupan harian,
termasuklah cukai hiburan apabila menonton wayang di
pawagam.

Cukai Jalan

Rakyat yang mempunyai kenderaan juga terpakasa
membayar cukai jalan untuk kereta, lori, bas dan
motorsikal. Kemudian, para pengguna lebuhraya
dibebankan lagi dengan kutipan tol.

Kerajaan Berhutang

Untuk menampung belanjawan negara, kerajaan terpaksa
berhutang. Belanjawan tahun 2000 ini adalah belanjawan
defisit. Kerajaan BN berbelanja lebih besar dari
pendapatannya. Defisit itu dijangka sebanyak RM12.97
bilion.

Dari mana defisit atau kekurangan itu hendak
ditampung? Jawapannya ialah dengan cara meminjam.
Kerajaan BN akan meminjam lagi. Siapakah yang akan
membayarnya? Bukan BN atau ahli-ahlinya sahaja, tetapi
ditanggung oleh semua rakyat Malaysia.

Gaji Dan Pencen Bukan Duit BN

18.7% daripada Belanjawaan tahun 2000 itu
diperuntukkan kepada membayar emolumen, iaitu membayar
gaji kakitangan awam. 9.7 % daripada Belanjawan itu
pula diperuntukkan bagi membayar pencen dan ganjaran.
Ini jelas menunjukkan wang gaji kakitangan awam dan
pencen serta ganjaran bukan datang dari kocek BN,
tetapi dari wang cukai yang dikutip dari rakyat, dan
hasil negara.

Bina Sekolah dan Hospital Duit Rakyat

Begitu juga wang membina hospital, klinik dan sekolah
bukan datang dari poket BN. Duit itu datang dari
rakyat dan hasil negara seperti minyak, getah, kelapa
sawit dan kayu balak. 9.3% Belanjawan tahun 2000
diperuntukkan bagi Perkhidmatan Sosial (meliputi
pendidikan dan kesihatan).

Kerajaan BN Banyak Hutang

Tetapi peratusan belanjawan bagi Perkhidmatan Sosial
itu adalah kecil berbanding bayaran yang perlu dibuat
untuk membayar hutang. 12.3% Belanjawan negara tahun
2000 terpaksa diperuntukkan bagi membayar balik
hutang. Kerajaan BN banyak berhutang dari dalam dan
juga luar negeri.

Rakyat Tidak Terhutang Budi Pada BN

Selama 42 tahun, BN hanyalah sebagai pentadbir sebuah
kerajaan. Belanjawan mengurus dan pembangunan negara
sebenarnya datang dari rakyat sendiri dan juga hasil
kekayaan negara. Bukan dari kocek atau poket BN.
Sebaliknya, dalam masa 18 tahun terakhir ini, rakyat
dapat melihat gejala penumpuan kekayaan negara ke
tangan segelintir orang sahaja.

Lahir jutawan dan bilionwan di kalangan anak-anak,
sahabat dan kroni pemimpin tertinggi negara. Di
samping itu, jurang antara yang kaya dengan rakyat
yang kurang berada semakin meluas. Ketidakadilan
sosial meluas. Amalan nepotisme, kronisme dan rasuah
semakin berleluasa.

Masa Sudah Sampai

Masa sudah sampai bagi rakyat membuat perubahan. BN
perlu ditumbangkan kali ini. Sebenarnya, terhadap BN,
rakyat tak perlu berasa terhutang budi. Kerajaan BN -
yang tidak bersih, tidak cekap dan tidak amanah itu -
perlu diganti.

Tamat


Untuk menyertai senarai kami, sila hantar mesag kosong
ke:

[EMAIL PROTECTED]

[EMAIL PROTECTED]


Untuk keluar dari senari tersebut, sila hantar mesag
kosong ke:

[EMAIL PROTECTED]

[EMAIL PROTECTED]


Sila lawat laman kami di:

http://kini.webjump.com/

http://berita.webjump.com/




http://www.care2.com - The Best of The Internet...With A Green Twist!

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mr P" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to