BERITA
MALAYSIA
November 02 , 1999 18:22PM
|
SAYA ADA DUA PENGGAL
LAGI: NIK AZIZ
|
|
BACHOK, 2 Nov (Bernama) -- Mursyidul Am
PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau berhak menjadi
Menteri Besar Kelantan selama dua penggal lagi walaupun ada cadangan
supaya seseorang itu memegang jawatan berkenaan hanya selama dua
penggal.
Katanya walaupun pakatan empat parti
pembangkang yang menamakan diri mereka Barisan Alternatif menetapkan
peraturan untuk mengehadkan jawatan Menteri Besar dipegang oleh
seseorang itu untuk dua penggal sahaja tetapi ianya hanya
dilaksanakan sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan
datang.
"Saya sekarang belum lagi masuk zaman (Barisan)
Alternatif. Ini zaman dulu, jadi kalau Alternatif (berkuasa), saya
ada dua penggal lagi," katanya kepada pemberita selepas mendengar
taklimat dan melawat kilang membalangkan gas milik Keloil-PTT
(Petroleum Authorithy of Thailand) di Pantai Senok di sini, hari
ini.
Sebelum ini, Nik Aziz berkata beliau akan merujukkan
perkara itu kepada kepimpinan PAS dan bersedia melepaskan jawatannya
itu selepas berakhir penggal sekarang bagi menghormati cadangan itu
seperti yang terkandung dalam manifesto bersama PAS, DAP, Keadilan
dan Parti Rakyat Malaysia yang menyertai pakatan itu.
Menurut Nik Aziz, beliau tidak berniat untuk memegang
jawatan itu untuk selama-lamanya dan akan berhenti jika diminta
berbuat demikian.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan,
Tengku Razaleigh Hamzah berkata Nik Aziz perlu melepaskan jawatannya
itu bagi memenuhi kehendak pakatan pembangkang itu. --
BERNAMA | |
|
blue.gif