Ceramah Anak Tamby Tidak Dapat Sambutan

Pada malam ini telah diadakan satu ceramah anjuran UMNO di Air Kuning yang mana telah menjemput Rahim Thamby Chik. Saya tidak tahu pada pukul berapakah ceramah dimulakan (saya rasa dlm kul 9 kot). Antara yang hadir ialah kuli-kuli UMNO dan beberapa puak tua kutuk tak sadar diri dan ADUN kawasan Bukit Gantang, Mat Isa.

Majlis fitnah ini diadakan di dalam sebuah dewan balairaya yang agak comel dan kehadiran dianggarkan TAK SAMPAI 100 orang termasuk beberapa orang yang lepak isap rokok diluar dewan. Jumlah ini kalau hendak dibandingkan dengan ceramah Doktor Hatta Ramli memang macam langit dan bumi. Doktor Hatta Ramli 2 bulan lepas berjaya menarik kira-kira 2000 orang. Ini menunjukkan penduduk sekitar Taiping dan juga penduduk Air Kuning sudahpun menolak Barisan Shit.

Saya tiba kira-kira pada kul 10.15 malam dan pada masa itu si Rahim ni macam biasaklah bercakap macam boss dia, asyik-asyik bercakap pasal kuasa asing, Anwar boneka kuasa asing kerana mendapat layanan karpet merah di Amerika, pembangkang dibiayai oleh kuasa asing, gerakan reformasi disokong kuasa asing, Yahudi, Barat yang nak menjajah negara kita dan sebagainya.

Peh tu plak dia cakap lagi yg UMNO nih berjuang habis-habisan menjadi pembela bangsa, agama dan negara. Dan macam Mid bin Man dia kata UMNO lah yang selama ini meninggikan syiar Islam. Dia dok kutuk la orang Melayu ni sebab salu terpengaruh dengan cerdik pandai/ulamak Islam yang boleh membaca khutbah, mengeluarkan beberapa potong hadis ketika berceramah. (dia kenen kat PAS dan Anwar la tuh…). Dia kata lagi orang Melayu mesti sedar yang inilah taktik-taktik kuasa asing untuk menjajah Malaysia. (duhhhhh…)

Dia kutuk Anwar tu hypocrite Dia juga cakap yang dia sebenarnya tidak merogol gadis yang sampai sekarang kita dah tau cerita betul kes tersebut. Dia kata kes ini sebenarnya (dia yang kata…) melibatkan Anwar yang bertindak sebagai konspirator yang memaksa gadis tersebut mengaku dirogol oleh dia.Dia juga kata yang Anwar sejak dulu lagi amat cemburu dengan pencapaian politik dia. Lagi satu dia skang nih baru nak heboh pasal seorang orang atas Jabatan Audit Negara (lelaki) yang didakwa oleh anak Tamby ni yang Anwar telah bela dia selama 6 tahun. Dia cakap si lelaki tu yang cerita kat dia. Nampak sangat gimik pilihanraya, kalo betul tentu dah lama heboh.

Lagi satu, dia ni tunjuk dia terer dalam agama jugak, dia dok cakap la pasal Nabi-Nabi kita, kisah dan tauladan dari dia, tapi segala apa yang Parti Alternatif cakap macam isu kezaliman tidak disentuh langsung.

Dia ni lagu satu masa ucapan fitnah dia itu, dia ni salu sangat kutuk dan maki orang. Dulu UMNO salu cakap PAS suka maki pemimpin, ni dia skang pe dah jadik? Saya dengar banyak kali jugak la dia cakap "Anwar bodo." Rumusan yang leh dibuat ialah banyak jugak fitnah baru yg saya dengar malam nih. Walaupun dia macam ye-ye je cakap yang dia je betul, tapi banyak cerita-cerita yang dibawa 'pointless'. Tidak ada bukti kukuh dan tak relevan. Persoalannya, kenapa baru skang nak timbul cerita-cerita di atas? Anda jawab sendiri. Sampai ke hujung ceramah macam biasak le dalam "Majlis Penerangan UMNO" (ada tulih kat banner dalam dewan), mesti ada soru (makan) punya. Saya camnapun tak makan sebab nak gi umah kawan, tapi di pertengahan jalan tayar motor saya pancit. Agaknya inilah balasan Allah S.W.T kerana mendengar fitnah anjuran kerajaan zalim.

Oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020
2 NOVEMBER 1999

http://members.tripod.com/mahafiraun

mrf.jpg

Kirim email ke