Mahathir mesti bangga punya.

 

BERITA MALAYSIA


November 03 , 1999 13:48PM

 

PARLIMEN: KUALA LUMPUR CATAT KEMATIAN KERANA AIDS TERTINGGI

 

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Sebanyak 2,114 kes kematian kerana AIDS dilaporkan di seluruh negara dari Julai 1995 hingga Julai tahun ini, dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 495 kes.

Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng berkata ia diikuti oleh Johor yang mencatat 270 kes, Perak (259 kes), Pahang (207 kes), Kedah (148 kes), Pulau Pinang (130 kes), Terengganu (128 kes), Selangor (113 kes) dan Kelantan (102
kes).

Negeri lain mencatat kurang daripada 100 kematian, iaitu Negeri Sembilan (96 kes), Melaka (81 kes), Perlis (57 kes), Sarawak (21 kes) dan yang paling rendah Sabah mencatat tujuh kes.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan oleh Jimmy Donald (BN-Sri Aman) di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Chua berkata kerajaan menjalankan beberapa langkah bagi memastikan jangkitan itu dapat dikawal yang termasuk menjalankan ujian saringan kepada golongan berisiko tinggi seperti penagih dadah dan pelacur.

Kerajaan juga berusaha membekalkan penjagaan dan rawatan yang baik serta menyeluruh kepada penghidap yang dijangkiti virus HIV, katanya. -- BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke