![](http://members.tripod.com/mahafiraun/mrf.jpg) |
Malaysia Tidak Mendapat Keyakinan Morgan
Stanley |
Belanjawan 2000 sudah dibentang, nyanyian lagu Frank Sinatra "My Way" sudah
didodoikan, kemajuan ekonomi negara dilaung-laungkan di setiap ceruk negara,
tetapi MAHAFIRAUN masih tidak dapat dipercayai oleh MAHAFIRAUN.
Ramai sudah maklum bahawa Morgan Stanley telah membuat keputusan untuk
melambatkan penyenaraian Malaysia dalam Indeks Capital mereka selama tiga bulan.
Tidak pasti apa alasan yang sebenar diberikan tetapi MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020
mendapat maklumat bahawa penilaian yang dikeluarkan oleh Mark Mobius dan John
Templeton, pelabur di rantau Asia yang terkenal di dunia, menyifatkan Malaysia
sebagai tidak stabil.
MAHAFIRAUN mungkin tIdak akan mengendahkan lagi kata-kata para penganalisis
luar, kerana mengikut kata-kata MAHAFIRAUN, mereka tidak tahu apa-apa. Sedangkan
kalau ada sahaja yang menyokong kawalan modal MAHAFIRAUN, pasti disebut namanya
dengan segera. Jadi adakah para penganalisis tidak mengetahui apa-apa?
Pasti mereka tahu, kerana sebelum mereka mahu melabur duit berjuta-juta
mereka dalam Malaysia, mereka harus memastikan Malaysia ini selamat untuk
disimpan duitnya.
Hakikatnya ialah Malaysia di bawah
pimpinan polisi-polisi ekonomi MAHAFIRAUN langsung tidak dipercayai oleh sesiapa
sahaja. Belanjawan 2000 begitu murah hati untuk memberikan insentif dan galakan
kepada rakyat, tetapi kita semua tahu galakan tersebut tidak akan ada hasil atau
kesan kalau tidak diiriingi dengan keikhlasan para pemimpin untuk insaf dan
memperbaiki keadaan.
Begitu juga dengan para penganalisis - mereka
hanya melihat MAHAFIRAUN sebagai cuba bermain silap mata dengan mereka dalam
pemulihan ekonomi, tetapi mereka tidak tertipu. Mana tidak? Kalau ikut turutan
peristiwa-peristiwa ekonomi selama ini, MAHAFIRAUN tidak pernah betul atau
ikhlas dalam pemulihannya.
Krisis perbankan masih mendapat perhatian
negatif masyarakat antarabangsa, terutamanya apabila MAHAFIRAUN terpaksa menelan
balik kata-katanya dan membiarkan bank-bank tempatan memilih bank-bank yang akan
menjadi bank labuh bagi penggabungan tersebut.
Perkembangan
politik tanahair juga tidak dipadankan dengan perkembangan kewangan dan ekonomi
negara. Setiap pelabut sedar bahawa suasana ekonomi yang stabil memerlukan
suasana politik yang betul-betul demokratik dan tidak dibuat-buat sahaja. Ini
sudah terbukti di negara-negara maju yang lain.
Sepatutnya
MAHAFIRAUN tidaklah terasa kalau Morgan Stanley tidak mahu menarafkan Malaysia
sebagai negara yang cukup prihatin dalam pemulihan ekonomi mereka.
Sepandai-pandai MAHAFIRAUN bersilap mata, akhirnya terbongkar
juga
MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 2 NOVEMBER 1999
http://members.tripod.com/mahafiraun
|
mrf.jpg