Title: MINTA PENDAPAT DARI NETTERS YG ARIF.....

Assalamu'alaikum kepada para penjaring budiman

Saya ingin meminta pendapat dari netters yg arif dalam hal yg akan saya kemukakan ini.

Kakak saya berkahwin dengan warganegara asing (yg sebelum berkahwin dulu merupakan penganut agama Buddha yg kuat).   Sekarang ni, Alhamdulillah, abang ipar saya tak ada masalah untuk menjadi Muslim yg baik dan beliau sudahpun mendapat "PR" status setelah bertahun-tahun berada di Malaysia dan mempunyai nak masuk 4 orang anak hasil perkahwinan dengan kakak saya  ni.

Apa yg menjadi masalah ialah, baru-baru ni bapa mertua kakak saya (yg merupakan penganut agama Buddha yg kuat) telah dihantar oleh adik-beradik abang ipar saya untuk tinggal bersama abg ipar dan kakak saya  di sini.  Untuk pengetahuan netters, bapa mertua kakak saya ni dah terlalu uzur dan bak kata orang "menunggu hari" sebab memang dah senja sangat, nak tunggu waktu isyak dah!

OK.......  setahu kakak saya, kata adik-beradik iparnya, bapa mertua ni di negara asalnya memang dah siap lubang kubur.  So, bila difikirkan balik, kenapalah dihantar ke Malaysia seandainya memang telah siap ada lubang kubur untuk orang tua ni?   Rupa-rupanya, depa kat negara asal tu, malas nak membela orang tua tu, jadi oleh kerana orang tua ni pernah mention ke depa (anak-anak dia kat negara asalnya) yg dia sayangkan kakak saya kerana budi pekerti yg baik, jadi depa ni jadikan kakak saya "mangsa'.  Kakak saya taklah pulak rasa keberatan, tapi bimbang sebab seandainya orang tua tu mati kat sini, manalah nak di"so-called" campakkan "body" orang tua ni, sebab mengikut katanya, depa TAK  "bakar" mayat macam yg selalu dok orang Cina lain praktis!   Kakak saya tengah "fenin", fenin satu sebab dia sedang berbadan dua, fenin No. dua sebab dek orang tua ni..... 

Siasat punya siasat, rupanya depa kat sana jangan kata nak bela orang tua tu, nak bela diri sendiri pun tak lepas, itulah sebabnya depa hantar ke Malaysia, yalah..... orang Malaysia ni baik hati belaka!  Senangnya.... kesian kat kakak aku!  Dulu, orang tua tu merupakan salah seorang "pejuang" yg meminta kemerdekaan negara asal mereka dan menuntut "demokrasi".    Umur dalam awal 90-an.  Memang kuat Buddhanya, sebab kat negara dia sendiri, selalu pergi kuil.  Depa tak sembah tokong yg macam orang Cina buat kat rumah tu (bakar colok, ada "rumah kecil" warna merah tu) - dia tak main benda-benda tu.   One thing, dia ni vegetarian, tak makan four-legged animals, so binatang ba alif ba ya tu memang tak dimakannya.  (Tapi, setelah banyak kali ke Malaysia, so far dia tak pernah susahkan kakak saya untuk pergi ke kuil).  Bahkan, dia kritik orang Cina kat sini, dia pelik sebab depa makan binatang tu!

Soalannya,
1.      Apakah hukumnya dalam Islam membela/menjaga/memelihara bapa mertua yg BUKAN ISLAM yg memang dalam       keadaan uzur begitu?   Jika dia mati kelak, jika kakak saya tidak dapat uruskan agar mayatnya dihantar ke negara        asal, apakah procedures yg perlu (kerana dia BUKAN warganegara) agar mayatnya itu dibakar?  Maklumlah, kat      sini penganut Buddha (orang-orang Cina khasnya) telah "menempah" kubur mereka.  Nak tanam, sure kena    "book" awal-awal kot!

2.      Saya pernah bertanya kepada kakak saya, "tak pernah ke akak dakwahkan dia supaya masuk Islam?"  Kata kakak      saya, nak dakwah macam mana, cakap Melayu dahlah KO, nak cakap omputih pun sikit-sikit aje yg faham, kena       cakap bahasa dia juga lah, abang ipar saya kata, nak ajar mengucap - lidah orang tua tu dah kelu.... dah keras, nak     kena "kikis" lidahnya tu agar boleh mengucap.  Itulah problem yg dihadapi.  Actually, kata abang ipar tu bukannya       tak boleh "convert" bapanya itu memandangkan dia adalah penganut Buddha yg taat, tapi dah boleh mengajar        orang tua tu mengucap dua kalimah syahadah....  lidahnya tu kelu.  Apa pandangan netters dalam hal ini?  Apakah         masih belum terlambat untuk mengajak orang tua yg uzur begitu untuk memeluk agama Islam?    Apakah ikhtiar yg   sesuai untuk dakwahkan orang sebegini agar dapat menerima Islam?  Kami bimbang diri orang tua tu sendiri yg     TAK MAHU kan Islam sebagai agamanya sebelum mati.  Yalah, orang kuat Buddha lah katakan!

Saya juga pernah cadangkan kepada kakak saya (melalui ibu) supaya belikan buku-buku agama Islam dalam Bahasa Inggeris..... tapi problem orang tua ni dia tak boleh berbahasa Inggeris sangat.  Kena cari penterjemah ke bahasa ibunda dia jugak!  Saya suruh juga abang ipar saya untuk belikan buku Agama Islam dalam bahasa dia, abang ipar saya pun sedang mendalami agama Islam.....  aduhai...macam mana nak tarbiahkan bapanya?

Saya alu-alukan segala pendapat bernas dari netters yg arif lagi budiman.  Untuk pengetahuan, saya langsung tak dapat bertemu dengan orang tua ni sebab kakak saya ni tinggal agak jauh dari kami semua, dan saya pula cuma mengikuti perkembangan melalui ibu saya sahaja, tidak secara langsung.   Kalau boleh, berilah contoh-contoh kisah Rasullah berdakwah kepada manusia yg telah lanjut usia, kaedah-kaedah yg sesuai untuk berdakwah dengan orang-orang dalam golongan ini, untuk manfaat kita semua.  Dan yg penting untuk saya sampaikan kepada kakak melalui ibu saya.


That's why I always tell my sister, you have to be strong when you married to "mualaf" macam ni.......  kalau Cina rakyat Malaysia, senang nak cakap, ni dari.............................................. susah nak katalah!   Mungkin in boleh dijadikan suatu pengajaran kepada netters wanita yg sedang mencari jodoh....


Sayugia saya ingatkan, I welcome those quality answers dari netters yg "genuine" dan ikhlas dalam memberi pandangan, saya harap tiada netters yg mempersendakan pertanyaan saya sepertimana yg pernah berlaku kepada netters lain.   Segala kerjasama dan jasa baik netters saya dahului dengan jutaan terima kasih, Jazakallah...  semoga Allah memberkati usaha murni kita, InsyaAllah.

Wassalam


Kirim email ke