*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sambungan....

MANUSIA BERGANTUNG SEPENUHNYA KPD ALLAH SWT

        Melahirkan manusia yg selalu sedar mengenai hakikat
dirinya sebagai manusia yg memerlukan kpd Allah swt di
dlm setiap masa dan keadaan sehingga membentuk dirinya
menjadi hamba yg beradab dan bersyukur terhadap Allah
swt, Muslim yg patuh kpd syariat Tuhannya dan manusia
yg mencapai kemuncak insaniahnya, adalah matlamat dpd
matlamat2 tauhid yg tertinggi. Ia adalah merupakan
pentahkikan dari makna Dua Kalimah Syahadah dan tanda
kematangan aqidah Tauhid yg diajarkan oleh Islam di
dlm diri setiap manusia. Di dlm menegaskan makna
syahadatain, Imam as-Sanusi Rahimahullah berkata:"Dan
menghimpunkan seluruh pengertian2 aqaa'id ini semuanya
ialah ucapan: La Ilaaha Illa Allah Muhammad
Rasulullah, kerana makna Uluhiyyah itu ialah
terkayanya Tuhan itu dari segala yg selainNya dan
berhajat nya setiap yg laindarNya kpdNya, maka makna
La Ilaaha Illa Allah ialah: Tidak ada sesiapa yg
terkaya dari memerlukan kpd selainnya dan tidak ada
sesiapa yg berhajat kpdnya oleh selainnya melainkan
Allah swt.

        Ajaran aqidah tauhid mengajarkan bahawa pergantungan
manusia kpd Allah swt adalah satu hakikat yg wajib
diimani dan di atas keimanan tersebut seorang Muslim
mencorakkan seluruh kehidupannya, pemikiran, perbuatan
dan perasaannya di dunia ini.

Firman Allah swt di dlm surah Fathir ayat 15 yg
bermaksud :"(Oleh kerana Allah menguasai segala2nya,
maka) wahai umat manusia, kamulah yg berhajat kpd
Allah (dlm segala perkara) sedang Allah Dialah sahaja
Yg Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Di dlm tafsir Al-Muhit Abu Hayyan Rahimahullah
menerangkan:"Ayat ini merupakan ayat nasihat dan
peringatan dan bahawa sesungguhnya seluruh manusia
memerlukan kasihan belas dari Allah dan juga kurniaan
nikmat2nya pada setiap urusan hidup mereka, tidak
seorang pun yg terlepas dpdNya walau dlm sekelip mata
sekali pun. Dialah Tuhan Yg Maha Kaya yg tidak
memerlukan kpd makhluk secara mutlak. Dialah Tuhan Yg
Maha Terpuji di atas segala nikmat yg telah
dikurniakan itu. Dialah yg berhak utk mendapatkan
pujian dan sanjungan."

        Islam dgn keimanan itu membawa manusia supaya benar2
merasakan jiwa kehambaan yg hakiki terhadap Allah swt.
Jiwa kehambaan tersebut adalah rasa kemuliaan dan
kemuncak kesempurnaan manusia di dunia ini. 

Firman Allah swt di dlm surah Israa' ayat 1 yg
bermaksud:"Maha suci Allah yg telah menjalankan
hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid
Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yg
Kami berkati sekelilingnya utk memperlihatkan kpdnya
tanda2 (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya
Allah jualah yg Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Firman Allah swt di dlm surah al-Kahfi yg
bermaksud:"Segala puji tertentu bagi Allah yg telah
menurunkan kpd hambaNya (Muhammad) Kitab suci Al-Quran
dan tidak menjadikan padanya sesuatu yg bengkok
(terpesong).

Firman Allah swt di dlm surah an-Najm ayat 10 yg
bermaksud:"Lalu Allah wahyukan kpd hambaNya (Muhammad
dgn perantaraan malaikat Jibril) apa yg telah
diwahyukanNya.

        Seterusnya di dlm menjelaskan makna
iftiqar(pergantungan) sebagai sebuah pengalaman
perasaan keimanan yg dituntut, as-Syeikh Abd Halim
Mahmud Rahimahullah telah berkata:"Yg dikehendaki dgn
pengertian iftiqar kpd Allah ialah perasaan keimanan
bahawa Allah swt sahajalah yg menjadi penolong,
pembantu, penjadi, maha pengasih, pemberi rezeki.....
dan demikianlah seterusnya sehingga perasaan terhadap
nama2 Tuhan sebagai satu hakikat yg benar2 nyata dan
itulah peringkat yg tertinggi dari peringkat2
keimanan."

        Keperluan manusia kpd Allah swt utk ia terus kekal di
alam ini dan dlm setiap urusannya geraknya dan diamnya
adalah bertolak dari hakikat bahawa manusia itu adalah
makhluk yg lemah yg diciptakan oleh Allah swt dgn
berkeadaan lemah. 

Firman Allah swt di dlm surah al-Nisaa' ayat 28 yg
bermaksud:"Allah(sentiasa) hendak meringankan (beban
hukumnya) dpd kamu kerana manusia itu dijadikan
berkeadaan lemah.
Di dlm sebuah hadis qudsi yg diriwayatkan oleh Imam
Muslim Rahimullah telah menerangkan sebahagian dari
keperluan manusia kpd Allah swt. Ia adalah nas agama
yg sangat jelas mengenai tidak terlepasnya manusia
dari bergantung dan memerlukan sepenuhnya kpd
bimbingan petunjuk Allah swt kepadanya di dunia ini. 

Sabda Rasulullah saw yg bermaksud:"Hai hamba2Ku
sekelian, kamu tersesat kecuali siapa yg Aku telah
beri hidayah padanya, maka mintalah hidayah padaKu
tentu aku memberi hidayah itu kpd kamu.

Hai hamba2Ku sekelian kamu lapar kecuali siapa yg Aku
telah aku beri makan kpdnya, maka mintalah makanan
kpdKu tentu Aku beri makanan kpd kamu.

Hai hamba2Ku sekelian kamu telanjang kecuali siapa yg
telah Aku memakaikannya, maka mintalah pakaian kpdKu
tentu Aku akan memakaikannya kpd kamu.

Hai hamba2Ku sekelian kamu bersalah malam dan siang
dan Aku yg mengampunkan segala dosa, maka mintalah
keampunan kpdKu tentu Aku akan mengampuni bagi kamu.

        Dari penjelasan2 yg lalu adalah sangat jelas kpd kita
bagaimana Islam sebagai ajaran Tauhid yg mempunyai
risalahnya utk disampaikan kpd manusia, menolak dan
memerangi segala fahaman ciptaan manusia yg bertujuan
memisahkan manusia dari rasa pergantungannya dgn Allah
Azza Wajalla merungkai manusia dari ikatan panduan
agama, memusnahkan perasaan kehambaan di dlm diri
manusia dan menghalang ubudiah manusia terhadap Allah
swt di dlm seluruh urusan hidupnya. Islam menentang
dan memusuhi segala gerakan dan pemikiran yg membawa
kpd penafian hakikat kebergantungan manusia kpd Tuhan
yg menjadi dan memandunya krn menafikannya ialah
menafikan makna yg dikandung oleh syahadatain yg
diajarkan oleh Islam itu.....bersambung           

=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mohd adib <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke