*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

salam,

kesimpulannya....

jamaah yg menitik beratkan kekuatan aqidah, kekuatan ukhuwah dan kekuatan
senjata...

1) kekuatan aqidah.

aqidah yg mantap mengikut manhaj imam arba'in dan salafussoleh, yg bersih dari
bidaah dlm aqidah dan ibadah, yg bersih dan unsur2 syirik spt wahdatul wujud
dsbnya...

2) kekuatan ukhuwah.

ukuhuwah dari sudut alwala' wal bara'. sekiranya saudara islamnya dibunuh,
maka dia segera menolong dan mengambil tindakan. tapi la ni saudara islam
ramai di bunuh tanpa tindakan segera..dan antaranya mengutamakan membantu
muslim dari sudut jualbeli dsbnya...tapi la ni ramai yg membeli di GIANT dari
kohilal dsbnya...

3) kekuatan senjata

;(

perut boroi pun tak kempis-kempis, malah bertambah boroi...berlipat-lipat

teori memang sedap ya, perlaksanaannya masing2 tahu setakat mana jamaah yg
tuan2 ikuti.


"Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> ASSALAMUALAIKUM Sahabatku saudara/I yang dikasihi, disayangi, diingati dan 
> dirahmati Allah Ta'ala sentiasa.
> 
> Saya pernah ditanya secara peribadi oleh dua orang rakan netters kita, 
> jama'ah manakah yang harus mereka ikuti  dan mentaatinya?
> 
> Dan pertanyaan itu sudah pun dijawab by personnel juga.
> 
> Cuma di sini saya salurkan sedikit daripada maklumat tambahan untuk kita 
> sama-sama menilai ke mana arah visi perjuangan yang sebenarnya untuk kita 
> memartabatkan Daulah Islamiyyah seperti di zaman Rasulullah SAW.
> 
> Semoga ianya dapat membantu. InsyaAllah!
> 
> 
> Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.
> 
> Menjawab soalan mad'u (orang yang diseru): Jama'ah manakah yang patut ia 
> masuki untuk berusaha dan beramal untuk Islam? Marhalah (peringkat) ini  
> adalah penting tetapi sensitif. Ia memerlukan hikmah (kebijaksanaan), 
> penerangan yang jitu dan memuaskan. Di dalam bidang ini kedapatan 
> berbagai-bagai jemaah yang bergerak. Masing-masing menyeru para pemuda 
> memasukinya. Masing-masing membawa label Islam. Tiap-tiap jama'ah mempunyai

> lambang-lambang dan cara-cara yang tersendiri untuk menarik para pemuda 
> kepadanya.
> 
> Satu perkara yang perlu difahami oleh setiap pemuda muslim ialah bahawa 
> urusan amal Islami adalah urusan yang menentukan dan asasi. Jadi dia 
> mestilah pandai memilih jalan mana yang patut dilalui. Juga dapat memastikan

> tentang keselamatannya. Tidak perlu ia tergesa-gesa dalam memilih sesuatu 
> jama'ah untuk dimasukinya lantas bekerjasama dengannya di dalam melaksanakan

> prinsip-prinsip Islam. Dia mestilah sentiasa ingat bahawa ia hanya mempunyai

> satu umur dan satu jiwa. Jadi janganlah dipertaruhkan hidup yang hanya 
> sekali itu kepada satu jemaah yang belum diyakini kebenarannya. Sebaliknya 
> dia mestilah terlebih dahulu mengkaji dan menimbangnya dengan 
> semasak-masaknya sehingga nyata kepadanya bahawa jemaah yang hendak 
> dimasukinya itu adalah jemaah Islam yang benar. Itu lebih baik daripada 
> memilih jalan lain yang tidak benar dan memasukinya tanpa selidik dan 
> periksa terlebih dahulu.
> 
> Patutlah disebutkan di sini bahawa untuk merealisasikan segala tuntutan 
> Islam hendaklah melalui jalan Rasulullah SAW. Sebelum baginda membangunkan 
> Ad Daulah Al Islamiah yang pertama itu, baginda menekankan dan mementingkan

> persoalan sekitar penegakan akidah Islam di dalam jiwa mukminin. Kemudian 
> mendidik mereka di rumah Al Arqam (Darul Arqam) dengan hidangan Al-Qur'an di

> Madrasah Rasulullah SAW. Dari Madrasah itu, terbentuklah para lelaki akidah

> (rijalul akidah).
> 
> Akidah ini menguasai perasaan, pemikiran dan jiwa mereka malah menjadi asas

> di dalam kehidupan mereka. Mereka mengorbankan waktu mereka, usaha mereka, 
> kesihatan mereka, fikiran, harta, malah nyawa mereka untuk akidah Islam. 
> Mereka tetap berpegang teguh kepadanya dan rela menanggung segala gangguan 
> dan penindasan. Mereka tidak pernah berundur, walaupun apa akan terjadi pada

> diri mereka. Mereka terus menyebarkan dakwah Islam, mempertahankan dan 
> berjihad pada jalannya dengan harta dan jiwa
> mereka. Mereka itulah yang menjadi tiang dan teras yang kuat di dalam asas 
> Ad Daulah Al Islamiah yang pertama.
> 
> Kemudian Rasulullah (s.a.w) mempersaudarakan dan menyusun mereka. Rasulullah

> SAW mengikat janji dan sumpah setia dengan mereka untuk sama-sama membela 
> agama ini dengan segala apa yang ada pada mereka. Akhirnya kemenangan dan 
> kekuasaan di muka bumi berada di tangan mereka.
> 
> Demikianlah, Rasulullah (s.a.w) telah berjaya membuktikan bahawa kekuatan 
> akidah datang dahulu, kemudian diikuti pula oleh kekuatan kesatuan, dan 
> akhirnya kekuatan tangan dan senjata. Apabila dasar dan asas yang kuat dan 
> pejal telah terbentuk, mereka mampu menghadapi musuh-musuh Allah SWT dan 
> mampu pula membalas segala bentuk percerobohan dengan kekuatan.
> 
> Firman Allah Ta'ala, bermaksud :
> 
> "Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana 
> sesungguhnya mereka telah dianiaya Dan sesungguhnya Allah SWT benar-benar 
> berkuasa menolong mereka."
> 
> [Al-Haj : 39]
> 
> Dalam proses pembentukan dasar dan asas yang kuat di kalangan mukmin yang 
> masih sedikit bilangannya, Rasulullah SAW mewasiatkan mereka supaya bersabar

> menanggung segala penderitaan dan azab sengsara dan berpegang teguh kepada 
> al Haq (kebenaran) yang telah mereka imani dan terus menerus menyampaikan 
> dakwah kepada orang lain. Mereka tidak dituntut untuk menghadapi kebatilan 
> dengan kekuatan (sama ada kekuatan tangan atau senjata).
> 
> Jadi jemaah yang mesti dipilih dan dimasuki oleh para pemuda Islam ialah 
> jama'ah yang berjalan di atas jalan Rasulullah SAW. Mana-mana jemaah yang 
> tidak mengutamakan sudut-sudut tarbiah (pendidikan) dan penyatuan tetapi 
> mempergunakan kekuatan, maka itu adalah satu jama'ah yang memperjudikan 
> nasib dan usahanya. Ini membahayakan amal Islami (usaha dan perjuangan 
> Islam). Jadi, segala usaha ke arah pemerintahan dengan jalan kekerasan atau

> kekuatan tanpa tarbiah dan perpaduan atau dengan jalan melalui parti-parti 
> politik yang mengabaikan tarbiah, merupakan pertaruhan bahkan satu kerugian

> terhadap amal Islami. Walaupun ia berkembang dan membesar menurut tabi'i 
> sebelum dasar dan asas menjadi kuat, namun ia tidak mantap dan tiada 
> kesungguhan untuk berjalan terus menerus.
> 
> Jadi mestilah terlebih dahulu dibentuk dasar yang kuat dan pejal. Dengan 
> demikian ia redha kepada hukum-hukum Islam, melindunginya, membelanya dan 
> tidak berkompromi dengan hukum yang lain darinya. Demikianlah, pembinaan itu

> mestilah didahului dari asas bukan dari puncak. Apabila sesuatu bangunan 
> yang hendak dibina itu besar dan tinggi, maka asasnya mestilah luas dan 
> dalam pula. Samalah keadaannya dengan bangunan yang hendak kita bangunkan 
> ini adalah bangunan yang paling besar dan paling tinggi iaitu 'Ad Daulah 
> Islamiah Alamiah' (negara Islam sejagat) kerana dakwah kita adalah alamiah 
> (antarabangsa) demikian juga musuh-musuh kita adalah alamiah juga. Jangka 
> masa yang digunakan di dalam medan ini diukur dengan umur dakwah bukan 
> diukur dengan umur individu.
> 
> Dengan rahmat kurnia Allah SWT, kita dapati Al Imam Hassan Al Banna telah 
> mengambil jalan ini dari seerah Rasulullah SAW. Beliau menegaskan betapa 
> perlunya dipersiapkan al fardi muslim (individu muslim) sebagai lelaki 
> akidah (rijalul akidah), pentingnya didirikan keluarga muslim (usrah 
> muslimah) dan akhirnya masyarakat muslim (mujtama muslim). Di atas asas-asas

> yang kuat inilah, kelak terdirinya Ad-Daulah-Islamiah dan seterusnya 
> Al-khilafah Islamiah, InsyaAllah.
> 
> Wallahu ta'ala a'lam.......
> 
> Wassalamu.......
> 
> Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
> 

> Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke