*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
saya sekadar forwardkan dari saudara kita di sini juga iaitu
[EMAIL PROTECTED], dan saya juga berpandangan adalah baik direnungkan
apa yang disampaikan oleh saudara kita ini....marilah kita sama-sama
fikirkan...semoga Allah SWT memilih kita bersama jemaah yang benar, jemaah
yang paling hampir dengan apa yang diusahakan oleh Nabi SAW., jemaah yang
kehidupan, fikir, risau, bimbang mereka sama dengan apa yang menjadi
kehidupan, fikir, risau dan bimbang Nabi SAW. Yang tidak terkesan dengan
kehebatan makhluk, tidak terkesan dengan kehebatan usaha mereka sendiri,
walau macamana hebat pun usaha mereka, walaupun gagal dan tiada hasil di
dunia ini, tetapi mendapat kejayaan di akhirat segala apa yang Nabi buat
jika kita ikut macamana sahabat r.a. ikut, pasti Allah akan bagi kejayaan,
keredhaan Allahlah yang menjadi matlamat, penuh harap dan yaqeen hanya pada
Allah, Allah yang MAHA berkuasa memberi hidayat...insyaAllah....

 Assalamualaikum..

 Sekadar memberi pandangan. Tuan2 nilailah sendiri. Kalau ada komen2
 tu sila balas personally kepada saya.
 Ringkasan criteria untuk memilih jemaah..
 - Jemaah yang memperbaiki hubungan/TAQWA/YAQEEN kepada Pencipta
 yang maha agung; Allah s.w.t.

 - Jemaah yang memudahkan kita untuk mengucapkan KALIMAH LA ILA HA
 IL LAULLAH di akhir kalam kita.

 - Jemaah yang memberi kekuatan untuk mengamalkan sunnah Rasullullah
 s.a.w di dalam 24 jam kehidupan kita dan masyarakat.

 - Jemaah yang beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w dan Para
 Sahabat r.a.

 - Jemaah yang TIDAK mengikut CARA HIDUP DAN AMALAN  YAHUDI dan
 NASRANI.

 - Jemaah yang dapat bantuan Allah s.w.t daripada langit dengan
 perantaraan 2 rakaat Solat.

 - Jemaah yang taat dengan menjunjung perintah Allah s.w.t (Alquran
 dan Sunnah) dalam segala keadaan dan ketika.

 - Jemaah yang menjadikan kita lebih BERTAQWA dan BERAMAL dengan
 ilmu/kepandaian kita BUKAN  takabur/bangga diri dengan
 ilmu/kepandaian kita.

 - Jemaah yang mengingati Allah s.w.t siang dan malam.

 - Jemaah yang tidak memecahbelahkan ummat Rasulullah s.a.w.

 - Jemaah yang memperbaiki akhlak, sopan santun seperti akhlak
 Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a. dan memperbaiki hati
 daripada hasad, dengki, khianat, sombong, takabur, keji, mengumpat
 dan bermacam2 sifat mazmumah lagi.

 - Jemaah yang menjaga lidah/mata untuk mengucapkan/melihat yang
 baik2 dan menjauhi dari perkataan/perkara sia-sia.

 - Jemaah yang memperbaiki keikhlasan atas segala amalan kita.

 - Jemaah yang membuat amalan2 yang mendatangkan KEREDAAN Allah
 s.w.t didunia lebih2 lagi di akhirat.

 - Jemaah yang menjadikan kita bersedia untuk bekalan ke kubur,
 mahsyar, titian sirat dan jannah.

 - Jemaah yang menuju kepada MAKSUD HIDUP kita diciptakan oleh Allah
 s.a.w. Tanya diri sendiri, apa MAKSUD HIDUP hidup anda diciptakan?

 - Jemaah yang menjalankan muamalat dan muasyarah dengan betul.

 - Jemaah yang mengimmarahkan Masjid-masjid dan Surau-surau.

 - Jemaah yang mengajak kepada yang maaruf dan menghalang
 kemungkaran.

 - Jemaah yang boleh diambil bahagian oleh semua orang selagi dia
 orang Islam tanpa mengira bangsa, keturunan, Arab/Ajam, tua/muda,
 warna kulit, negara, bahasa, bisu, pekak, tuli, cacat atau
 sempurna, kudung, boleh/takboleh membaca/menulis, hatta segala
 lapisan hidup tanpa sempadan hingga di hujung2 ceruk dunia.

 - Jemaah yang hanya takut kepada Allah s.w.t dan tidak takut kepada
 makhluk (bom atom, orang kafir, raja/pemerintah zalim, binatang,
 taufan, gempa bumi, air, api, angin, tanah, orang yahudi, orang
 kristian, senjata, majoriti/minoriti, dunia, ...... kerana setiap
 zarah, hati, nyawa dan pergerakan manusia dan tujuh petala langit
 dan bumi adalah di tadbir oleh Allah s.w.t)

 - Jemaah yang mengajak kepada kehebatan PENCIPTA yang Maha Agung
 dan bukan mengajak kepada ciptaan (manusia, harta, pangkat,
 kedudukan, ilmu, kepandaian & kehebatan makhluk/manusia).

 - Jemaah yang membuat amalan2 yang dicintai oleh para malaikat dan
 menjauhi amalan2 maksiat (pergaulan lelaki wanita) yang disukai
 oleh Syaitan.

 - Jemaah yang mendapat nusrah/bantuan Allah s.w.t tanpa mengira
 majoriti/minoriti.

 - Jemaah yang menyediakan orang Islam supaya mempunyai semangat
 jihad yakni bersedia untuk mengorbankan diri, harta dan masa
 semata2 kerana agama,

 - Jemaah yang mirip-mirip kepada usaha Rasululah s.a.w yakni
 Baginda s.a.w pergi dari pintu ke pintu, kabilah ke kabilah, lorong
 ke lorong mengajak manusia kapada Allah s.w.t.

 Jika masih ragu2nak pilih Jemaah yang mana, saya syurkan anda
 bersolatlah istiqarah dan minta pada Allah s.w.t dengan IKHLAS
 sebagaimana seorang yang faqir berdoa.... supaya Allah s.w.t
 menunjukkan Jemaah yang Haq... mungkin ia akan datang mengetuk di
 depan pintu... oops betul2 ada di depan mata anda..bukalah HATI dan
 pintu untuk bersamanya.


-----Original Message-----
From: ibnu muhajir [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Wednesday, November 10, 1999 11:14 PM
To: Abdul Jamil Lam; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: [H-Net* Jamaah]



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

salam,

kesimpulannya....

jamaah yg menitik beratkan kekuatan aqidah, kekuatan ukhuwah dan kekuatan
senjata...

1) kekuatan aqidah.

aqidah yg mantap mengikut manhaj imam arba'in dan salafussoleh, yg bersih
dari
bidaah dlm aqidah dan ibadah, yg bersih dan unsur2 syirik spt wahdatul wujud
dsbnya...

2) kekuatan ukhuwah.

ukuhuwah dari sudut alwala' wal bara'. sekiranya saudara islamnya dibunuh,
maka dia segera menolong dan mengambil tindakan. tapi la ni saudara islam
ramai di bunuh tanpa tindakan segera..dan antaranya mengutamakan membantu
muslim dari sudut jualbeli dsbnya...tapi la ni ramai yg membeli di GIANT
dari
kohilal dsbnya...

3) kekuatan senjata

;(

perut boroi pun tak kempis-kempis, malah bertambah boroi...berlipat-lipat

teori memang sedap ya, perlaksanaannya masing2 tahu setakat mana jamaah yg
tuan2 ikuti.


"Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> ASSALAMUALAIKUM Sahabatku saudara/I yang dikasihi, disayangi, diingati dan

> dirahmati Allah Ta'ala sentiasa.
> 
> Saya pernah ditanya secara peribadi oleh dua orang rakan netters kita, 
> jama'ah manakah yang harus mereka ikuti  dan mentaatinya?
> 
> Dan pertanyaan itu sudah pun dijawab by personnel juga.
> 
> Cuma di sini saya salurkan sedikit daripada maklumat tambahan untuk kita 
> sama-sama menilai ke mana arah visi perjuangan yang sebenarnya untuk kita 
> memartabatkan Daulah Islamiyyah seperti di zaman Rasulullah SAW.
> 
> Semoga ianya dapat membantu. InsyaAllah!
> 
> 
> Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.
> 
> Menjawab soalan mad'u (orang yang diseru): Jama'ah manakah yang patut ia 
> masuki untuk berusaha dan beramal untuk Islam? Marhalah (peringkat) ini  
> adalah penting tetapi sensitif. Ia memerlukan hikmah (kebijaksanaan), 
> penerangan yang jitu dan memuaskan. Di dalam bidang ini kedapatan 
> berbagai-bagai jemaah yang bergerak. Masing-masing menyeru para pemuda 
> memasukinya. Masing-masing membawa label Islam. Tiap-tiap jama'ah
mempunyai

> lambang-lambang dan cara-cara yang tersendiri untuk menarik para pemuda 
> kepadanya.
> 
> Satu perkara yang perlu difahami oleh setiap pemuda muslim ialah bahawa 
> urusan amal Islami adalah urusan yang menentukan dan asasi. Jadi dia 
> mestilah pandai memilih jalan mana yang patut dilalui. Juga dapat
memastikan

> tentang keselamatannya. Tidak perlu ia tergesa-gesa dalam memilih sesuatu 
> jama'ah untuk dimasukinya lantas bekerjasama dengannya di dalam
melaksanakan

> prinsip-prinsip Islam. Dia mestilah sentiasa ingat bahawa ia hanya
mempunyai

> satu umur dan satu jiwa. Jadi janganlah dipertaruhkan hidup yang hanya 
> sekali itu kepada satu jemaah yang belum diyakini kebenarannya. Sebaliknya

> dia mestilah terlebih dahulu mengkaji dan menimbangnya dengan 
> semasak-masaknya sehingga nyata kepadanya bahawa jemaah yang hendak 
> dimasukinya itu adalah jemaah Islam yang benar. Itu lebih baik daripada 
> memilih jalan lain yang tidak benar dan memasukinya tanpa selidik dan 
> periksa terlebih dahulu.
> 
> Patutlah disebutkan di sini bahawa untuk merealisasikan segala tuntutan 
> Islam hendaklah melalui jalan Rasulullah SAW. Sebelum baginda membangunkan

> Ad Daulah Al Islamiah yang pertama itu, baginda menekankan dan
mementingkan

> persoalan sekitar penegakan akidah Islam di dalam jiwa mukminin. Kemudian 
> mendidik mereka di rumah Al Arqam (Darul Arqam) dengan hidangan Al-Qur'an
di

> Madrasah Rasulullah SAW. Dari Madrasah itu, terbentuklah para lelaki
akidah

> (rijalul akidah).
> 
> Akidah ini menguasai perasaan, pemikiran dan jiwa mereka malah menjadi
asas

> di dalam kehidupan mereka. Mereka mengorbankan waktu mereka, usaha mereka,

> kesihatan mereka, fikiran, harta, malah nyawa mereka untuk akidah Islam. 
> Mereka tetap berpegang teguh kepadanya dan rela menanggung segala gangguan

> dan penindasan. Mereka tidak pernah berundur, walaupun apa akan terjadi
pada

> diri mereka. Mereka terus menyebarkan dakwah Islam, mempertahankan dan 
> berjihad pada jalannya dengan harta dan jiwa
> mereka. Mereka itulah yang menjadi tiang dan teras yang kuat di dalam asas

> Ad Daulah Al Islamiah yang pertama.
> 
> Kemudian Rasulullah (s.a.w) mempersaudarakan dan menyusun mereka.
Rasulullah

> SAW mengikat janji dan sumpah setia dengan mereka untuk sama-sama membela 
> agama ini dengan segala apa yang ada pada mereka. Akhirnya kemenangan dan 
> kekuasaan di muka bumi berada di tangan mereka.
> 
> Demikianlah, Rasulullah (s.a.w) telah berjaya membuktikan bahawa kekuatan 
> akidah datang dahulu, kemudian diikuti pula oleh kekuatan kesatuan, dan 
> akhirnya kekuatan tangan dan senjata. Apabila dasar dan asas yang kuat dan

> pejal telah terbentuk, mereka mampu menghadapi musuh-musuh Allah SWT dan 
> mampu pula membalas segala bentuk percerobohan dengan kekuatan.
> 
> Firman Allah Ta'ala, bermaksud :
> 
> "Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana 
> sesungguhnya mereka telah dianiaya Dan sesungguhnya Allah SWT benar-benar 
> berkuasa menolong mereka."
> 
> [Al-Haj : 39]
> 
> Dalam proses pembentukan dasar dan asas yang kuat di kalangan mukmin yang 
> masih sedikit bilangannya, Rasulullah SAW mewasiatkan mereka supaya
bersabar

> menanggung segala penderitaan dan azab sengsara dan berpegang teguh kepada

> al Haq (kebenaran) yang telah mereka imani dan terus menerus menyampaikan 
> dakwah kepada orang lain. Mereka tidak dituntut untuk menghadapi kebatilan

> dengan kekuatan (sama ada kekuatan tangan atau senjata).
> 
> Jadi jemaah yang mesti dipilih dan dimasuki oleh para pemuda Islam ialah 
> jama'ah yang berjalan di atas jalan Rasulullah SAW. Mana-mana jemaah yang 
> tidak mengutamakan sudut-sudut tarbiah (pendidikan) dan penyatuan tetapi 
> mempergunakan kekuatan, maka itu adalah satu jama'ah yang memperjudikan 
> nasib dan usahanya. Ini membahayakan amal Islami (usaha dan perjuangan 
> Islam). Jadi, segala usaha ke arah pemerintahan dengan jalan kekerasan
atau

> kekuatan tanpa tarbiah dan perpaduan atau dengan jalan melalui parti-parti

> politik yang mengabaikan tarbiah, merupakan pertaruhan bahkan satu
kerugian

> terhadap amal Islami. Walaupun ia berkembang dan membesar menurut tabi'i 
> sebelum dasar dan asas menjadi kuat, namun ia tidak mantap dan tiada 
> kesungguhan untuk berjalan terus menerus.
> 
> Jadi mestilah terlebih dahulu dibentuk dasar yang kuat dan pejal. Dengan 
> demikian ia redha kepada hukum-hukum Islam, melindunginya, membelanya dan 
> tidak berkompromi dengan hukum yang lain darinya. Demikianlah, pembinaan
itu

> mestilah didahului dari asas bukan dari puncak. Apabila sesuatu bangunan 
> yang hendak dibina itu besar dan tinggi, maka asasnya mestilah luas dan 
> dalam pula. Samalah keadaannya dengan bangunan yang hendak kita bangunkan 
> ini adalah bangunan yang paling besar dan paling tinggi iaitu 'Ad Daulah 
> Islamiah Alamiah' (negara Islam sejagat) kerana dakwah kita adalah alamiah

> (antarabangsa) demikian juga musuh-musuh kita adalah alamiah juga. Jangka 
> masa yang digunakan di dalam medan ini diukur dengan umur dakwah bukan 
> diukur dengan umur individu.
> 
> Dengan rahmat kurnia Allah SWT, kita dapati Al Imam Hassan Al Banna telah 
> mengambil jalan ini dari seerah Rasulullah SAW. Beliau menegaskan betapa 
> perlunya dipersiapkan al fardi muslim (individu muslim) sebagai lelaki 
> akidah (rijalul akidah), pentingnya didirikan keluarga muslim (usrah 
> muslimah) dan akhirnya masyarakat muslim (mujtama muslim). Di atas
asas-asas

> yang kuat inilah, kelak terdirinya Ad-Daulah-Islamiah dan seterusnya 
> Al-khilafah Islamiah, InsyaAllah.
> 
> Wallahu ta'ala a'lam.......
> 
> Wassalamu.......
> 
> Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
> 

> Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Zaker bin Salleh Hamdi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke