*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebenarnya mengenai jumlah 650 000 pengundi yang didaftarkan tahun ini
merupakan satu kelemahan bagi SPR.

Mereka yang telah mendaftar pada Januari 1999,  nama mereka
tidaktersenarai.  

Tetapi boleh pulak menjalankan 9 hari waktu berkempen.  Penamaan calon
pada 20hb dan kemudian mereka terpaksa mencetak kertas undi...bagi undi
poss pulak akan memakan masa untuk diposkan kepada pengundi...termasuk
pengundi hantu di hutan belantara.  Ini boleh pulak buat dalam 9 hari. 
 Tetapi nak key-in data pengundi baru ...dah 9 bulan pun tak boleh
jugak! . Kata negara nie Koridor Raya Multimedia! Multimedia kepala
hangok...multimedia maksiat adalah...sampai ada orang bagi gambar lucah
di hizbi.net ini.

Rasa2nya mengenai undi pos nie...couries macam Fedex dan Jumbo mesti
jealous sebab malaysia nie serba boleh!  Ada lebih kuran 250 000
pengudi pos yang sah (terdiri daripada Askar/Polis serta isteri
masing2).

APA LAGI! PANGKAH ALTERNATIF...

ps : dengar ura2 uztaz Harun Din nak lawan Che Det...

--- Hoot Hoot <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> KINI - Khamis 111199
> Beri Barisan Alternatif Peluang Lima Tahun
> Masa untuk rakyat membuat perubahan telah sampai. Beri gabungan
> Barisan 
> Alternatif peluang lima tahun untuk mentadbir Malaysia. Sebuah
> Malaysia Baru 
> dapat dibangunkan. Parlimen Malaysia dibubarkan mulai 11 November
> 1999. 
> Pilihanraya umum ke-10 akan diadakan, kemungkinan pada hujung bulan
> November 
> ini. Pada hari ini, Kerajaan Barisan Nasional hanya berstatus
> kerajaan 
> sementara sahaja. Dr Mahathir Mohamad juga menjadi Perdana Menteri 
> sementara. Parti Barisan Nasional sama tarafnya dengan parti Barisan 
> Alternatif.
> Kemudahan Kerajaan Tidak Boleh Digunakan
> Menurut peraturan undang-undang, BN tidak boleh sama sekali
> menggunakan 
> kemudahan kerajaan untuk berkempen. Perbuatan seperti itu salah dan
> bersifat 
> penyelewengan serta rasuah. BN perlu berkempen berdasarkan kekuatan
> parti 
> politiknya sendiri seperti parti lawannya, Barisan 
> Alternatif.Pemimpin-pemimpin BN, termasuk Dr Mahathir Mohamad dan
> para 
> menteri, tidak boleh membuat janji-janji untuk memberikan peruntukan 
> pembangunan itu dan ini dengan wang kerajaan kepada para pengundi.
> Jika 
> didapati pemimpin BN berbuat demikian, itu merupakan satu kesalahan
> rasuah 
> dalam Akta esalahan Pilihanraya tahun 1954.
> Pembangkang Mungkin Merusuh?
> Amat malang bagi Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri seperti
> Dr 
> Mahathir Mohamad. Satu alasan beliau memilih 11 November sebagai
> tarikh 
> embubaran Parlimen supaya pilihanraya umum boleh diadakan sebelum
> bulan 
> Ramadhan untuk mengelakkan pembangkang merusuh. Mahathir tidak
> enghormai 
> prinsip demokrasi. Mahathir jelas mempunyai prasangka yang buruk.
> Beliau 
> langsung tidak menghormati parti lawan. Jika mahu mengkritik arisan 
> Alternatif, kritiklah polisi-polisinya seperti Manifesto Bersama atau
> 
> Belanjawan 2000nya yang telah diumumkan.
> Tuduhan Liar Dan Jahat
> Tuduhan pembangkang mungkin merusuh, yang disebut oleh Dr Mahathir
> Mohamad 
> itu, sebenarnya sengaja bertujuan untuk meracuni fikiran
> rakyat.Mahathir 
> memfitnah Barisan Alternatif. Sudah sembilan kali parti-parti
> pembangkang 
> kalah dalam pilihanraya umum. Tidak ada rusuhan yang berlaku.Tetapi
> sekali 
> sahaja Barisan Nasional (Perikatan dulu) hilang majoriti dua pertiga
> dalam 
> Pilihanraya Umum 1969, rusuhan kaum 13 Mei berlaku. Adakah kali ini
> pada 
> tahun 1999, jika BN hilang majoriti dua pertiga atau gagal berkuasa
> semula, 
> maka rusuhan akan dicetuskan oleh pemimpin BN sendiri?
> Belanjawan BN Olok-Olok
> Dr Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin serta kerajaan BN telah
> mempermainkan 
> rakyat dan memalukan negara. Sia-sia sahaja wang negara, masa, tenaga
> 
> kakitangan kerajaan, terutama di Kementerian Kewangan, serta semua
> pihak 
> yang terlibat dalam menyiapkan Belanjawaan yang Daim bentangkan di
> parlimen 
> pada 29 Oktober lalu. Semuanya hanya lakonan sahaja. Mahathir sudah
> tahu 
> bila dia mahu membubarkan Parlimen. Tetapi Mahathir arahkan Daim 
> membentangkan satu belanjawan olok-olok. Jadi dari hari pembentangan 
> belanjawan 29 Oktober itu sehingga 10 November, segala perbincangan
> dan 
> perbahasan tentang belanjawan tersebut adalah lawak jenaka  sahaja.
> Sebab 
> segala-galanya sekadar main-main sahaja. Olok-olok belaka. Parlimen
> Malaysia 
> di bawah Mahathir sudah semacam Parlimen Kanak-kanak satu masa lalu
> yang 
> dipimpin oleh Pak Cik Jamal Mohamad.
> Belanjawan Tak Laku
> Belanjawan Mahathir dan Daim itu sekarang tidak laku lagi. Ia tidak
> sempat 
> dibahas dan diluluskan oleh Parlimen. Satu belanjawan baru akan
> dibentangkan 
> semula selepas pilihanraya nanti. Kalau Barisan Alternatif yang
> menang 
> pilihanraya, ia akan membentangkan belanjawannya.
> Pada pokoknya, sama seperti apa yang telah dibentangkan pada 27
> Oktober 
> lalu, tetapi sudah pasti lebih terperinci dengan anggaran yang dapat 
> disediakan dengan maklumat yang ada pada pegawai kerajaan. Belanjawan
> 2000 
> BA mengutamakan pemulihan ekonomi, pembangunan mampan serta keadilan.
> 
> Belanjawan BN tiada cukai baru, Belanjawan BA nak kenakan cukai dosa
> dan 
> cukai barang mewah. BN dan BA mahu belanja lebih, tapi BN hendakkan
> projek 
> mega, mewah dan tak perlu untuk memberi kontrak serta peluang lain
> kepada 
> kroni mereka. BA ingin meningkatkan perbelanjaan sosial untuk
> pendidikan, 
> kesihatan, perumahan, pembangunan luar bandar, subsidi harga getah
> dan padi 
> serta kebajikan.  Begitu juga, sekiranya BN kembali berkuasa, maka
> satu 
> belanjawan baru dibentangkan. Mahathir sendiri, dalam persidangan
> media pada 
> 10hb November, semalam, menegaskan bahawa satu belanjawan baru akan 
> dibentangkan. Belanjawan itu mungkin tidak sama dengan apa yang telah
> 
> dibentangkan Daim sebelum ini. Satu "exercise" yang membazir telah
> Mahathir 
> tunjukkan. Dia dengan sewenang-wenang menganggap hak menentukan
> tarikh 
> pembubaran Parlimen dan bila pilihanraya patut diadakan sebagai hak 
> mutlaknya sendiri. Selagi tak dapat ilham, maka tidak ada tarikh
> diumumkan. 
> Untuk menunggu ilham itu satu negara menjadi kelam kabut.
> Masalah Kepada SPR
> Pilihanraya umum ke-10 ini terpaksa dibuat dalam keadaan yang serba 
> bermasalah kepada SPR. Hal ini diakui sendiri oleh Pengerusi SPR
> Datuk Omar 
> Hashim. Sekarang musim peperiksaan sekolah diadakan. Ramai guru
> terlibat 
> menjalankan peperiksaan sebagai penyelia dan sebagainya. Banyak
> sekolah 
> menegah terlibat dengan peperiksaan SPM dan STPM. Sedangkan sekolah
> adalah 
> tempat untuk pembuangan undi dilakukan. 70% kakitangan SPR pada hari 
> pembuangan undi diambil dari kalangan guru. Mahathir sebenarnya boleh
> pilih 
> tarikh yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan banyak masalah
> sekiranya 
> pilihanraya ini dipandang mulia sebagai satu kewajipan demokrasi. 
> Sebaliknya, Mahathir menganggap tarikh pilihanraya diadakan itu
> sebagai satu 
> "ambush" atau serang hendap terhadap parti lawan atau pembangkang.
> Tetapi 
> Mahathir silap. Beliau boleh merancang, tetapi Barisan Alternatif
> telah 
> bersedia sejak lama untuk menghadapi BN kali ini.
> 650,000 Orang Tak Dapat Mengundi
> Hari paling sedih bagi demokrasi di Malaysia apabila Pengerusi SPR
> pada 
> malam 10 November mengumumkan bahawa bilangan pengundi dalam
> pilihanraya 
> kali ini hanya 9.7 juta orang. Buku daftar pengundi yang akan
> digunakan 
> ialah daftar yang disahkan pada Januari 1999 ini.
> Maka, ini bermakna lebih 680,000 pengundi baru tidak dapat mengundi
> kali 
> ini. Mahathir sengaja memilih tarikh sekarang untuk diadakan
> pilihanraya 
> untuk mengelakkan anak-anak muda yang berpendidikan itu daripada
> turut 
> mengundi. Ada pemimpin takut pada bayang-bayangnya sendiri.
> SPR dan Kerajaan Memalukan Negara
> Amat memalukan apabila lebih dari setengah juta orang pengundi baru
> tidak 
> dapat mengundi dalam pilihanraya umum kali ini. Halangan yang
> disebutkan 
> oleh Setiausaha SPR ialah undang-undang dan pentadbiran. Apa besarnya
> 
> undang-undang pilihanraya itu berbanding undang-undang Perlembagaan? 
> Sedangkan perkara-perkara dalam Perlembagaan boleh dipinda, masakan 
> undang-undang biasa seperti Akta Pilihanraya itu tidak boleh dipinda?
> 
> Undang-undang pilihanraya itu tidak memerlukan suara majoriti dua
> pertiga 
> untuk diluluskan. Pernah berlaku dalam sesuatu sidang Parlimen
> beberapa 
> undang-undang diluluskan sekaligus. Banyak undang-undang yang tidak 
> kontroversial telah diluluskan dengan mudah, ringkas dan cepat. Kalau
> hendak 
> seribu daya.
> Mahathir Dan BN Takut Reformasi
> Semua parti politik bersetuju sekiranya proses pendaftaran pengundi
> dan 
> pengesahannya dipermudahkan. Hak demokratik 650,000 orang rakyat
> dewasa yang 
> layak itu patut diutamakan. Sedangkan Dharurat, negara boleh
> mengisytiharkan 
> sekiranya keadaan memaksa, mengapa undang-undang seperti pendaftaran
> pemilih 
> baru itu menjadi begitu kompleks dan rumit sekali? Sungguh memalukan!
> Ini 
> sebenarnya kerana Mahathir dan BN takut akan suara anak-anak muda
> yang 
=== message truncated ===

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Perak Man <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke