*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam,

dari kapitalis ke sosialis...sama je semuanya teraba-raba mencari
kebenaran...

kan banyak negara yg dah amalkan sosialis..tapi tak berjaya jugek..la tak kan
tak nampak?...

:)

Rashid ahmadinin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> One thing is PARTI SOSIALIS MALAYSIA  the same party
> as Parti Rakyat Malaysia ? If it is ,it has got my
> full support.Please some one from this newsgroup
> conform this.
> 
> PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) ISTIHAR BERTANDING DALAM
> PILIHANRAYA UMUM KE - 10
>  
>  
> Pengenalan
> Kami dari Parti Sosialis Malaysia(PSM) dengan penuh
> kesedaran dan tanggungjawap ingin menawarkan diri
> bertanding di dalam Pilihahanraya ke-10 ini.
>  
> Perkhidmatan kami kepada masyarakat sudah menjangkau
> lebih 20 (dua puluh) tahun dan melibatkan permasalahan
> pekerja-pekerja dari pelbagai sektor seperti
> perladangan, perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan,
> termasuklah masalah perumahan, peneroka pandar,
> kesihatan, penubuhan kesatuan, penganiayaan dan
> sebagainya. Kami juga pernah mendedahkan konspirasi
> mengabai, menghina dan menindas pekerja oleh
> pihak-pihak yang berkuasa dan berharta.
>  
>  
> Rakyat adalah Pekerja
> Kami menganggap sebahagian besar rakyat yang produktif
> adalah pekerja dan mereka yang tidak bekerja seperti
> kanak-kanak, belia dan wargatua mengharapkan kepada
> mereka yang bekerja untuk menampung kehidupan mereka.
> Kami juga menganggap bahawa selagi seseorang itu
> menggunakan peralatan majikan untuk bekerja dan
> mendapat gaji atau diberi ganjaran hasil dari tenaga
> mereka sendiri, selagi itulah orang ini di anggap
> sebagai seorang pekerja. Mungkin mereka bertaraf
> pekerja bawahan, pekerja menengah dan pekerja atasan,
> namun di dalam definasi ini mereka tetap  dianggap 
> sebagai pekerja.
>  
> Sistem Kapitalisma Membawa Kehancuran
> Kami berpendirian bahawa pencubaan untuk menyelesaikan
> isu-isu semasa dan pada masa-masa lalu, tidak berkesan
> kerana penyelesaian adalah berdasarkan kepada usaha
> ‘menyembuh gejala-gejala penyakit tetapi bukan
> penyakit itu sendiri ‘ (“curing the symptoms but not
> the disease itself ”). Pendek kata kita cuba mengatasi
> gejala-gejala kapitalisma (seperti nepotisma,
> kronisma, korupsi, amalan diktator, penindasan dan
> salahguna kuasa yang menghancur kemanusiaan dan
> persekitaran) tetapi tidak mempertikaikan lagi sistem
> kapitalisma yang membiakkan segala keburukan ini. Maka
> kita sudah menerima acuan sistem kapitalisma ini
> sebagai satu hukum alam atau sebagai naluri kehidupan.
> Sosialis
> menentang pendirian ini. Selagi kita tidak
> mempertikaikan sistem kapitalisma ini selagi itulah
> hidup kita berfoya-foya seperti golongan hipokrit yang
> akan menyembah sesiapa saja asalkan mendapat ganjaran
> tertentu.
>  
>  
>  
>  
> Matlamat Sosialis
> Sosialis bertujuan untuk bersama dengan rakyat
> mewujudkan suatu keadaan di mana kemanusian menjadi
> teras kepada pembangunan dan sentiasa menyanjung
> ketulenan keadilan, kebebasan serta demokrasi. Kami
> pula akan bekerjasama (terhad atau berterusan) dengan
> sesiapa saja untuk mencapai matlamat ini.
>  
>  
> Mengapa Kami Bertanding ?
>  
> 1. Kami sedar isu-isu rakyat tidak boleh dipisahkan
> daripada perjuangan politik. Walaupun masyarakat
> mengalami pelbagai masalah sosial dan ekonomi namun
> penyelesaian adalah biasanya penyelesaian politik.
> Perjuangan rakyat yang diceburi oleh ahli-ahli PSM
> kini sudah sampai ke tahap yang matang. Sudah sampai
> masanya kita turun ke gelanggang politik untuk
> memperjuangkan masalah dan hak rakyat.
>  
> 2. Kami telah mengharungi pelbagai cabaran semasa
> menangani masalah masyarakat yang tertindas dan isu
> yang sering timbul adalah konspirasi dan salah guna
> kuasa oleh pemimpin politik, badan-badan kerajaan,
> pihak keselamatan, pemaju, kehakiman dan lain lain
> lagi. Kami sedar bahawa sekiranya kami tidak
> mempertikaikan undang-undang yang kejam yang
> diluluskan di Parlimen selagi itulah rakyat akan
> menerima padah undang- undang tersebut. Kerana ramai
> yang berselindung di balik undang-undang ini. Kami
> akan mengutarakan dan mempersoalkan isu-isu asas dan
> pokok di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
>  
> 3.  Di samping itu tahap perjuangan kami sentiasa
> berkembang mengikut perkembangan semasa dan penyertaan
> di dalam pilihanraya adalah satu usaha di antara
> berbagai usaha PSM untuk berkhidmat kepada masyarakat.
> 
>  
> Prestasi Golongan Sosialis
>  
> Prestasi kami memperjuangkan masalah masyarakat yang
> tertindas adalah memuaskan.  Ada kalanya kami ditahan
> dan didakwa kerana kami
> mempertikaikan keganasan dan penyelewengan.  Kami pula
> tidak
> dikongkongi oleh isu perkauman dan keagamaan kerana
> kami berpendirian bahawa semua golongan miskin harus
> dibantu dari segi kebajikan dan peluang untuk
> berdikari.  Rakyat berbilang kaum dan agama adalah
> keistimewaan kita, maka itu kita harus menggemblingkan
> keunikan ini untuk menyatu-padukan rakyat agar mereka
> tidak ketinggalan di dalam arus kemajuan negara.
> Justeru itu kami tidak gentar kepada perubahan dan
> sanggup mengundurkan diri sekiranya tindakan kami ini
> akan
> menguntungkan rakyat jelata.
>  
>  
>  
> Kami yakin terhadap kemampuan kami dan mempunyai
> keazaman serta prinsip yang tinggi apabila menangani
> masalah rakyat di semua lapisan
> masyarakat kerana kami tidak membenarkan sesiapa
> menindas sesiapa jua, tidak kira kaum, agama dan
> darjat. Kami juga berkemampuan mendedah mengheret
> sesiapa saja ke mahkamah atau tempat-tempat lain
> sekiranya mereka menderhaka kepada rakyat.
>  
> SOKONGKAN DARI RAKYAT
> Kami memang menghadapi kekurangan wang dan tenaga
> kerja dan ingin mengambil kesempatan ini untuk merayu
> kepada masyarakat umum untuk mendapat bantuan ikhlas
> agar dapat kami memperjuangkan mereka yang tertindas
> dan memerlukan pembelaan di peringkat yang lebih
> tinggi lagi. Golongan sosialis adalah golongan yang
> berprinsip dan berpegang kepada amanah rakyat.
> Kebanggaan sosialis pula adalah apabila rakyat jelata
> dapat menikmati kekayaan negara, mengembangkan potensi
> masing-masing dan tidak dianiayai oleh mana-mana
> pihak.  Selagi ada sistem yang menindas selagi itulah
> sosialisme berkembang menentangnya.
>  
>  
>  
>  
> Dr. Mohd. Nasir Hashim
> Pengerusi Protem
> Parti Sosialis Malaysia
>  
> 5hb. November 1999
> Pengirim: Rashid ahmadinin <[EMAIL PROTECTED]>


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke