*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Perkahwinan dan membentuk rumahtangga adalah perkara
yang tidak asing
 lagi dalam kehidupan manusia. Perkahwinan melahirkan
zuriat.

 Sesuai dengan fitrah manusia sebagai makhluk yang
istimewa maka agama
 Islam yang maha suci telah menetapkan garis panduan
yang harus
 diikuti oleh manusia, baik lelaki mahu pun perempuan.

 Pembentukan rumahtangga yang bahagia dan teratur
amatlah dipandang
 berat dan diberi keutaman dalam Islam. Kerana
rumahtangga yang
 sempurna sahajalah dapat menjamin lahirnya generasi
berguna untuk
 memimpin negara kelak.

 Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 21 bermaksud:
 "Dan setengah daripada kekuasaan Allah bahawa Allah
telah menjadikan
 bagi kamu isteri-isteri (perempuan) supaya kamu
berumahtangga
 bersamanya dan Allah jadikan di antara kamu perasaan
kasih sayang dan
 bertimbang rasa, sesungguhnya keadaan demikian
menjadi
tanda dan
 pengajaran bagi mereka yang berfikir."


 Hidup berkeluarga

 Ayat di atas, jelaslah agama Islam menggalakkan
umatnya bernikah
 dengan cara itu sahajalah dapat menjamin kebahagian
hidup antara
 lelaki dan perempuan.

 Secara kasarnya, rumahtangga itu bermakna hidup
berkeluarga antara
 suami isteri dan anak-anak dan menjadi satu bentuk
masyarakat yang
 kecil. Rumah tangga yang diredhai Allah pula
bermaksud
rumahtangga
 yang dibina menurut lunas-lunas dan hukum-hukum Allah
s.w.t. dan
 harus diikuti oleh setiap individu.

 Pada hakikatnya, bukanlah satu perkara yang mudah
untuk membentuk
 sebuah rumahtangga yang aman damai menurut
lunas-lunas
Islam. Banyak
 juga yang kita dengar dan lihat sebuah rumahtangga
yang dibina atas
 asas kasih sayang dan cinta mencintai antara satu
sama
lain, tetapi
 berakhir dengan penceraian dan porak peranda. Inilah
satu hakikat
 yang harus diterima oleh kita semua.

 Kita semua maklum, untuk membentuk rumahtangga yang
bahagia,
 memerlukan kesedaran dan tanggungjawab di antara satu
sama lain.
 Dalam erti kata lain, suami isteri haruslah bersedia
bertolak ansur
 dan mengetahui hak-hak serta tanggungjawab
masing-masing.

 Dengan mengetahui hak-hak dan tugas masing-masing,
setiap pasangan
 itu akan mengetahui batas dan tugas yang harus
dilakukan untuk
 kebaikan bersama.

 Hak di sini bermakna nilai atau keistimewaan untuk
orang-orang
 tertentu, manakala tanggungjawab pula bermaksud beban
tugas yang
 harus dilaksanakan oleh seseorang. Hak dan
tanggungjawab adalah dua
 asas utama yang saling berhubung kait antara satu
sama
lain.

 Hak suami adalah menjadikan tugas isteri untuk
melaksanakannya dan
 hak isteri pula menjadi tugas suami memikulnya.
Manakala hak anak
 menjadi tanggungjawab kedua ibu bapa dan hak kedua
ibu
bapa pula
 menjadi tanggungjawab anak melaksanakannya.

 Sekiranya suami atau isteri menyedari hak dan
melaksanakan hak dan
 tanggungjawab masing-masing, sebuah rumahtangga itu
akan menjadi
 sempurna.

 Di antara hak-hak bersama suami isteri adalah seperti
berikut:

 # Amanah: Antara suami isteri hendaklah ada
sifat-sifat amanah dan
 memelihara kepentingan antara satu sama lain.

 # Antara satu sama lain hendaklah saling percaya
mempercayai dan
 tanpa perasaan curiga dan syak wasangka. Dengan cara
ini terjalinlah
 rumahtangga yang harmoni dan aman.

 # Kasih sayang dan bertimbang rasa antara satu sama
lain.

 # Pergaulan antara suami isteri hendaklah dengan cara
yang baik dan
 ramah tamah, perlunya sikap tolak ansur dan saling
mengerti antara
 satu sama lain.

 # Setiap pihak hendaklah bertolak ansur dan memahami
masalah yang
 dihadapai.

 Hanya dengan perasaan simpati dan bertimbangrasa
sahajalah segala
 masalah akan dapat diselesaikan.

 Si suami hendaklah mengetahui kewajipan mereka
terhadap isteri dan
 kewajipan-kewajipan itu pula hendaklah dilaksanakan
dengan penuh
 kesedaran dan tanggungjawab. Antara kewajipan si
suami
terhadap
 isteri dapatlah digariskan sabagaimana berikut:

 # Pergaulan yang baik dengan isteri. Si suami
hendaklah menyara
 nafkah, memberi makan minum, pakaian dan tempat
tinggal untuk
 isterinya. Di samping itu si suami juga hendaklah
mendidik isterinya
 dan memberi didikan agar si isteri menjadi orang yang
sopan santum
 dan mentaati agama. Selaras dengan ini Tuhan
berfirman
dalam surah
 an-Nisak ayat 34 bermaksud:

 " Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan
perbuatan
 derhaka (nusyu) hendaklah kamu menasihati mereka dan
jika mereka
 masih berdegil pulaukan mereka di tempat tidur dan
kalau mereka juga
 masih berdegil pukullah mereka (dengan pukulan ringan
yang bertujuan
 mengajarnya) kemudian jika mereka taat kepada kamu
maka janganlah
 kamu mencari-cari jalan menyusahkan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha
 Tinggi lagi Maha Besar."

 Ayat itu jelaslah Islam menyuruh si suami bergaul
dengan isteri
 dengan sebaik-baiknya. Si suami dibenarkan memukul
isteri semata-mata
 untuk tujuan mengajarnya.

 # Si suami juga dikehendaki memberi bimbingan dan
pelajaran agama
 yang sewajarnya kepada isteri. Dalam hal ini Nabi
Muhammad s.a.w.
 bersabda yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang
beriman, jaga olehmu
 akan diri kamu dan keluarga kamu daripada api
neraka."

 # Menjaga rahsia isteri. Si suami wajib menjaga
rahsia
isteri jangan
 membuka rahsia isteri baik di depannya mahupun di
belakangnya.

 # Si suami hendaklah mendidik isteri, melatih isteri
dengan cara
 hidup, pergaulan dan juga berpakaian. Si suami adalah
diamanahkan
 untuk membentuk isteri, sebagaimana Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Dan
 lelaki (Suami) adalah gembala (pemimpin) keluarganya
dan beliau akan
 disoal mengenai kepemimpinannya."

 # Sekiranya si suami beristeri lebih daripada satu,
si
suami
 hendaklah berlaku adil, baik di segi nafkah zahir
mahu
pun batin dan
 adil di segenap sudut.

 Setelah mengetahui secara rengkas kewajipan si suami
terhadap isteri,
 eloklah pula kita mengetahu kewajipan isteri terhadap
suami. Di
 antara kewajipan isteri terhadap suami adalah seperti
berikut:

 # Taat dan mematuhi kehendak suami. Tetapi patuh
kepada perintah
 suami selagi kehendak itu tidak bercanggah atau
melanggar hukum-hukum
 Allah.

 Sehubungan dengan itu, Rasulullah s.a.w. bersabda
yang
bermaksud:
 "Sekiranya aku diperintah akan seseorang menyembah
akan seseorang
 yang lain, nescaya aku menyuruh perempuan menyembah
suaminya."

 # Si isteri juga hendaklah memelihara maruah diri dan
kemuliaan si
 suami. Si isteri dikehendaki menjaga diri dan maruah
baik di depan
 atau di belakang suami. Di samping itu si isteri
hendaklah mengatur
 perbelanjaan dan urusan rumahtangga serta menjaga
harta benda suami.
 Sehubungan dengan ini Rasulullah s.aw. bersabda yang
bermaksud:
 "Sebaik-baik wanita ialah isteri yang apabila engkau
melihat
 kepadanya membuat engkau gembira dan apabila engkau
menyuruhnya
 sesuatu ia menuruti engkau dan apabila engkau tiada
di
sampingnya dia
 menjaga harta engkau dan menjaga maruah dirinya."

 # Si isteri juga hendaklah sentiasa berada di rumah.
Ini amatlah
 penting kerana sebaik-baik isteri ialah mereka yang
tidak keluar
 tanpa keizinan suami dan menjaga pandangan,
pendengaran dan
 berpakaian elok yang tidak menyolok mata. Dengan cara
itu
 mudah-mudahan akan terhindarlah daripada fitnah.


=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mohd Ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke