*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kisah Bayi Bercakap


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak ada
yang bercakap dalam buaian kecuali tiga orang, iaitu Isa bin Maryam
dan sahabat Juraij. Juraij adalah seorang yang rajin beribadat. Dia
membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat. Pada suatu hari
ibunya datang ke suraunya ketika dia sedang solat. Ibunya berkata
(memanggil): “Juraij .... Juraij.....” Juraij yang sedang solat itu
berkata dalam hatinya: “Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku
atau kuteruskan solatku?” Akhirnya dia mengambil kesimpulan untuk
meneruskan solatnya saja. Ibunya merasa kecewa dan pulang ke rumah.
Esok harinya ibunya datang lagi dan Juraij pun sedang mengerjakan
solat. Ibunya memanggil: “Juraij.....Juraij.”

Juraij berkata dalam hatinya: “Tuhanku, apakah kupenuhi panggilan
ibuku atau kuteruskan solatku?” Dia memilih untuk meneruskan solatnya
daripada memenuhi panggilan ibunya. Ibunya pun pulang lagi dalam
keadaan kecewa. Esoknya lagi (untuk kali yang ketiga), ibunya datang
lagi dan kebetulan Juraij sedang solat. Ibunya memanggil: “
Juraij....... Juraij.” Juraij ragu lagi: “Tuhanku, ibuku atau solatku?
” Dia masih juga mengutamakan solatnya. Ibunya yang semakin kecewa itu
berkata: “Ya Allah, janganlah matikan Juraij itu sebelum dia melihat
wajah wanita-wanita penzina.”

Rupanya kaum Bani Israil sedang sibuk memperkatakan Juraij kerana
hebatnya beribadat dan mereka merasa cemburu melihatnya. Seorang
wanita jahat dan pandai menggoda lelaki berhias kemudian berkata
kepada mereka: “Kalau kamu mahu biar aku goda dan aku fitnah dia.”

Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij dan cuba menggodanya
tetapi Juraij tidak terganggu kekhusukannya. Kerana kecewa, wanita itu
pergi menjumpai seorang penggembala yang tidak berapa jauh dari surau
Juraij. Lelaki itu menyambutnya dengan baik dan terjadilah perzinaan
dan akhirnya wanita itu hamil. Setelah melahirkan anak, wanita itu
mendakwa bahawa anak itu dari Juraij. Sebab itu masyarakat kampungnya
pergi mendatangi Juraij. Mereka memukulinya dan menghancurkan tempat
peribadatannya. Juraij merasa hairan dan berkata: “Ada apa ini?”
Mereka menjawab: “Engkau telah berzina dengan wanita liar yang bernama
ini dan dia telah melahirkan anak dari benihmu sendiri.”

Juraij berkata: “Di mana anak itu?” Mereka membawa anak itu ke hadapan
Juraij. Juraij meminta kebenaran dari mereka untuk mengerjakan solat
sunat dua rakaat. Selesai mengerjakan solat, Juraij mendekati anak
itu. Dia memperhatikannya, lalu menekan perutnya dan berkata: “Wahai
bayi, siapa ayahmu?” Bayi yang baru lahir itu menjawab: “Ayahku si
Polan, seorang pengembala.”Mereka semua tercengang, lalu mencium
tangan Juraij, memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil
berkata: “Biarlah tempat peribadatanmu ini akan kami bina semula dan
akan kami buat dari bahan emas.”

Juraij berkata: “Tidak, binalah semula dari tanah.” Mereka pun
membangunnya semula dari tanah.

Ketika seorang bayi menyusu kepada ibunya, tiba-tiba lalu di hadapan
mereka seorang lelaki cantik dan menunggang binatang yang cantik.
Ibunya tertarik melihatnya dan berkata: “Ya Allah, jadikanlah anakku
ini nanti seperti lelaki itu.” Tiba-tiba anak itu melepaskan puting
ibunya, lalu melihat lelaki yang berjalan itu dan berkata: “Ya Allah,
jangan jadikan aku seperti dia.”

Kemudian anak itu menetek lagi kepada ibunya. Saya masih terbayang
bagaimana Rasulullah SAW memperagakan keadaan bayi yang sedang menetek
itu (kata yang meriwayatkan hadis ini). Baginda memasukkan telunjuk
tangannya ke mulutnya yang mulia itu kemudian menghisapnya seperti
bayi yang sedang menyusu. Kemudian Baginda Rasul bersabda: “Tidak lama
kemudian lalu di hadapan mereka anak dara dalam keadaan pucat dan
kepenatan kerana dikejar orang ramai dari belakang. Orang ramai yang
mengejarnya itu berteriak-teriak: “Wanita penzina.... pencuri.” Dalam
keadaan sesak nafas dan kesakitan, wanita itu hanya berkata: “Cukuplah
Allah yang mengetahuinya dan Dialah sebaik-baik tempat berserah.”

Melihat yang demikian ibu yang menyusukan itu berkata: “Ya Allah,
jangan jadikan nanti anakku ini seperti dia.” Bayi itu melepaskan susu
ibunya, lalu memandang kepada wanita yang dikejar-kejar itu kemudian
berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Di sana ada lagi
hadis yang lebih lengkap ceritanya.

Ibunya merasa hairan dan berkata: “Tadi lalu seorang lelaki yang cukup
hebat dan menarik kemudian ibu doakan supaya engkau dijadikan seperti
dia malah engkau menjawab: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.”
Tidak lama kemudian menyusul wanita malang yang dikejar-kejar orang,
dipukuli dan dituduh mencuri dan berzina, kemudian ibu doakan supaya
engkau jangan dijadikan seperti dia tetapi malah engkau berkata: “Ya
Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Ibu ingin tahu mengapa engkau
menjawab seperti itu ?” Bayi itu menjawab: “Lelaki yang kelihatan
hebat dan bergaya itu tadi sebenarnya orang jahat, maka aku pun berdoa
kepada Allah supaya jangan dijadikan seperti dia. Sedangkan wanita
ini, yang mereka menuduhnya mencuri dan berzina, sebenarnya dia tidak
ada mencuri dan berzina. Dia sebenarnya cukup mulia di sisi Allah dan
aku pun memohon dijadikan seperti dia.”

Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW, bersabda:
“Ada empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu anak
Masyitah, zaman Firaun, anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama
Zulaikha) sahabat Juraij (yang dituduh anaknya) dan Isa bin Maryam.”                   
  
Semoga Allah memberi taufik dan hidayahnya     















-----------------------------------------------------
Get free personalized email at http://email.lycos.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke