*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,                                

Agak lama saya tidak menulis mengenai politik Permatang Pauh; rasanya kali terakhir 
ialah beberapa bulan selepas DSAI dipecat dahulu.

Malam kelmarin dulu (17/11/99) apabila melihat cerita Permatang Pauh ditayang sebegitu 
rupa dalam Berita Utama TV3 dan NTV7; ditambah pula dengan liputan khas politik 
Permatang Pauh dalam Utusan Malaysia keesokan harinya dan Fokus Khas mengenai politik 
Pulau Pinang/P Pauh dalam Berita Harian sehari sebelumnya; saya jadi terpanggil untuk 
kembali ke sana semula untuk mendapatkan perkembangan terbaru dan mutakhir.

HMM, NAMPAK GAYANYA  DEPA SUDAH MULA MENGGUNAKAN TV3, NTV7, UTUSAN MALAYSIA DAN BERITA 
HARIAN UNTUK MENYERANG SESUATU KAWASAN ITU SECARA SERENTAK,  4-SERANGKAI!!

Benar tidaknya berita yang disiarkan dalam keempat-empat media massa itu bergantung 
kepada tukang editor yang meng-editnya. Ini disahkan sendiri oleh seorang aktivist 
PAS, orang kuat bilik gerakan MTD Permatang Pasir; kata beliau, NTV7 ter-interview 
salah seorang pemuda ahli PAS dari MTD Permatang Pasir. Apabila ditanya kpd beliau 
tentang pilihanraya di Permatang Pauh ini, beliau berkata:

"Permatang Pauh pasti jatuh ke tangan Barisan Alternatif dalam pilihanraya akan 
datang!!"

TAPI, CUBALAH TENGOK BERITA YANG KELUAR  - LAIN YANG DEPA INTERVIEW, LAIN YANG 
KELUAR!! - NTV7 PUN DAH JADI MACAM TV3 SUKU!!

ESOK KALAU KITA MENANG, MEMANG PATUT PADAN KALAU IKUT STYLE GUS DUR DI INDONESIA, 
HABIS BERIBU-RIBU ORANG TARAK KERJA BILA BELIAU ISYTIHARKAN KEMENTERIAN PENERANGAN 
DIMANSUHKAN!! 

[Ha, dulu Kementerian Penerangan inilah yang jadi anjing Suharto dok pi salak dan 
gigit pembangkang; bila pembangkang menang, baru padan muka!!]

Bila kita rujuk balik kpd kenyataan TV3, NTV7,  Utusan dan Berita Harian itu; kita 
boleh lihat dengan jelas bahawa media-media pro-BN ini di penghujung cerita mereka; 
mereka sendiri sebenarnya tak begitu yakin mereka akan dapat tawan Permatang Pauh.

Saya bagi contoh:

NTV7 kata: "Keputusan p/raya ini akan menentukan sejauh manakah penduduk Permatang 
Pauh taat dan setia kepada parti berbanding dengan individu".

HA,  DALAM MAKNANYA TU!!

[Taat kepada parti bermakna taat kepada UMNO walau apa pun yang terjadi, sementara 
taat kepada individu bermakna taat kepada Anwar atau taat kepada Mahathir!!]

DENGAN KATA LAIN, PILIHANRAYA DI PARLIMEN PERMATANG PAUH BUKANLAH SETAKAT PERTANDINGAN 
ANTARA BARISAN ALTERNATIF MELAWAN BARISAN NASIONAL TETAPI LEBIH JUGA MERUPAKAN SATU 
PERTARUNGAN PERIBADI ANTARA MAHATHIR MELAWAN ANWAR , MENGUKUR  KETAATAN ORANG2 UMNO 
TERHADAP KEDUA-DUANYA BERBANDING KESETIAAN MEREKA TERHADAP PARTI!!

[No wonder, Mahathir sanggup kerah TV3, NTV7, UM dan Berita Harian untuk menyerang 
Permatang Pauh habis-habisan!!]

TV3 pula menyiarkan kenyataan Ibrahim Saad [yang terkenal di Pulau Pinang sebagai Mr 
10%]. Sebelum itu, saya nak habag di sini bahawa, ada 2 benda yang terus terbayang 
dalam kotak fikiran saya sebaik saja nama beliau disebut:

Pertama: Saya teringat cerita seorang pakcik tua dari Pulau Pinang, bagaimana ketika 
beliau berjumpa Ibrahim Saad di pejabatnya semasa Ibrahim Saad jadi Timbalan Ketua 
Menteri Pulau Pinang dahulu; Ibrahim Saad ini tarak ada respect dan rasa hormat 
langsung sama orang tua. Ada ka patut, dia bercakap dengan pakcik tua berkopiah ini 
sambil meletakkan kedua-dua belah kakinya di atas meja terlunjur menghala kpd pakcik 
ini. 

MACAM INI PUNYA ORANG PUN BOLEH JADI MENTERI, HERAN SUNGGUH!!

Kedua: Saya teringat cerita seorang sahabat anak Kampung Makam, bagaimana Ibrahim Saad 
ini lari lintang pukang nak kena penampar dengan puak-puak UMNO Kg Makam. Manusia 
kurang ajar macam Ibarhim Saad ini memang patut pun kena penampar !!

Okaylah, berbalik kepada cerita TV3. Dalam temubual dengan Ibrahim Saad, beliau cuba 
memancing undi dengan mengeksploitasikan kenyataan DSAI semasa beliau dalam UMNO 
dahulu. Kata Ibrahim 10% Saad:

"Dahulu, DSAI dalam ucapan-ucapannya di Permatang Pauh, selalu menekankan betapa 
pentingnya dan perlunya kita menjaga perpaduan sesama kita. Tapi hari ini,  cuba kita 
lihat di Permatang Pauh, adakah pihak ADIL mengikut cakap beliau atau tidak?"

TU DIA AIH, PERPADUAN CARA IBRAHIM SAAD - BERSATU PADULAH WAHAI ORANG2 MELAYU PULAU 
PINANG, LEPAS TU TANAH HANGPA, HANGPA BAGI KAT AKU, AKU TOLONG JUAL!!

[Untuk pengetahuan, Ibrahim Saad inilah yang akan bertanding melawan DS Wan Azizah 
untuk merebut kerusi parlimen Permatang Pauh].

Berita Harian 16 Nov pulak memuatkan satu halaman besar bertajuk "Laluan mudah bagi BN 
di Pulau Pinang". Di dalam berita itu turut dimuatkan berita mengenai Permatang Pauh. 
BH  memetik Pak Lah sebagai berkata:

"Mengikut laporan Pemangku Ketua Bahagian Permatang Pauh, Datuk Ahmad Saad, keadaan di 
kawasan itu semakin bertambah baik, Ini berdasarkan sambutan penduduk terhadap program 
yang dijalankan di kawasan itu".

LA, YANG HANG DOK PI DENGAQ CAKAP MAD SAAD TU APA PASAL?

UNTUK YG TAK TAHU, NAK HABAG KATA, MAD SAAD TAK KISAH KALAU DIA TAK LEKAT CALON PUN 
TAHUN INI, JANJI BUSINESS DIA HANGPA JANGAN KACAU!!

[Masa saya pi Permatang Pauh baru ni, sorang sahabat cerita bagaimana Ahmad Saad 
dengan bangganya bercerita dalam satu majlis Hari Ucapan dan Penyampai Hadiah di 
sebuah sekolah di situ. Kata dia:

"Tuan2 mestilah memberi ganjaran kpd anak tuan2 bila mereka berjaya dalam pelajaran. 
Macam saya ini; setiap kali anak saya dapat satu "A", saya bagi RM100. Kalau dua "A", 
RM200; kalau 10 "A" dah jadi RM1000!!".]

HA, TERLOPONG LA MAK BAPAK YANG HADIR TU, SEBAB RAMAI YANG HADIR TU PENDAPATAN NAK 
DAPAT SEBULAN RM000 PUN JENUH BERSAKIT!!

So, orang macam Ahmad Saad ini (samalah macam Zahid Hamidi); antara perut, fulus 
dengan keadilan; baik pilih perut sama fulus!!

KATA USTAZ ISMAIL KAMUS:

"AL-FULUS FID-DUNNIA, WAL-MAMPUIS FIL-AKHIRAH!!"

Okaylah panjang pulak; kalau orang tanya saya secara ikhlasnya, apa peluang BA dan BN 
di Permatang Pauh dalam pilihanraya akan datang; walau pun saya sentiasa dok harap BA 
akan menang, tapi secara rambang, saya dok nampak peluang kedua-dua pihak, BA dan BN 
adalah 50/50. Ini antara beberapa hujjah ringkas saya:

1. Besok nak nak masuk hari pencalonan, tapi saya lihat di kebanyakan kawasan di 
Permatang Pauh (tolak kawasan berdekatan ACER); saya lihat jentera BN lebih banyak 
bergerak berbanding dengan BA. Untuk yg tidak tahu, PKN akan bertanding peringkat 
Parlimen P/Pauh dan juga dua dari tiga kerusi DUN iaitu di Penanti dan Seberang Jaya, 
sementara di Permatang Pasir diambil oleh PAS.

[Kawasan yg saya agak terkejut ialah jalan utama dari Pekan P/Pauh menghala ke 
roundabout Bukit Tengah; selalunya kawasan itu selalu menghijau dengan bendera2 BA, 
kali nampak malap saja. Saya tak pasti kenapa, mungkin masing2 sedang menunggu selepas 
hari pencalonan]

2. Jumlah keseluruhan pengundi di Permatang Pauh ialah 50,502 orang; daripada jumlah 
itu ~33,000 Melayu,  ~14000 Cina dan ~3000 India. Jumlah ahli UMNO Permatang Pauh pula 
ialah sekitar 17000 orang (tak pasti depa campur ka tidak dengan ahli bawah tanah). 
Diandaikan kaum Cina dan India menyokong BN, dan diandaikan ahli2 UMNO terpisah dua; 
bermakna BN boleh dapat sekitar 25, 500; bermakna satu kemenangan tipis untuk BN. 
Tapi, seandainya BA boleh meraih sedikit sokongan dari pengundi2 bukan Melayu, 
insyaallah kerusi P/Pauh akan beralih ke tangan BA.

MAKA ITU, SAYA BERANI CAKAP BAHAWA PILIHANRAYA DI PARLIMEN PERMATANG PAUH INI AMAT 
MENARIK UNTUK DIIKUTI KERANA PELUANG KITA UNTUK MENANG WALAUPUN 50/50 TETAPI HARAPAN 
TETAP ADA!!

Sama-samalah kita berdoa.

Wassalam,
Pakdin




---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke