DARI MEJA DEWAN
MUSLIMAT PAS PUSAT
Antara Perjuangan Muslimat
PAS dan Wanita UMNO Saban hari kecaman demi
kecaman dilemparkan kepada pimpinan PAS terutama kecaman yang berkaitan dengan
isu-isu wanita . Sering juga kedengaran kecaman-kecaman dari pelbagai pihak
menuduh pimpinan PAS mengenepikan golongan wanita dalam segala aspek . Artikel
ini antara lain bertujuan menerangkan pendirian muslimat PAS dalam beberapa isu
terutamanya yang berkaitan dengan kedudukan muslimat di dalam PAS. Dan
seterusnya membuat perbandingan akan kedudukan wanita didalam UMNO.
PAS pada dasarnya adalah
sebuah parti Islam yang berpaksikan kepada rukun syahadah dan keredaan Allah.
Justru itu , PAS seboleh mungkin meletakkan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai
sandaran pentadbiran dan perjalanan partinya. Bagi memastikan PAS tidak tersasar
dari landasannya Majlis Syura yang
terdiri dari para ulama berfungsi sebagai pengawal dasar kepada setiap cara dan
tindakan yang diambil oleh PAS. Bersesuaian dengan sebuah
parti Islam sudah tentunya segala perlaksanaan dasar mestilah berpandukan kepada
Al-Quran dan Sunnah. Islam satu cara hidup yang syumul yang merangkumi segala
aspek kehidupan manusia dari perkara-perkara yang sekecil-kecilnya seperti masuk
ke tandas hinggalah perkara yang besar seperti pemerintahan negara perlu
mengikut adab-adab tertentu bersesuaian dengan kehendak zaman tanpa mengenepikan
prinsip-prinsip asas ajaran Islam. Firman Allah yang bermaksud
:
"Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang-orang yang
menyerah dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan
kebaikan dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas
dasar tauhid), . . . . ."
(Surah
an-Nisa':125) Islam telah menaikkan taraf
wanita ke suatu tempat yang amat suci dan unik sekali. Tidak ada agama yang
mengiktiraf jawatan wanita sebagai ibu dan isteri di tempat yang paling tinggi
dan sewajarnya di alam ini. Sedarkah kita siapakah yang telah mendidik kita
menjadi orang-orang yang berjaya di dalam masyarakat. Lupakah kita akan jasa dan
doa ibu kita yang tidak tahu membaca dan menulis itulah yang telah memberi kita
semangat dan sokongan kepada kita untuk terus berjaya menjadi pemimpin
masyarakat , menjadi orang yang bijak pandai. Berkat doa ibu jugalah kita
mendapat kejayaan demi kejayaan di dunia ini. Justru itu peranan ibu merupakan
peranan yang amat besar di dalam kehidupan seharian hidup kita. Pengiktirafan
jawatan ibu dan isteri tidak boleh dipandang remeh. Sebagai isteri pula, wanita
berperanan sebagai penenang hati suami dan pendorong suami dikala suami
memerlukan .Allah telah menanamkan perasaan kasih sayang antara suami isteri dan
wujudnya sakinah atau ketenangan di dalam sesebuah keluarga datangnya dari
rahmat Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang . . . . . . . . "
( Ar-Rum: 21) Tidakkah peranan isteri dan
ibu merupakan peranan yang unik yang telah diiktiraf oleh Islam sebagai jawatan
yang terpenting di dalam sesebuah keluarga ? Jika kedua-dua peranan ini tidak dapat
diuruskan dengan baik boleh diumpamakan seperti sebuah organisasi yang tidak
diuruskan dengan baik, maka akibatnya kepincangan akan berlaku.
Pada prinsipnya juga Islam
telah meletakkan kaum bapa sebagai pencari nafkah untuk keluarga. Merekalah yang
akan bekerja siang dan malam untuk menyara keluarga. Islam telah menggariskan
menjadi kewajipan kepada kaum bapa untuk mencari nafkah di dalam apa keadaan
sekalipun. Jika tanggungjawab ini tidak dilaksanakan dengan sempurna maka akan
pincanglah sesebuah keluarga. Bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud
:
"Dan para ayah wajib memberi nafkah kepada para ibu dan memberi pakaian
mereka dengan baik."
(Al-Baqarah:233) Tambahan lagi dengan sifat
fizikal kaum lelaki yang gagah dan kuat melayakkkan mereka menjadi ketua
rumahtangga. Justru itu pada dasarnya kaum wanita dan lelaki adalah saling
lengkap melengkapi diantara satu dengan lain. Begitulah adil dan cantiknya
ajaran Islam, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Berpandukan kepada prinsip
di atas,muslimat PAS dengan rasa penuh bangga menerima pengiktirafan Islam ke
atas kaum wanita sebagai isteri dan ibu sebagai satu penghormatan yang paling
tinggi kepada kaum wanita. Peranan wanita di dalam sesebuah keluarga amat
penting di dalam menjamin kebahagiaan dan keharmonian sesebuah rumahtangga.
Walaubagaimanpun, muslimat
PAS amat peka dengan tuntutan dan suasana semasa. Memandangkan kepada beberapa faktor
seperti kenaikan kos sara hidup dan keperluan sumber manusia telah memaksa
wanita keluar rumah bekerja . Di kalangan muslimat Pas sendiri ramai yang
terpaksa bekerja bagi membantu suami dalam menampung perbelanjaan rumahtangga
yang semakin hari semakin meningkat. Muslimat Pas juga yakin
bahawa peranan wanita di dalam masyarakat tidak boleh dipandang ringan..
Masyarakat memerlukan wanita yang berwibawa untuk melaksanakan dakwah terutama
dikalangan wanita sendiri. Peranan wanita seperti yang digariskan oleh Islam
perlu disebarkan kepada semua. Permasalahan seperti pengeksploitan wanita
sebagai pelaris barangan komersil perlu diatasi . Kita tidak mahu wanita menjadi
bahan murahan dengan menjual maruah diri dengan menjadi GRO atau lain-lain
pekerjaan yang hanya menguntungkan beberapa pihak dengan menggunakan wanita
sebagai barang dagangan. Disamping itu muslimat PAS juga mengambil berat akan
wanita-wanita yang teraniaya dan didera oleh suami dan ibu-ibu tunggal yang
ditinggalkan suami. Justru itu muslimat PAS menyokong penuh penubuhan-penubuhan
NGO yang memperjuangkan nasib golongan wanita yang disebutkan tadi. Oleh kerana
pentingnya tenaga muslimat dalam menangani permasalahan semasa, Dewan Muslimat
PAS telah meletakkan visi dan misinya seperti berikut. Visi Dewan Muslimat PAS :
'Tertegaknya Daulah Islamiyyah di Malaysia menerusi tenaga muslimat'. Dan misi
Dewan Muslimat pula ialah : membina masyarakat berakhlak dalam semua bidang
kehidupan manusia dan pendokong kepada ajaran Islam sebenar serta melahirkan
muslimat mujahidah berilmu, beriman, beramal, bertaqwa, berperanan sebagai daei
(pendakwah) kepada masyarakat Muslimat PAS melihat masih
banyak ruang-ruang kosong yang tidak dapat diisi oleh wanita UMNO terutama dalam
memperjuangkan hak-hak wanita. Berapa banyak kes-kes mahkahmah syariah yang
tertangguh akibat dari kelembapan atau lebih tepat lagi diskriminasi terhadap
kaum wanita berlaku. Berapa banyak kes-kes wanita yang menjadi ibu tunggal yang ditinggalkan suami tanpa nafkah
anak-anak. Saban hari permasalahan wanita makin lama menjadi semakin rumit.
Apakah peranan wakil-wakil rakyat wanita UMNO khususnya dalam perkara ini. Wakil
rakyat dikalangan wanita UMNO begitu bangga kerana dapat duduk sama taraf dengan wakil rakyat dari kaum
lelaki. Apa yang dibanggakan ? Adakah sekadar untuk mendapat glamour, pangkat
dan harta semata ? Adakah hanya untuk kepentingan diri dan keluarga ? Selesaikah masalah wanita dengan
adanya wakil rakyat wanita dari kalangan UMNO ? Dapatkah wakil rakyat wanita UMNO
menyelesaikan masalah wanita yang bermasalah seperti yang disebutkan di atas ?
Dapatkah wanita UMNO menerangkan kepada wanita akan peranan mereka yang sebenarnya
seperti yang digariskan oleh Islam? Dapatkah wanita UMNO membantu dalam
mengurangkan kes-kes perceraian dan deraan yang berlaku saban hari ? Apakah
wanita UMNO merasa bangga dengan pertambahan bilangan wanita korporat melayu dan
dimasa yang sama bilangan mangsa-mangsa rogol dan pencabulan seks juga
meningkat? Dapatkah wakil rakyat wanita UMNO menyelamatkan Noraishah Bukhari dan
lain-lain mangsa murtad yang kebanyakannya terdiri dari golongan wanita?
Selesaikah masalah keruntuhan akhlak muda mudi yang semakin dibimbangi oleh
ibubapa dewasa ini ? Soalan-soalan ini perlu dijawab dengan ikhlas oleh
wanita-wanita UMNO khasnya wakil-wakil rakyatnya. Di dalam Islam, menyelamat dan
membela mangsa rogol dan murtad
adalah lebih diutamakan dari menambahkan bilangan wanita didalam sektor korporat
dan perniagaan. Muslimat PAS melihat kepentingan agama dan survival ummah adalah
perkara pokok yang perlu diberikan perhatian. Kerana ini melibatkan keturunan
dan masadepan sesebuah masyarakat khususnya masyarakat Islam. Justru itu
kerja-kerja dakwah yang dianggap sebagai kerja-kerja belakang tabir yang selama
ini di pelopori oleh muslimat PAS khususnya kepada ahli-ahli dan masyarakat
amnya mempunyai impak atau kesan jangkapanjang yang mendalam dalam menentukan
survival ummah. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang
bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang
yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu
mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
"
( Surah Al-Baqarah: Ayat 218) Memandangkan PAS sebuah
parti pembangkang sudah tentu ruang lingkup pergerakan muslimat PAS amatlah
terbatas. Walaubagaimanapun kami yakin muslimat PAS dapat meneruskan akiviti-aktiviti melibatkan kepentingan
masyarakat dengan lebih meluas sekiranya pengundi memberikan peluang kepada
Barisan Alternatif untuk memerintah. Di kala itu kita dapat lihat setiap ahli
muslimat PAS dari setiap golongan
samada dari golongan profesional ataupun tidak, akan bangkit bersama-sama
berganding bahu dengan rakan-rakan wanita dari Barisan Alternatif menjayakan
program-program atau aktiviti-aktiviti yang menguntungkan rakyat dan negara di
dunia dan akhirat. Ini bertepatan dengan manifesto Barisan Alternatif iaitu
memartabatkan wanita ditempatnya yang hak, menjadikan Islam sebagai satu sistem
hidup yang menyeluruh (ad-deen) dikalangan umat Islam dan seterusnya memberi
keadilan kepada semua rakyat. |
- No Subject zuriman abdul rahman
- H-Net* Re: WHA
- No Subject Mat Rencana
- No Subject mimi
- No Subject Mat Rencana
- H-Net* Re: salini
- Re: H-Net* Re: Mohd Rizal
- Re: H-Net* Re: Yop
- Re: H-Net* Re: Mohd Rizal
- H-Net* Re: Yop
- No Subject Mat Rencana
- H-Net* Re: iszu
- No Subject Mat Rencana
- H-Net* Re: Eh Silap.... UNDILAH Barisan ALte... Mat Rencana