cuba baca attachment ni...kerja sapa ...jangan betui bendoi sangat.




----- Original Message ----- 
From: Mat Rencana <[EMAIL PROTECTED]>
To: hizb hizbi.net <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Friday, November 19, 1999 9:49 PM



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
4 Dalil Akuan Murad Sah & Dipercayai!
 

Memang dah lumrah bila dah salah semua tak nak
mengaku.  Kadang-kadang bukti depan mata pun masih
lagi nak berdolak-dalih.  Macam-macam alasan
diberikan.  Alasan memang mudah dicari dan dicipta,
pokok pangkalnya sama ada alasan itu boleh diterima
dek akal ataupun tidak. 

Selepas akuan berkanun atau surat sumpah yang dibuat
oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad
Khalid yang dihebahkan kepada umum 28 Oktober lalu,
pihak yang terkena batang hidung lari tak cukup tanah.
 Lidah berbelit-belit nak betulkan cakap yang
kadang-kadang tersasul terkeluar benda-benda yang tak
logik.  Macam-macam helah dan alasan digunakan untuk
menafikan pengakuan bersumpah si Murad ini. 

Walaupun sudah banyak dibincangkan mengenainya, masih
ada orang yang keliru atau kurang faham manakala yang
lain pula cuba mengabui mata orang ramai untuk
melindungi diri mereka 

             Yang pertama dan terpenting ialah
perakuan Murad itu sah dan tertakluk kepada
undang-undang. Ia bukan tuduhan liar yang dibuat
membuta-tuli atau dibuat menggunakan perlindungan
mahkamah dan Parlimen.  Murad mengambil risiko
peribadi yang cukup tinggi dengan membuat akuan itu.
Di banyak negara lain, keselamatan orang macam dia
tidak terjamin lagi. 

Jika dia berbohong, dia dengan sendirinya melakukan
kesalahan dan boleh dikenakan hukuman penjara sampai
tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali di
bawah Kanun Keseksaan.  Jadi dia tentulah tidak akan
bersumpah dan membuat tuduhan yang begitu berat
terhadap begitu banyak orang kalau tidak yakin atau
tidak ada bukti yang kuat bahawa dakwaannya itu benar.


Salah-salah orang yang dia tuduh tak jadi apa-apa dia
sendiri yang masuk penjara. Apatah lagi sasaran utama
dia bukan alang kepalang orang yang tak lain tak bukan
bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang
sehingga September tahun lalu adalah 'boss' dia. 

Kalau Anwar dan konco-konconya betul-betul tiada duit
sampai RM3 bilion, mereka boleh saman dia sampai tak
tinggal sehelai pakaian pun di badannya.  Tengok
sajalah apa yang dibuat oleh Timbalan Presiden Parti
Keadilan Nasional Dr Chandra Muzaffar. Dia sudah saman
Murad RM70 juta. 

Kedua Murad bukanlah alang kepalang orang. Dia diakui
seorang ahli ekonomi dan kewangan yang handal dan
disegani.  Sejak zaman Daim Zainuddin jadi Menteri
Kewangan lagi dia sudah dikenal pasti dan diakui
sebagai pegawai muda yang cekap dan cepat belajar. 

Dia juga seorang yang baik, lembut dan berbudi bahasa.
 Tetapi sama juga dengan banyak orang muda lain yang
terpukau dan terpaku dengan kata manis bekas Timbalan
Perdana menteri itu, Murad diperalat dan dipergunakan.
Demikianlah dia menyifatkan dirinya dalam akuan
berkanun itu. 

             Ketiga, sebagai orang suruhan yang
diyakini tidak mustahillah kalau Murad mempunyai butir
dan maklumat terperinci mengenai urusan kewangan bekas
ketuanya dan konco-konconya.  Apatah lagi Murad memang
diketahui menjadi orang tengah dalam banyak urusan
perniagaan konco-konco Anwar. 

              Keempat, oleh kerana Murad membuat
tuduhan terhadap Anwar dan banyak yang lain berlandas
undang-undang melalui akuan berkanunnya, maka adalah
wajar bagi sesiapa juga yang berhasrat menafikan
dakwaan beliau berbuat demikian berlandaskan
undang-undang juga macam Chandra.  Kalau setakat
penafian melalui kenyataan kepada media massa tidak
berkesan. Orang tak percaya. 

Begitu juga dengan membuat bermacam alasan seperti
tidak percaya kepada mahkamah yang dibuat oleh naib
presiden Keadilan Marina Yusof. Lagi banyak alasan dan
dolak dalik lagi banyak orang akan percaya ada perkara
yang hendak disembunyi. 

Terlanjur saman, apa salahnya minta ganti rugi
berpuluh juta macam Chandra. Tak cukup dengan
membersihkan nama, tuntut ganti rugi RM70 juta. 
Mahkamah pun pening kepada macam mana seorang yang
kononnya berprinsip tinggi dan tidak mengutamakan
kekayaan harta benda boleh menilaikan maruah dan nama
baiknya RM70 juta. 

Nampaknya dalam dunia reformasi ini maruah dan nama
baik yang dulunya tidak ternilai kini boleh diukur
dengan ringgit dan sen.  Permohonan maaf dan
pembetulan tidak memadai lagi. Maruah dan nama baik
terpaksa ditebus dengan ganti rugi puluhan dan ratusan
juta ringgit. Maruah dan nama baik sudah boleh dijual
beli.  Kalau direnungkan semula 'style' maruah boleh
dijual beli ini saling tak tumpah macam perangai buruk
Anwar Ibrahim masa berkuasa dulu.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mat Rencana <[EMAIL PROTECTED]>

bukti.gif

Kirim email ke