*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Forwarded: ---------- KISAH MEMALI - Part 5 Assalamualaikum, Dlm part 1,2,3 dan 4 , kita telah melihat latarbelakang perjuangan al-syahid ust Ibrahim Libya dan keadaan politik negara sebelum menjelangnya tragedi berdarah di perkampungan Memali tanggal 19 Nov 1985. Kita juga telah melihat bahawa al-syahid ust Ibrahim bukanlah pembawa ajaran sesat seperti yang dicanangkan oleh puak-puak Toghut yg sampai hari masih angkuh dan megah bertakhta bumi Malaysia ini. Kali ini, kita lihat pula cerita pada hari kejadian. Pada hari Isnin 18 Nov 1985, pasukan Polis mula berkubu di perkampungan Memali - kelihatannya seperti tidak akan berundur lagi. Pada pagi Selasa, 19 Nov 1985, pada pukul 7 pagi, ketika mentari mula memancarkan sinarnya di kampung yang bersejarah ini, pasukan keselamatan dari berbagai unit, PPH, Polis, FRU dan sebagainya semakin ramai berkubu di Memali. TERTANYA-TANYALAH KITA, SEMBAHYANG SUBUHKAH MEREKA PAGI ITU? Terfikir juga, jika gelap-gelap subuh pun sudah ada di situ, mungkinkan benar cerita 'Musa Hitam' seperti yang kita tulis dalam bahagian sebelumnya? Lebih kurang pukul 8 pagi, rumah al-syahid sudah dikepung keliling. Dan entah dari mana, orang-orang kampung dan anak-anak murid serta sahabat ust Ibrahim, tanpa diarah mula mengambil tempat masing-masing; hampir seratus orang semuanya. Ada seorang pakcik tua, walaupun beberapa hari sebelum kejadian, pernah diberi pesan oleh 'adik beradik'nya supaya jangan pergi ke rumah ust Ibrahim pada hari kejadian, tetapi beliau tidak peduli, yang haq tetap haq, tidak ada tolak ansur - sedangkan, kalau ikut hati beliau boleh buat pilihan, kerana 'adik beradik' beliau yang memberi pesan itu bukanlah calang-calang orang, YB Hj Seroji, ADUN UMNO Kaw Bayu serta seorang Orang Kuat Balai dari Balai Polis Baling!! Tak lama kemudian, kereta perisai yang dibeli dengan duit cukai rakyat jelata mula mengambil tempat. Kemudianya, loceng FRU seperti yg pernah kita dengar di Kg Rawa dan Majid Arrahman mula dibunyikan dan diikuti dengan suara Polis meminta ust Ibrahim dan rakan-rakan menyerah diri. Goncangan loceng 'Ding Ding Ding Ding' ini disambut dengan laungan takbir: ALLAH HU AKBAR!! ALLAH HU AKBAR!! ALLAH HU AKBAR!! Berulang ulang kali - bergema memecah keheningan kampung Memali berselang seli dengan bunyi loceng tentera toghut itu!! Seperti biasa, syarat sah loceng ini mesti diikuti dengan tembakan gas pemedih mata [tidak ada semburan acid pada hari itu, mungkin engineer-enginer di kilang buat acid pada ketika itu masih tengah dok buat uji kaji lagi!]. Rasanya kalau hari itu ada acid, hari itu juga depa pakai! Lemparan bom-bom asap ini menyebabkan suasana menjadi kelam kabut; orang2 kampung yang selama ini hidup aman damai, tak pernah kacau orang, tiba-tiba mendapati diri mereka dan kampung tumpah darah mereka terkepung dalam kepulan asap hitam, bukan setakat mengganggu penglihatan tetapi pedihnya menusuk ke lubang hidung. Ada yang balut muka dengan kain, basuh muka dengan air, guni basah dll, tetapi laungan Takbir 'Allah Hu Akbar Allah hu Akbar' makin kuat bergema! Serangan bom asap bertubi-tubi ini menyebabkan seorang budak pompuan jatuh pengsan. Melihat mulutnya yg berbuih-buih, dan ingatkan sudah menemui ajal, seorang guru sekolah bernama Cikgu Syafie, dengan pedang di tangan, dengan kalimah 'Allah hu Akbar!!! - Allah hu Akbar!!!- Allah hu Akbar!!!', meluru ke arah tentera-tentera toghut tersebut. "PANG!!", dan entah berapa kali tembakan, maka gugurlah Cikgu Syafie sebagai syuhada yang pertama di pagi itu! Pertempuran antara angkatan Toghut yang lengkap bersenjata dengan orang-orang kampung [Orang Melayu, Orang Islam] yang cuma berbekalkan buluh dan kayu serta sebilah dua pedang pusaka berterusan hingga ke pukul 12 lebih. Polis pun bukannya nak lawan sangat, orang atas saja yang lebih; sekitar tahun 1985, seorang sahabat pernah menceritakan kepada saya cerita dari saudaranya, seorang polis yang terlibat dalam kejadian tersebut. Ketika pertempuran, beliau berselindung dicelah-celah rumah atau tepi-tepi tangga kerana naik seram melihat buluh-buluh runcing berterbangan di sana-sini. Ada budak-budak yang melastik ke arah polis. Saya mendengar cerita mengenai biji guli yang digoreng dan digunakan sebagai batu lastik. Sekitar pukul 12:30; tentera toghut menghentikan asakan. Pengarah Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Yahya Yeop Adlan meminta diadakan rundingan dengan orang-orang kampung . Beliau meminta mereka menyerahkan ust Ibrahim Libya, tetapi salah seorang wakil penduduk kampung dengan penuh sopan memaklumkan bahawa Tok Guru mereka tak buat salah apa-apa, jadi buat apa mereka nak serahkan beliau. Datuk Yahya jadi serba salah, tapi dia tetap berkeras mahukan Ustaz Ibrahim Libya. Rundingan tersebut akhirnya menemui jalan buntu. Sebaik-baik saja tamat rundingan itu, kelihatan kereta Perisai PPH mula merempuh pagar dan bergerak ke halaman rumah. Dalam buku "Perisai Memali" diceritakan bahawa Pakteh Mat Piah, apabila melihat pihak polis dlm keadaan nak menembak Paksu Man, lantas dia pun menyerbu ke arah Polis dengan pedang terhunus di tangan, dan apa lagi meletup-letuplah senapang polis memuntahkan pelurunya ke arah Pakteh, lalu rebahlah beliau ke bumi tetapi tidak sebelum pedang pusakanya sempat singgah di badan salah seorang tentera toghut itu. Cerita yang saya dengar ; dalam keadaan kelam kabut itu, ustaz Ibrahim Libya telah terkena tembakan. Melihatkan Ustaz Ibrahim rebah, Paksu Man meluru ke arah beliau, tapi belum sempat tiba, Paksu Man pula kena tembak di bahagian perut. Melihat Paksu Man kena tembak, salah seorang saudara Paksu Man pun meluru ke arah beliau, dia juga kena tembak, kalau tak silap di bahagian tangan. Dalam keadaan kelam kabut itu, ramailah yang terkena tembakan. Bunyi senjata tentera toghut berdentam dentum di celah-celah laungan takbir, "ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR" berulang- ulang kali, begitu gamat sekali keadaannya. Saya mendengar dari mulut seorang sahabat bernama Pak Man yang mendengar dari mulut sahabat karibnya yang tercedera dalam pertempuran itu. Kata Pak Man: "Al-syahid tak henti-henti melaungkan kalimah Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar!. Bila dia kena tembak, dia masih berdiri menjulang pedangnya sambil bertakbir Allah Hu Akbar!, kemudian terjatuh berlutut, masih bertakbir Allah Hu Akbar!, kemudian ditembak lagi, masih juga menyebut Allah Hu Akbar, berulang-ulang kali!!!" [Cara Pak Man bercerita memang bersemangat, tak mampu saya bercerita seperti beliau]. Dalam buku Perisai Memali, diceritakan bahawa sebaik-baik saja beliau rebah ke bumi, isteri al-syahid datang memangku beliau. Beliau bertanya kepada isterinya "Apa yang terjadi?". Isterinya menjawab, "Abang ditembak!". Kata beliau, "Alhamdulillah!!". Itulah ucapan beliau yg terakhir sebelum beliau dibawa pergi oleh tentera-tentera toghut itu. Saya melihat dalam footage video Memali yang disiarkan tak beberapa hari selepas kejadian itu, di mana ditunjukkan mayat al-syahid di atas usungan, dengan darah merah memenuhi tubuh tetapi cuma berseluar pendek. Masyaallah, buruk sungguh fitnah puak-puak toghut ini! - Mana ada orang kampung yang pakai kain kat luar dan pakai seluar panjang kat dalam!!!. SAYA TAK AKAN LUPAKAN CLIP VIDEO ITU SAMPAI MATI!!! [Terutamanya pengacaranya si Rais Yatim yang hari ini sedang rancak mencari publisiti untuk ke atas semula. Berhati-hatilah dengan orang-orang seperti ini!] Di dalam video itu juga ditunjukkan longgokan-longgokan senjata tajam yang kononnya digunakan dalam tragedi itu, macam-macam ada - parang, golok, pisau, pedang dll. Kata seorang anak mangsa Memali yang saya temui: "Dema (Polis) kutip habis pisou, parang di kapong tu - pisou hak Mak dok buat hiris bawang pong dema kutip sekali!!" SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG TENGOK VIDEO RAIS YATIM TU, SEMUANYA KENA TIPU HIDUP-HIDUP!! Serangan bertubi-tubi tentera toghut itu berakhir sesudah 13 orang mujahid gugur syahid, ditembak tanpa peri kemanusiaan, tanpa ada rasa belas kasihan. Maka berpisahlah mereka dari dunia yang fana ini, menuju ke alam baqa yang menjanjikan ganjaran syuhada untuk mereka yang ikhlas berjuang dan sanggup gugur demi menegakkan kalimah Allah SWT yang hak di muka bumi ini. Selain Ustaz Ibrahim Mahmud, turut gugur syahid di medan Memali itu ialah Ahmad Hassan, Cikgu Syafie, Hj Abdullah, Abdul Manaf, Ghazali Mohd Saman, Mohd Radzki, Wan Abdullah, Mohd Aroff, Zamri Md Isa, Abdullah Yasin, Mohd Daud dan Ahmad Bin Ismail. Ada 13 orang lagi yang cedera parah, dan salah seorangnya meninggal dunia tak beberapa minggu selepas kejadian. Tentunya sedih anak-anak dan isteri-isteri yang ditinggalkan, apatah lagi setelah suami-suami mereka dibunuh hidup-hidup, mereka pula yang diangkut ke jel-jel berdekatan tanpa belas kasihan. Di akhir peristiwa, sekitar 161 orang telah ditangkap dan ditahan; kalau nak tau cerita detailnya, bolehlah datang berjumpa salah seorang di antara yang ramai-ramai ini, mereka boleh cerita apa yang sebenarnya berlaku. Anak-anak Memali walaupun sedih dengan pemergian ayahanda tersayang tetapi tetap berbangga dengan keberanian orang tua mereka. Kata salah seorang dari mereka: "Pak baru kelik (balik) dari motong, raga pisou motong dok di pinggang lagi. Dia tengok orang ramai di rumah Mang (ust Ibrahim), dia pong gi sama. Gi Gi tu ka, tak Kelik Kelik Dah!!". Walau apa pun yang pernah ditulis oleh media massa, insyaallah sejarah akan membuktikan siapa yang benar, siapa yang salah - kerana itu saya tidak berminat untuk menulis kisah bagaimana seorang dua anggota polis terbunuh atau cedera parah dalam kejadian itu - kerana sesungguhnya salah seorang daripada anggota polis yang terbunuh itu punya hubung kait adik beradik dengan saya. Minta maaf saya tidak dapat komen bab ini, tapi one thing for sure, walau pun sudah 13 tahun tragedi itu berlalu, tetapi rakyat jelata terutamanya anak-anak Memali masih berharap agar mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian itu akan di hadapkan ke muka pengadilan. Seorang anak Baling, penyokong UMNO pernah menceritakan harapan beliau apabila DSAI jadi PM, mungkin cerita Memali akan dibongkar semula. Tapi, nampaknya harapan beliau cuma tinggal harapan! ANAK-ANAK MEMALI TERUS MENANTI DAN MENANTI, DENGAN PENUH HARAP DAN HAMPA BERDEGAP!! (bersambung) Note: Sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan kepada keluarga mangsa Memali, sila hubungi: Bendahari Madrasah Islahiah Diniah Kg Memali, 09100 Baling, Kedah Darul Aman. Tel: 04-4732631 Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>