*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Forwarded:
----------


KISAH MEMALI - Part 3 

(Meneruskan cerita Memali) 

Dalam Part 2, kita telah bercerita tentang ketegasan al-syahid berhadapan dengan 
puak-puak mungkar dan kaum nasionalist sekular. Sikap tegas beliau inilah yang 
membuatkan pihak-pihak berkenaan terutamanya puak-puak UMNO jadi tidak senang duduk 
dengan tindak tanduk al-syahid dan rakan-rakan. 

Sebelum itu, baik rasanya ditinjau dahulu latar belakang beliau untuk rujukan bersama. 

Al-syahid bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Weng, Baling Kedah. Kemudian 
meneruskan pengajian di Sekolah Agama Ittifaqiah, Kg Carok Putih, Weng. Selepas itu ke 
Pondok Al-Khariah, Pokok Sena, Seberang Perai. Kemudian ke Nilam Puri, Kelantan. 
Seterusnya ke Deoband, India. Selepas itu, melanjutkan pelajaran ke Universiti 
Al-Azhar, Mesir, dan seterusnya ke Libya [Ibrahim Libya?]. 

Sekembalinya dari Libya, beliau bekerja sebagai pegawai pendakwah di Pusat Islam. 
Menurut cerita, beliau pernah muncul di kaca TV dalam satu rancangan 'Hal Ehwal Islam' 
di RTM. Wallah hu aklam. 

Tak banyak cerita yang saya perolehi mengenai kisah beliau semasa di Kuala Lumpur; 
cuma ada dua tiga cerita saja. 

Seorang makcik yang berasal dari Memali menceritakan bahawa al-syahid turut terlibat 
dalam demonstrasi Baling 1974 bersama-sama dengan DSAI dan Ust Nakhaei . 

KALAU BENAR CERITA INI, BERMAKNA SEMEMANGNYA AL-SYAHID ADALAH SEORANG YANG BERJIWA 
PEJUANG!! 

Tetapi cerita ini bertentangan dengan kisah yang dipaparkan oleh CN Al-Afghani dalam 
bukunya 'Rakyat Semakin Matang'. Dalam buku tersebut, CN Al-Afghani menceritakan 
bahawa semasa dalam tahanan ISA 1974, DSAI telah dikunjungi oleh al-syahid yang pada 
ketika itu bertugas di Pusat Islam, beliau memujuk DSAI supaya bekerjasama dan 
berlembut dengan kerajaan. Tetapi sebaliknya, DSAI pula yang menyergah beliau dengan 
berkata lebih kurang, "Hang tok sah lah dok bersekongkol dengan puak-puak ni, baik 
hang balik kampung, pi ajaq orang kampung hang lagi baguih!". Dengan kata lain, DSAI 
menempelak beliau kerana bekerja dengan kerajaan, dan mencadangkan agar beliau pulang 
membimbing orang-orang kampung di Baling. 

Tidak pasti pula sama ada kerana nasihat DSAI ini atau pun sebab lain, maka al-syahid 
akhirnya membuat keputusan berhenti kerja dan meninggalkan pendapatannya yang lumayan 
di KL, dan pulang ke Memali untuk berbakti pada orang-orang kampung. 

Sekembalinya ke Baling, beliau bekerja sebagai seorang tenaga pengajar di Sekolah 
Agama Ittifaqiah, Kg Caruk Putih, bersebelahan kampung Memali. Mudirnya ialah Lebai 
Yaakob. 

Bercakap pasal Lebai Yaakob, ada cerita menarik yang nak diceritakan. Allahyarham 
Pakya pernah menceritakan kepada saya kisah pergeseran UMNO-PAS yang turut menjadi 
bunga-bunga atau batu api kepada tercetusnya peristiwa Memali. 

Lebai Yaakob ini adalah bekas calon PAS bagi kawasan DUN Bayu, tetapi kemudiannya 
telah berpaling tadah menyertai UMNO. Lebai Yaakob sebelum menyertai UMNO, begitu 
dihormati oleh orang2 Memali; selain dari itu beliau juga boleh dikatakan sebagai Tok 
Guru kepada al-syahid. Tetapi, selepas Lebai Yaakob berpaling tadah, al-syahid cukup 
tegas dengan isu itu. Beliau dikatakan pernah berkata (dari mulut makcik tersebut): 

"TOK GURU MACAM INI PATUT BUBUH ATAS KAPAL, HANTAR GI BUANG SEBERANG LAUT BARU 
PADAN!!" 

Selain dari isu PAS-UMNO, al-syahid juga tidak puas hati dengan isu pentadbiran dan 
pengurusan kewangan Sekolah Agama Ittafaqiah tersebut. Kerana kerap menimbulkan isu 
ini, Lebai Yaakob jadi tak puas hati, ini juga menyebabkan wujudnya pergeseran antara 
mereka berdua. 

Tidak lama kemudian, orang2 PAS kampung Memali yang telah membina sebuah surau baru di 
Memali menjemput Ustaz Ibrahim Libya menjadi naqib usrah di surau mereka. Seorang 
pakcik tua yang sempat saya temui minggu lepas menyatakan bahawa beliaulah antara yang 
bertungkus lumus memikul tiang besar untuk membina surau tersebut. Surau ini 
kemudiannya dinamakan Madrasah Islahiah Diniah, Memali. 

Hari ini, Sekolah Agama Lebai Yaakob di Caruk Putih sudah tidak wujud lagi, kini 
dijadikan masjid; sementara Madrasah Islahiah Diniah Memali pula semakin hari semakin 
berkembang. Terlajak sembang pasal Allahyarham Lebai Yaakob, anaknya Haji Salleh (dlm 
40-an) diwar-warkan akan menjadi salah seorang bakal calun UMNO bagi DUN Bayu dalam 
pilihanraya akan datang. Menurut Makcik yang saya temui itu, Haji Salleh ini masa 
kecik-kecik dulu, kerja dia 'tumbuk orang', apa tidaknya dia anak TOK GURU!!!. 

Kot mana pun, kesian kat Haji Salleh, sebab dengar ceritanya baru-baru ini BPR tengah 
nak siasat dia pasal kes rasuah. Kesian sungguh kat orang-orang UMNO, pantang nampak 
orang banyak permit lori dan bas sikit, mulalah pakat nak perjatuhkan kawan tu!! 

UMNO, UMNO, BILA LA HANGPA NAK SEDAR!! 

(bersambung)

Note:
Sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan kepada keluarga mangsa Memali, sila 
hubungi:

Bendahari Madrasah Islahiah Diniah
Kg Memali, 09100 Baling, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-4732631




Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke