*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi dan keadilan, kami
dengan ikhlas hati ingin memberi peringatan kepada Suruhanjaya
Pilihanraya  (SPR) yang mungkin bapak-bapak mereka belum pernah diberi
peringatan, sebab itu mereka lalai.

SPR sebagai badan bebas yang bertanggungjawab mengendalikan pilihanraya
di Malaysia hendaklah benar-benar berlaku adil dan bebas dari menjadi
tunggangan parti yang memerintah.

Sekiranya SPR tidak boleh berlaku adil, tidak telus dan tidak bebas maka
ini bererti peti undi di negara ini samalah seperti peti undi di dalam
negara kominis dan di negara yang diperintah oleh diktator. Kita sebagai
negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi sudah tentu mempunyai
peti undi dan cara pengundian yang demokrasi juga yang sepatutnya tidak
sama dengan cara pengundian dibawah kerajaan diktator atau kominis.

Keputusan yang diperolehi dari peti undi di dalam sebuah negara
demokrasi haruslah mencerminkan kehendak rakyat bukannya mengikut
kehendak pemimpin tertentu. Peti undi dan cara pengundian yang tidak
telus akan memudahkan dan memberi ruang keputusan peti undi
diselewengkan oleh pihak yang berkuasa.   Lihatlah kepada pemimpin
diktator Suharto yang telah mendapat sokongan majoriti dari rakyatnya
melalui peti undi. Tentu suatu keajaiban telah berlaku pada peti undi
itu sehinggakan tidak berapa bulan selepas itu rakyat Indonesia telah
memberontak sehingga memaksa Suharto meletakkan jawatannya. Itulah satu
contoh di mana di dalam negara yang diperintah oleh diktator, keputusan
peti undi belum tentu mencerminkan kehendak rakyat.

Didalam negara kominis dan pemerintahan diktator, tidak ada cara lain
yang lebih sesuai untuk menukar pemimpin dan kerajaan selain dari
pemberontakan rakyat kerana mustahil boleh dilakukan melalui peti undi
yang tidak bebas dan tidak telus.

Apakah SPR di negara kita ini benar-benar telus dan adil?
Kita mempunyai peralatan dan sistem yang canggih tetapi kenapa mengambil
masa sampai berbulan untuk mendaftarkan pengundi baru. Hendak dikatakan
SPR begitu teliti dalam proses mendaftarkan pengundi mengapa senarai
pengundinya juga dipenuhi pengundi-pengundi hantu.

Kenapa SPR tidak mahu menggunakan cat tanda kepada setiap tangan
pengundi sebagai tanda mereka telah mengundi, cara ini sudah tentu dapat
mengelakkan pengundi hantu dari mengundi.

Kenapa SPR masih membenarkan undi pos yang tidak telus. SPR tidak pernah
mencadangkan undi pos yang benar-benar telus.

SPR tidak membenarkan pemerhati-pemerhati antarabangsa untuk memantau
perjalanan piliharaya di Malaysia.

Sikap SPR yang tidak menggalakkan perjalanan pilihanraya yang telus
sungguh mencurigakan rakyat. Dapatkah peti undi yang tidak telus ini
memberikan keputusan yang mencerminkan kehendak rakyat.

SPR dan pihak yang berada di belakangnya haruslah bertanggungjawab
sekiranya rakyat tidak dapat menerima keputusan hasil dari peti undi
yang tidak telus itu nanti. Wallahualam.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Alias Mohd Yusof <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke