*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kepada mereka yang amanah,
Kepada Warga Hizbinet  yang saya hormati,
Kepada Ustaz Hashim Yasin, Pesuruhjaya PAS Perlis,

Assalamu alaikum,

CALON PAS PERLIS KAWASAN DUN KUALA PERLIS TIDAK AMANAH

Proses pilihanraya yang sedang berlansung banyak mendatangkan kejutan kepada 
  masyarakat dengan pelbagai kes yang dibongkar samada ada dipaparkan 
melalui media internet mahu pun di akhbar akhbar tempatan. Walaupun begitu 
saya bukanlah orang yang ahli untuk membahaskan kejutan kejutan tersebut. 
Tetapi pucuk pimpinan PAS PERLIS telah melakukan kejutan besar dengan 
menamakan MEJ (B) NADZAHARUDDIN BIN MOHD NOOR atau pun lebih dikenali 
sebagai AT CIKGU NOOR di kalangan penduduk Kuala Perlis sebagai calon DUN 
kawasan tersebut. Ini adalah kerana saya mengetahui bahawa beliau bukanlah 
seorang yang amanah.

Sebelum saya melanjutkan cerita ini lebih lanjut eloklah rasanya saya 
memperkenalkan diri saya serba sedikit kerana barangkali AT CIKGU NOOR pun 
dah lupa saya kot. Nama saya KAMAL BASIR BIN YAHAYA. Dilahirkan di Seberang 
Ramai, Kuala Perlis. Satu Kampung dengan si AT CIKGU NOOR. Dari jalur 
silsilah sebelah bapa saya, YAHAYA BIN TEH; melalui datuk saya Tok Teh Untut 
Pulau  Ketam (Kuala Perlis)  saya dari keturunan Tok Johan Kuala Perlis. 
Dari jalur silsilah sebelah emak saya , melalui datuk saya , HAJI MD NOR  B 
HAJI AHMAD, saya dari keturunan Tok Seman Brunei Kuala Perlis. Moga moga 
dengan penerangan serba sedikit ini barangkali boleh membuat AT CIKGU NOOR 
mengingati kes yang hendak saya sampaikan.

Mengapakah saya mengatakan AT CIKGU NOOR ini seorang yang tak amanah? Begini 
ceritanya:
Allahyarham bapa saya , Yahaya bin Teh mewarisi keris Tok Johan dari datuk 
saya, Tok Teh  . Bapa si AT yakni CIKGU NOOR meminjam keris Tok Johan keris 
Tok Johan ini untuk dibuat pameran sekolah. Tetapi malangnya setelah pameran 
tamat, keris tak dipulangkan walaupun bapa saya menuntutnya. Dan saya 
difahamkan Keris Tok Johan ini disimpan oleh si AT yang ketika itu berada di 
Kuala Lumpur. Dan sehinggalah sekarang ini, saya difahamkan bahawa Keluarga 
Arwah CIKGU NOOR ini dengan AT sebagai penyimpan keris Tok Johan itu tidak 
berniat untuk memulangkan Keris Tok Johan tersebut. Ayah saya sudah 
meninggal. Begitu juga CIKGU NOOR bapa si AT. Oleh kerana itu waris keris 
Tok Johan yang sah mengikut hukum faraidh adalah saya ataupun abang saya. 
Inikah  calon PAS yang akan berjuang menegakkan Islam di Kuala Perlis? 
Seorang yang tidak amanah? Khianat dalam hal meminjam? Mengambil hak orang 
lain dengan cara yang tidak sah? Calon sebeginikah yang hendak 
dipertanggungjawabkan untuk melakukan keadilan dalam Islam? Mengapakah tidak 
mahu mulakan dengan hukum yang ada ditangan sendiri? Lakukan keadilan yang 
dituntut oleh Islam. Pulangkanlah keris Tok Johan kepada pemiliknya yang 
sah.

Tidakkah AT CIKGU NOOR tahu bahawa si pemimjam berkewajipan mengembalikan 
barang pinjaman yang ia pinjam ( dalam hal ini, arwah bapa AT) setelah ia 
mendapatkan manfaat yang ia perlukan. Lupakah si AT CIKGU NOOR ini kepada 
firman Allah SWT yang artinya:

" Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu agar menyampaikan amanat kepada yang 
berhak menerimanya" ( An-Nisa ayat 58)

Lupakah juga si AT CIKGU NOOR kepada hadis hadis berikut:

- Dari Abi Umamah, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
  " Ariyah ( barang pinjaman) adalah barang yang wajib dikembalikan"  ( HR 
Abu Daud dan At-Tirmidzi dan disahihkannya)

- Dari Samurah bin Jundub r.a , beliau  berkata:Rasulullah S.A.W bersabda:
  " Tangan tetap bertanggung jawab terhadap sesuatu yang dia ambil sehingga 
dia mengembalikannya ." ( HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi dan An-Nasai dan 
dinilai sahih oleh Al-Hakim)

Sepatutnya Si AT sebagai si anak menasihati bapanya supaya memulangkan keris 
Tok Johan itu semasa Allahyarham bapa saya dan juga bapanya masih hidup 
tetapi malangnya si AT pun  2 X 5 juga. Sehinggalah sekarang sesudah bapanya 
yakni CIKGU NOOR meninggal pun si AT masih tidak mahu memulangkannya. Sifat 
Amanahkah ini? Jujurkah perbuatan ini? Inikah calon yang cuba diketengahkan 
oleh pemerintahan ulama ulama PAS Perlis? Calon yang tidak amanah. Dalam hal 
yang sekecil ini pun tidak dapat memikul amanah , bagaimana pula nanti jika 
dipilih menjadi ADUN. Sesungguhnya PAS dan juga PERLIS tidak memerlukan 
bakal ADUN yang berkarekter begini.

Lupakah AT dan juga mereka yang memilih beliau sebagai calon terhadap 
ancaman oleh hadis hadis berikut:

- " Tidak ada iman pada orang yang tidak ada amanatnya, dan tidak ada agama 
pada orang yang tidak menghargai janji." ( HR Ahmad, al-Bazar dan 
at-Thabrani dari Anas)

- " Dan baginya (Muslim) dari jalan lain dari Aisyah. Ia berkata : Adalah 
seorang perempuan pinjam barang barang lalu memungkirinya, maka Nabi S.A.W 
perintah dipotong tangannya." ( Bulughul Maram, Ibnu Hajar Al-Asqalani)

Orang yang seperti si AT CIKGU NOOR inikah yang hendak diamanahkan oleh PAS 
Perlis untuk menjaga kepentingan rakyat Kuala Perlis khasnya dan Perlis 
amnya? Tidak adakah calon yang lebih layak untuk diketengahkan di persada 
politik Perlis? Jika ada calon lain yang lebih layak untuk diketengahkan di 
DUN Kuala Perlis, tetapi PAS Perlis tetap memilih AT CIKGU NOOR, maka PAS 
Perlis telah melakukan khianat bersandarkan sabda Rasulullah S.A.W  yang 
artinya:

" Barangsiapa memegang kuasa dari sesuatu urusan kaum Muslimin, lalu dia 
berikan satu jabatan kepada seseorang, padahal dia tahu bahawa ada lagi 
orang yang lebih cekap untuk kaum Muslimin daripada orang yang diangkatnya 
itu, maka berkhianatlah dia kepada Allah dan RasulNya dan kaum Muslimin ." ( 
HR Al-Hakim dalam sahihnya).

Dan berkata Umar bin Khathab :
" Barangsiapa yang memegang kuasa kaum Muslimin, lalu diangkatnya orang 
kerana pilih kasih atau kerana hubungan keluarga, khianatlah dia kepada 
Allah dan Rasul dan kaum Muslimin."

Dirawikan oleh Bukhari dalam sahihnya, daripada Abu Hurairah r.a. , 
bahawasanya Nabi S.A.W bersabda: " Apabila amanat telah disia-siakan maka 
tunggulah saatnya. Ditanya orang:" Bagaimana sia-sianya, ya Rasulullah?" 
Beliau jawab: " Apabila suatu urusan telah diserahkan kepada yang bukan 
ahlinya, maka tunggulah saat (kehancurannya)."

Apakah seorang yang tidak amanah itu seorang yang AHLI hingga dicalonkan 
oleh PAS Perlis sebagai calon DUN Kuala Perlis? Apakah kriteria PAS Perlis 
dalam memilih calon untuk mewakili PAS dalam pilihanraya kali ini?Apakah 
hukumnya si AT  CIKGU NOOR ini yang tidak mahu memulangkan keris Tok Johan 
kepada yang empunya hak? Tidak adakah ulama PAS Perlis yang mampu 
mengeluarkan fatwa dalam soal ini? Saya percaya dalam PAS Perlis masih ada 
ulama yang ikhlas memperjuangkan Islam. Moga moga ulama yang ikhlas itu jika 
terbaca surat/posting ini dapat menasihati si AT CIKGU NOOR agar berlaku 
amanah dan pulangkan kembali keris tersebut.

Dan saya percaya bahawa PAS Perlis dan juga penduduk Kuala Perlis tidak 
memerlukan AT CIKGU NOOR yang tidak amanah ini sebagai calon  ADUN Kuala 
Perlis untuk  mewakili mereka.


Saya yang benar.



KAMAL BASIR BIN YAHAYA
A0907379

22hb November 1999.


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "k b" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke