*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Family matter !, Kenapa baru sekarang hendak dihebahkan kepada semua warga
hizbi......kenapa tidak dulu you sendiri yang
settlekan.!!!!??/?....kenapa...kenapa dan kenapa.....

k b wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Kepada mereka yang amanah,
> Kepada Warga Hizbinet  yang saya hormati,
> Kepada Ustaz Hashim Yasin, Pesuruhjaya PAS Perlis,
>
> Assalamu alaikum,
>
> CALON PAS PERLIS KAWASAN DUN KUALA PERLIS TIDAK AMANAH
>
> Proses pilihanraya yang sedang berlansung banyak mendatangkan kejutan kepada
>   masyarakat dengan pelbagai kes yang dibongkar samada ada dipaparkan
> melalui media internet mahu pun di akhbar akhbar tempatan. Walaupun begitu
> saya bukanlah orang yang ahli untuk membahaskan kejutan kejutan tersebut.
> Tetapi pucuk pimpinan PAS PERLIS telah melakukan kejutan besar dengan
> menamakan MEJ (B) NADZAHARUDDIN BIN MOHD NOOR atau pun lebih dikenali
> sebagai AT CIKGU NOOR di kalangan penduduk Kuala Perlis sebagai calon DUN
> kawasan tersebut. Ini adalah kerana saya mengetahui bahawa beliau bukanlah
> seorang yang amanah.
>
> Sebelum saya melanjutkan cerita ini lebih lanjut eloklah rasanya saya
> memperkenalkan diri saya serba sedikit kerana barangkali AT CIKGU NOOR pun
> dah lupa saya kot. Nama saya KAMAL BASIR BIN YAHAYA. Dilahirkan di Seberang
> Ramai, Kuala Perlis. Satu Kampung dengan si AT CIKGU NOOR. Dari jalur
> silsilah sebelah bapa saya, YAHAYA BIN TEH; melalui datuk saya Tok Teh Untut
> Pulau  Ketam (Kuala Perlis)  saya dari keturunan Tok Johan Kuala Perlis.
> Dari jalur silsilah sebelah emak saya , melalui datuk saya , HAJI MD NOR  B
> HAJI AHMAD, saya dari keturunan Tok Seman Brunei Kuala Perlis. Moga moga
> dengan penerangan serba sedikit ini barangkali boleh membuat AT CIKGU NOOR
> mengingati kes yang hendak saya sampaikan.
>
> Mengapakah saya mengatakan AT CIKGU NOOR ini seorang yang tak amanah? Begini
> ceritanya:
> Allahyarham bapa saya , Yahaya bin Teh mewarisi keris Tok Johan dari datuk
> saya, Tok Teh  . Bapa si AT yakni CIKGU NOOR meminjam keris Tok Johan keris
> Tok Johan ini untuk dibuat pameran sekolah. Tetapi malangnya setelah pameran
> tamat, keris tak dipulangkan walaupun bapa saya menuntutnya. Dan saya
> difahamkan Keris Tok Johan ini disimpan oleh si AT yang ketika itu berada di
> Kuala Lumpur. Dan sehinggalah sekarang ini, saya difahamkan bahawa Keluarga
> Arwah CIKGU NOOR ini dengan AT sebagai penyimpan keris Tok Johan itu tidak
> berniat untuk memulangkan Keris Tok Johan tersebut. Ayah saya sudah
> meninggal. Begitu juga CIKGU NOOR bapa si AT. Oleh kerana itu waris keris
> Tok Johan yang sah mengikut hukum faraidh adalah saya ataupun abang saya.
> Inikah  calon PAS yang akan berjuang menegakkan Islam di Kuala Perlis?
> Seorang yang tidak amanah? Khianat dalam hal meminjam? Mengambil hak orang
> lain dengan cara yang tidak sah? Calon sebeginikah yang hendak
> dipertanggungjawabkan untuk melakukan keadilan dalam Islam? Mengapakah tidak
> mahu mulakan dengan hukum yang ada ditangan sendiri? Lakukan keadilan yang
> dituntut oleh Islam. Pulangkanlah keris Tok Johan kepada pemiliknya yang
> sah.
>
> Tidakkah AT CIKGU NOOR tahu bahawa si pemimjam berkewajipan mengembalikan
> barang pinjaman yang ia pinjam ( dalam hal ini, arwah bapa AT) setelah ia
> mendapatkan manfaat yang ia perlukan. Lupakah si AT CIKGU NOOR ini kepada
> firman Allah SWT yang artinya:
>
> " Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu agar menyampaikan amanat kepada yang
> berhak menerimanya" ( An-Nisa ayat 58)
>
> Lupakah juga si AT CIKGU NOOR kepada hadis hadis berikut:
>
> - Dari Abi Umamah, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
>   " Ariyah ( barang pinjaman) adalah barang yang wajib dikembalikan"  ( HR
> Abu Daud dan At-Tirmidzi dan disahihkannya)
>
> - Dari Samurah bin Jundub r.a , beliau  berkata:Rasulullah S.A.W bersabda:
>   " Tangan tetap bertanggung jawab terhadap sesuatu yang dia ambil sehingga
> dia mengembalikannya ." ( HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi dan An-Nasai dan
> dinilai sahih oleh Al-Hakim)
>
> Sepatutnya Si AT sebagai si anak menasihati bapanya supaya memulangkan keris
> Tok Johan itu semasa Allahyarham bapa saya dan juga bapanya masih hidup
> tetapi malangnya si AT pun  2 X 5 juga. Sehinggalah sekarang sesudah bapanya
> yakni CIKGU NOOR meninggal pun si AT masih tidak mahu memulangkannya. Sifat
> Amanahkah ini? Jujurkah perbuatan ini? Inikah calon yang cuba diketengahkan
> oleh pemerintahan ulama ulama PAS Perlis? Calon yang tidak amanah. Dalam hal
> yang sekecil ini pun tidak dapat memikul amanah , bagaimana pula nanti jika
> dipilih menjadi ADUN. Sesungguhnya PAS dan juga PERLIS tidak memerlukan
> bakal ADUN yang berkarekter begini.
>
> Lupakah AT dan juga mereka yang memilih beliau sebagai calon terhadap
> ancaman oleh hadis hadis berikut:
>
> - " Tidak ada iman pada orang yang tidak ada amanatnya, dan tidak ada agama
> pada orang yang tidak menghargai janji." ( HR Ahmad, al-Bazar dan
> at-Thabrani dari Anas)
>
> - " Dan baginya (Muslim) dari jalan lain dari Aisyah. Ia berkata : Adalah
> seorang perempuan pinjam barang barang lalu memungkirinya, maka Nabi S.A.W
> perintah dipotong tangannya." ( Bulughul Maram, Ibnu Hajar Al-Asqalani)
>
> Orang yang seperti si AT CIKGU NOOR inikah yang hendak diamanahkan oleh PAS
> Perlis untuk menjaga kepentingan rakyat Kuala Perlis khasnya dan Perlis
> amnya? Tidak adakah calon yang lebih layak untuk diketengahkan di persada
> politik Perlis? Jika ada calon lain yang lebih layak untuk diketengahkan di
> DUN Kuala Perlis, tetapi PAS Perlis tetap memilih AT CIKGU NOOR, maka PAS
> Perlis telah melakukan khianat bersandarkan sabda Rasulullah S.A.W  yang
> artinya:
>
> " Barangsiapa memegang kuasa dari sesuatu urusan kaum Muslimin, lalu dia
> berikan satu jabatan kepada seseorang, padahal dia tahu bahawa ada lagi
> orang yang lebih cekap untuk kaum Muslimin daripada orang yang diangkatnya
> itu, maka berkhianatlah dia kepada Allah dan RasulNya dan kaum Muslimin ." (
> HR Al-Hakim dalam sahihnya).
>
> Dan berkata Umar bin Khathab :
> " Barangsiapa yang memegang kuasa kaum Muslimin, lalu diangkatnya orang
> kerana pilih kasih atau kerana hubungan keluarga, khianatlah dia kepada
> Allah dan Rasul dan kaum Muslimin."
>
> Dirawikan oleh Bukhari dalam sahihnya, daripada Abu Hurairah r.a. ,
> bahawasanya Nabi S.A.W bersabda: " Apabila amanat telah disia-siakan maka
> tunggulah saatnya. Ditanya orang:" Bagaimana sia-sianya, ya Rasulullah?"
> Beliau jawab: " Apabila suatu urusan telah diserahkan kepada yang bukan
> ahlinya, maka tunggulah saat (kehancurannya)."
>
> Apakah seorang yang tidak amanah itu seorang yang AHLI hingga dicalonkan
> oleh PAS Perlis sebagai calon DUN Kuala Perlis? Apakah kriteria PAS Perlis
> dalam memilih calon untuk mewakili PAS dalam pilihanraya kali ini?Apakah
> hukumnya si AT  CIKGU NOOR ini yang tidak mahu memulangkan keris Tok Johan
> kepada yang empunya hak? Tidak adakah ulama PAS Perlis yang mampu
> mengeluarkan fatwa dalam soal ini? Saya percaya dalam PAS Perlis masih ada
> ulama yang ikhlas memperjuangkan Islam. Moga moga ulama yang ikhlas itu jika
> terbaca surat/posting ini dapat menasihati si AT CIKGU NOOR agar berlaku
> amanah dan pulangkan kembali keris tersebut.
>
> Dan saya percaya bahawa PAS Perlis dan juga penduduk Kuala Perlis tidak
> memerlukan AT CIKGU NOOR yang tidak amanah ini sebagai calon  ADUN Kuala
> Perlis untuk  mewakili mereka.
>
> Saya yang benar.
>
> KAMAL BASIR BIN YAHAYA
> A0907379
>
> 22hb November 1999.
>
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "k b" <[EMAIL PROTECTED]>




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Dikhwan Hady Darnalis <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke