*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Aliran Media Statement
http://www.malaysia.net/aliran/

Aliran AGM Resolves to Take Murad to Court

Aliran members, meeting for its 23rd Annual General Meeting in Penang,
unanimously authorised the association's executive committee to initiate
a civil suit against Datuk Abdul Murad bin Khalid, a former Assistant
Governor of Bank Negara Malaysia.

In a Statutory Declaration sworn on 26 October 1999, which was
subsequently published and broadcasted widely in the local and foreign
media, Murad had alleged that "Aliran and Dr Chandra Muzaffar" had
received RM5 million from the former Prime Minister Datuk Seri Anwar
Ibrahim via a "Master Account".

In a resolution passed, the members voiced their outrage against the
wild and unfounded allegation which suggested that Aliran was a crony of
Anwar Ibrahim and that Aliran was being used to further the political
ambitions of the former deputy prime Minister.

The members clarified that at no point had Aliran receive any money from
Anwar Ibrahim. Throughout the 1992-1997 period, neither Aliran nor its
executive committee members had any formal contact or dealings with
Anwar Ibrahim.  In fact, articles critical of Anwar and policies
associated with him were published in the Aliran Monthly.

Aliran accounts for the years 1992-1999 were made available to the press
and would be published in the next issue of Aliran Monthly for public
scrutiny.

The meeting also resolved that all monetary award gained from this civil
suit would be used to set up a foundation which would make funds
avaulable to Malaysian NGOs and individuals fighting for the causes of
justice, freedom, multi-ethnic and multi-religious cooperation and
unity. Aliran itself will not utilise a single sen of any monies gained
for itself.

Finally, Aliran members expressed regret that this Murad episode might
have been used by certain parties for political purposes, namely to cast
aspersions against those critical of the present government.

Re-elected as Aliran officers were: P. Ramakrishnan (President), Dr
Francis Loh (Secretary), Dr S. P.  Subramaniam (Treasurer), Dr Mustafa K
Anuar (Asst-Secretary).  Other Exco members elected were:

Dr Maznah Mohamad Anil Netto Zaharom Nain S Francis Xavier A Jeyaseelan
Gan Kong Hwee Jubal Lourdes Pajan Singh Dr Chan Chee Khoon Dr Prema
Devaraj Dr Khoo Boo Teik

P. Ramakrishnan
President
21 November 1999
----------------------------------------------------------------------------
-----
Kenyataan Media

MAT Aliran Mengambil Keputusan Untuk Menyaman Murad

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Aliran ke-23 di Pulau Pinang, keahlian
Aliran sebulat suara telah memberi kuasa kepada Jawatankuasa Eksekutif
pertubuhan itu untuk mengenakan saman terhadap Datuk Abdul Murad bin
Khalid, seorang bekas Pembantu Gabenor Bank Negara.

Dalam satu Surat Akuan yang dibuat pada 26 Oktober 1999, yang kemudiannya
diterbitkan atau disiarkan dengan luasnya melalui media tempatan dan asing,
Murad telah mendakwa bahawa "Aliran dan Dr Chandra Muzaffar" teleh menerima
sebanyak RM5 juta dari bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
Ibrahim melalui satu "Master Account".

Dalam satu resolusi yang diluluskan, ahli-ahli Aliran menyuarakan
bangkangan mereka terhadap dakwaan yang liar dan tidak terbukti bahawa
kononnya Aliran adalah kroni Anwar Ibrahim dan bahawa Aliran diperalatkan
untuk memajukan niat politik bekas timbalan perdana menteri itu.

Keahlian Aliran menjelaskan bahawa tiada sekalipun Aliran menerima apa-apa
wang dari Anwar Ibrahim. Dalam jangkamasa 1992-1999, Aliran maupun AJKnya
tidak pernah mengadakan hubungan atau membuat apa-apa perhitungan dengan
Anwar Ibrahim. Malah, makalah yang kritis terhadap Anwar dan dasar-dasar
yang berkaitan dengan beliau telah diterbitkan dalam Aliran Monthly.

Akaun Aliran pada tahun-tahun 1992-1999 telah diumumkan kepada pihak akhbar
dan juga akan disiarkan dalam keluaran Aliran Monthly akan datang bagi
tatapan umum.

Mesyuarat agung itu juga menetapkan bahawa segala ganjaran wang yang
diperolehi dari saman sivil ini akan digunakan bagi mendirikan sebuah
yayasan yang bertujuan menyediakan bantuan wang kepada NGO tempatan dan
individu yang berjuang untuk keadilan, kebebasan, kerjasama antara etnik
dan agama dan perpaduan. Aliran sendiri tidak akan menggunakan satu sen
yang bakal diperolehi.

Akhir sekali, ahli-ahli Aliran melafazkan kekesalan mereka terhadap
kemungkinan episod Murad ini dipergunakan oleh pihak tertentu bagi tujuan
politik tertentu, khususnya untuk menyapu arang ke atas muka sesiapa yang
bersikap kritis terhadap pemerintah masakini.

Pegawai Aliran yang telah dipilih semula ialah: P. Ramakrishnan (Presiden),
Dr Francis Loh (Setiausaha), Dr S.P. Subramaniam (Bendahari), dan Dr
Mustafa K. Anuar (Pembantu Setiausaha). AJK lain yang dipilih ialah:

Dr Maznah Mohamad Anil Netto Zaharom Nain S. Francis Xavier
A. Jeyaseelan Gan Kong Hwee Jubal Lourdes Pajand Singh
Dr Chan Chee Khoon Dr Prema Devaraj Dr Khoo Boo Teik

P Ramakrishnan
Presiden
21 November 1999



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke