*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Gara-gara UMNO bencikan kalimah Allah..

 Gara-gara UMNO bencikan kalimah Allah, kekecohan hampir tercetus semasa
penamaan calon di Ampang Jaya. Penamaan
calon dilakukan di Dewan Dato' Ahmad  Razali. Perarakan Barisan Alternatif
bermula dari Masjid Fatimah Al-Zahra di
Taman  Kosas. Apabila sampai pada jarak 20 meter dari Bilik Gerakan UMNO Ampang
Jaya,  perarakan dihadang dengan
kayu penghadang yang disediakan oleh pihak polis.

Memang tujuan pihak polis difahami supaya para penyokong BA tidak melewati Bilik
 Gerakan itu. Untuk pengetahuan umum,
Dewan Dato' Ahmad Razali terletak terletak lebih kurang 30 meter dari Bilik
Gerakan itu; bermakna, untuk ke dewan itu,
penyokong  BA hendaklah melewati Bilik Gerakan UMNO. Penyokong BA tidak banyak
soal, lalu  berhenti.

Kemudian para penyokong BA diarahkan oleh pihak polis supaya turun ke padang
seberang jalan tetapi menghadap ke arah
Bilik Gerakan UMNO. Laungan "Reformasi",  zikir dan salawat silih berganti.
Tidak ada sesiapa di depan Bilik Gerakan
UMNO. Hanya kelihatan polis sedang berkawal di atas jalan. Jalan itu memang
ditutup. Kenderaan  yang hendak ke KL
dikehendaki melalui pekan Ampang.

 Laungan "Reformasi", zikir dan salawat tiba-tiba dibalas dengan gema muzik rock
 dari PA System yang disediakan oleh
UMNO di luar Bilik Gerakan itu. Bunyinya amat kuat - semata-mata untuk berlawan
dengan zikir, salawat dan "Reformasi".
Orang ramai  marah kerana UMNO bersikap demikian. "Memang UMNO ni jahil?!",
"Gila ke..takut  sangat dengar salawat
dan zikir ke?", "Kalau nak meriahkan keadaan, lawanlah dengan salawat atau zikir
 juga", "Memang orang UMNO ni fasik lagi
jahil?kerana takut sangat  dengar kalimah Allah. Ini bukan kalimah PAS atau
keADILan.. tapi kalimah Allah",  demikianlah
antara cakap-cakap orang ramai. Keadaan hingar- bingar kerana kemarahan
memuncak. Kelihatan beberapa pemuda
mendekati Bilik Gerakan UMNO.

Kami kira pemuda ini mahu membuang PA System yang terpacak di luar Bilik Gerakan
  itu. Pihak polis mententeramkan para
penyokong BA yang mendekati Bilik Gerakan itu. Pihak polis menyedari kebiadapan
UMNO itu dan bagi meredakan
kemarahan para  penyokong BA, polis masuk ke dalam Bilik Gerakan menasihati
pemuda UMNO di  dalamnya. Lama juga
muzik bergegar-gegar berlawan dengan salawat dan zikir  penyokong BA. Barangkali
 orang di dalam Bilik Gerakan itu enggan
mendengar nasihat  polis. Memang wajar polis menasihati mereka sebab jika tidak
dinasihati mereka menimbulkan provokasi.
Dan, jika mereka berkeras juga hari itu, mereka tidak ungkin dapat melawan para
penyokong BA yang begitu ramai. Para
penyokong UMNO, tak nampak walau seekor. Komando Gerak Gempur pun tak kelihatan.


Kemudian, muzik rock itu dimatikan. Barulah keadaan terkawal. Penyokong BA tidak
 banyak kerenah. Mereka patuh kepada
arahan pihak polis. Pihak polis Ampang yang berkawal pada hari itu patut dipuji
kerana mereka melakukan tugas dengan
profesional  dan muka selalu tersenyum.

 Tidak lama kemudian, keluar dua tiga ekor Komando Gerak Gempur UMNO tercegat di
 hadapan Bilik Gerakan. "Itu
Komando UMNO.." kata seseorang. "Eleh, komando tahi  kucing..Ingat kita orang
takut ke? Kalau itulah komando UMNO,
dua tiga kali lipat, makan tanah jawabnya.." kedengaran seorang pemuda
menyampuk. Dari tuturnya ada unsur-unsur loghat
Kelantan. Di kalangan komando Gerak Gempur UMNO itu, ada yang  cuba berlagak,
tetapi kebanyakannya bersahaja saja.
Ada juga yang memang kawan rapat para pemuda BA - mereka saling bersalaman dan
berborak-borak macam tidak  ada
apa-apa.

Keadaan bertambah bersemangat apabila penyokong DAP dan PRM tiba. Perarakan dari
 Masjid Fatimah AL-Zahra disertai
oleh PAS dan KeADILan. Keadaan bertambah bersemangat lagi apabila sekumpulan
mahasiswa, siap dengan kepala berikat
kain  "Reformasi" tiba. Memang bersemangat betul mahasiswa ini. Mereka menaikkan
  sepanduk yang mereka bawa khas -
"Mahasiswa Bersama Barisan Alternatif". Mereka  menyanyikan lagu yang mereka
ciptakan sendiri.

Kemudian keluarlah para penyokong BN dari hujung jalan berhampiran dengan Stesen
 Shell. Mereka tidak ramai. Malah
diangkut dari luar - dua buah bas digunakan. Ada  "SB-SB" BA yang masuk
menyelinap ke sana. Kemudian dilaporkan
kepada pihak  penyokong BA di sebelah sini bahawa bilangan mereka kira-kira
seperempat bilangan  penyokong BA.

Polis sungguh profesional hari itu. Mereka berusaha bersungguh-sungguh supaya
para penyokong tidak bertembung. Satu
dihujung jalan sana, dan satu lagi di hujung jalan sini. Tetapi penyokong BA
memang berdisiplin. Jika mereka ingin buat
huru-hara atau tidak berdisiplin, tentunya Bilik Gerakan UMNO di situ sudah
ranap dikerjakan. Terima kasih polis. Terima
kasih para penyokong BA.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke