*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum netters dan rakan seperjuangan .....
Nih ha, Pabiyen mintak tolong saya forwardkan mail ni ke Hizbi, dia tak 
dapat fwdkan pasal ada problem nak akses internet e-mail....

Takbirrrrrr......


-----Original Message-----
Subject: Pengalaman kempen


Alhamdulillah pilihanraya dah pun berlalu.  Semalam tidur pukul 3:30, tapi
kenapalah hai mata ni tak lak mengantuk.  Tapi admitlah pagi tadi terpaksa
subuh gajah.  Memang tak sedar sebab Abang Hamdipun tidur pukul 4:00 pagi.
Hari ni dia kena overtime sebab month end dia kena close account.

Pengalaman merayu undi seronok juga.  Tahun ni sebab kena bertugas di DUN
Kajang yang lebih dari 35% Cina.  Oooops Fareha, sorry, belum tengok lagi
data yang Fareha beri tu. (Fareha tolong kak wani masukkan data ke MS Access
sebab lepas ni kalau ada masa nak buat analisis sikit)

Masa mengundi di rumah seorang India di Taman Zamrud yang kelat biru dia
betul-betul terkejut bila dah lama sikit borak kak wani kata kita merayu
untuk PAS.  Memang terangkat sikit bahu dia masa terkejut tu.  Lepas tu tak
berkelip dia pandang kak wani dengan muka curious walaupun masa tu kak wani
bagi laluan kepada sahabat dari ADIL untuk bersuara.  Rasa-rasanya langsung
dia tak dengar orang tu cakap apa sebab terkejut beruk ada orang PAS nak
rayu undi dari dia.

Masa di Taman Kajang Utama, ada seorang Cristian Indian yang bila nampak aje
kita orang terus tunggu depan gate.  Tak macam orang lain yang kami kena
panggil atau ring the doorbell.  Dia beritahu memang dia sokong kami dan
sentiasa berkempen untuk kami.  "You orang sembahyang, kitapun orang
sembahyang juga.  I think those who really pray can rule the country."  Kami
tanya dia macamana nak tackle pengundi non-muslim.  dia kata kalau India OK
sikit, tapi kalau Cina susah sikit sebab dia orang banyak terhutang budi
pada gomen.  Lagipun gomen memang jaga orang Cina.  Betul apa yang dia kata.
Merayu orang Cina memang susah, dia orang tak nak dengar hujjah kita.  Cakap
sikit terus masuk rumah.  Tapi kaum India dia dengar kami bercakap,
senyum-senyum kemudian tepuk bahu kami.  "Don't worry, we will vote you"

Merayu di bandar seperti Kajang ni nampak gayanya tak boleh pergi siang
hari, sebab masa banyak terbuang sedangkan penghuni pergi kerja.  ADIL dan
DAP merayu undi di kompleks-kompleks dan pasar-pasar malam.  Mungkin cara
itu lebih berkesan bagi penghuni bandar.

Pada hari mengundi, kami ke Parlimen Batu terlebih dahulu.  Saya di saluran
3.  Tak ramai orang.  Masa saya datang saya hanya berada di depan sekali.
Lepas tu terus boleh mengundi.  Sempat jumpa Dr Sanusi(calon PRM).  Ramai
orang di pondok panas kita, pondok panas BN agak lengang kata suami saya.
Kemudian kami ronda tempat mengundi di Ulu Kelang.  Kedua-dua belah sama
hebat.  Suami saya mengundi di Cheras Baru.  Saya tengok kedua-dua belahpun
sama hebat.  Tapi suami saya lama kat situ sebab orang ramai di saluran 2.

Jam 12:30 kami sampai ke Kajang, terus hantar anak ke nursery dulu sebab
baby sitter tak nak jaga.  Saya pergi dengan kereta, suami tunggu solat dulu
sebab dia kena jadi polling agent.  Pengalaman paling menyeronokkan.  Cina
sampai saya tarik ke pondok panas kami.  Sebelum tu berebut dengan
orang-orang BN.  Tahu tak orang BN kat tempat mengundi tu satu pun tak
nampak muka Melayu.  Pukul 4:00 baru namapak dua orang gentlemen jadi pak
pacak kat situ.  Since tempat tu tepi jalan, kereta lalu je kami kibar
poster kami, kami minta drivers hon, mereka akan hon.  Meriah sungguh
suasana.  Mesej kami kepada pengundi ialah "Fikir bulat-bulat, jangan
timbang-timbang."  Orang BN gelak je dengar point kami. Dari pihak Bn memang
berlawan dengan kami.  Kami kibar poster, depapun kibar juga.  Pengundi
datang kami berebut-rebut dengan mereka.  Cina tu cakap "You are very
aggressive.  I salute you.  If like this you can win"  What to do, kita kena
berusaha untuk memenangkan calon kita.  Kalau tak agressive senang-senang je
undi tu berpihak kepada lawan.  Tarik tetap tarik, lawan tetap lawan.

Saya tengok ramai petugas BN yang melepasi pagar sekolah, saya pergi tanya
polis boleh ke masuk sampai lepas pagar.  Kta dia tak boleh, salah dari sisi
undang-undang.  Saya terus pergi ke kumpulan India dan Cina tersebut, saya
beritahu "You all tak boleh lepas dari garisan ni, kalau lepas, saya repot
aaaaaa.  Kalau you menang boleh cancel aaaaaaaa"  Senyum-senyum la sikit.
So mereka sambil gelak-gelak keluar dari pagar sekolah.  Saya jaga di border
line.  Ada pengundi, saya tangkap, kalau orang BN nak rayu, saya beritahu
"tak boleh lebih garisan aaaaaaa!"  Masa tu memang dia orang pening dengan
saya.  Tapi kami gelak-gelak ajelah.

saya tanya petugas India tu "Ada tengok ke gambar perempuan mengandung yang
kena tembak tu.  Baby dia mati."  Pelan-pelan dia beritahu saya "Saya ada
tengok juga.  Awak jangan bimbang orang kampung saya semua saya sudah suruh
sokong you, tapi saya cari duit jugaaaa"

Pukul 4:30 hari mula hujan.  Alhamdulillah ada payung.  Pengundi datang,
setelah minta izin dari polis, saya bawa mereka ke tempat mengundi.  Sebelum
tu polis tu dah beritahu, simpan poster yang kat tangan tu.  OK saya patuh.
Sambil tu sempatlah gosok sikit.  Bila sampai kat tempat mengundi saya
beritahu polis tu, kami tak ada payung lain, takkan nak biarkan dia ni tak
mengundi.  Ewah, pandai ajelah cari alasan.  Kemudian saya suruh seorang
muslimin ambil kereta saya untuk bawa pengundi tu keluar bila dah habis
mengundi.  Polis beri amaran lagi, tanggalkan segala simbol.  So, kita
tanggalkan segala bendera dan simbol yang ada.  :-)  he he he
Sekurang-kurangnya mereka naik kereta kita.

Jam 5:00 saya dah tak tahan, kaki saya yang baru je kehilangan satu kuku dah
terasa sikit.  Saya masuk ke kawasan sekolah dan tanggalkan kasut.  Kasut tu
memang dah lencun.  Hari ni datang ofis pakai selipar.  Tengahari ni kena pi
beli kasut.

Bila jam 5:30 saya dah nak balik sebab kasut dah tanggal, tetiba seorang
petugas BN (INdia lelaki hulur tangan untuk bersalam)  I said cannot.
"Alaaaa kita kawan-kawan saja, suka-suka bertugas, tadak kecil hati punya,
takkan tak boleh salam"  Alamak! dia ni tak faham yang kita tak leh salam
ngan orang lelaki, so saya pejam mata salam dan terus pergi ke pondok panas
kami.  Borak kejap, lepas tu bila nampak dia orang semua menuju ke pondok
panas kami terus saya mengelak dan lari ke kereta. Bla!

DUN Kajang menang 47 undi.  Parlimen kami kalah.  UPU kami paling teruk
kalah di Kajang (pengundi paling ramai).  UPU Taman Mesra paling banyak
menang.  Rupa-rupanya kebanyakan UPU dah minta pengundi sapu kertas undi
terlebih dahulu.  Kami tak tahu taktik tersebut.  Ingat tak dulu heboh dalam
internet kata kertas undi tu akan ada bahan kimia so that after few hours
dia akan bertukar pangkahnya?  Itu sebab mereka sapu.  Kami ni tak tahu.
Itu sebab kami kalah kot......  Atau sebab ada saya, hmmmmm.... :-(

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Amirul Akiera" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to