*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Selesailah sudah satu babak dalam arena politik semasa; biar apa pun Dr Mahathir nak 
kata mengenai keputusan pilihanraya ini tetapi rata-rata rakyat termasuklah mereka 
yang bertanding berpendapat pilihanraya kali yg ke-10 ini adalah yang paling mencabar 
dalam sejarah politik negara.

Hampir semua orang kecuali Dr Mahathir beranggapan demikian; contohnya saya petikkan 
di sini ulasan ringkas Shahidan Kassim mengenai pilihanraya kali ini:

"KANGAR: Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan pilihanraya umum ke-10 
sebagai yang paling "hebat" dalam sejarah hidupnya. "Dalam sejarah saya bersama 
pilihanraya sejak tahun 1970an, inilah pilihanraya yang paling hebat", katanya dalam 
satu temuramah dengan RTM pagi tadi"
[Harian Metro 30/11/99]

Sedangkan Dr Mahathir pula dalam ulasan ringkasnya malam tadi, sekitar pukul 3:30 pagi 
selepas BN dimumkan sudah memperolehi 2/3 kerusi parlimen berkata :

"Keputusan tidak rasmi menunjukkan kita sudah memperolehi hampir 143 kerusi parlimen; 
jumlah ini jauh melebihi jumlah kerusi yang kita perolehi pada tahun 1995 lalu".

Jumlah kerusi yg dimenangi oleh BN "secara sah"  pada tahun 1995 adalah sekitar 120 
-130 kerusi. Menurut Dr Mahathir, walaupun sebelum dibubarkan parlimen, jumlah kerusi 
parlimen BN melebihi 160 kerusi, tapi jumlah itu termasuk kerusi-kerusi parlimen yg 
diperolehi hasil kemasukan wakil2 S46 dan PBS ke dalam BN. Jadi, pada anggapan Dr 
Mahathir, untuk pilihanraya kali ini, BN telah memperolehi kejayaan di luar dugaan 
kerana berjaya mengatasi rekodnya pada tahun 1995!!

Bila saya lihat jumlah kerusi parlimen yg dimenangi PAS/ADIL di Terengganu (8-0), 
Kedah (8-7) dan Kelantan (14-1) ,  yg begitu di luar jangkaan, saya jadi hairan dengan 
sikap bongkak yg ditunjukkan oleh Dr Mahathir ini.

ISH, ISH GUANO MU MAHATHIR - DAH KALAH TERUK PUN TAK MAU MENGAKU LAGI!!

Berbalik kepada keputusan p/raya umum ini; kita tak perlu ulas panjang, cukup kalau 
kita kata bahawa Mahathir dan UMNO menang hanya kerana undi bukan Melayu. NOKTAH!!

Sepintas lalu, usaha Mahathir berkunjung ke China di tengah-tengah kegawatan politik 
negara; diikuti dengan kunjungan balas Perdana Menteri China ke Malaysia dalam waktu 
yg sebegitu singkat selepas lawatan Mahathir ke sana - kononnya sebagai lawatan balas 
- adalah satu tektik politik kotor murahan yang begitu mudah dibaca oleh semua orang. 
Resolusi 17 perkara yang kita rasa ada udang di sebalik batu semuanya menjurus ke arah 
satu perkara - untuk mendapat undi masyarakat Cina di Malaysia.

Hasilnya seperti yang kita lihat malam tadi; untuk kerusi-kerusi parlimen, Dr Mahathir 
berharap sepenuhnya kepada sokongan dari kawasan-kawasan dan parti-parti komponen 
bukan Melayu.

Jika trend ini berterusan, dan jika ditakdirkan Tuhan Dr Mahathir masih bernafas lagi 
untuk 5 tahun akan datang; maka jangan terkejut dan merasa hairan jika dua tiga hari 
menjelang pilihanraya umum ke-11 tahun 2004 nanti, Dr Mahathir tanpa ragu-ragu akan 
berkata:

"MAKA DENGAN INI SAYA MENGISYTIHARKAN TIDAK ADA LAGI TARAF BUMIPUTERA DI MALAYSIA DAN 
AGAMA ISLAM TIDAK LAGI MENJADI AGAMA RASMI, SEMUA ORANG DAN SEMUA AGAMA KINI SAMA SAJA 
MENURUT KACAMATA PERLEMBAGAAN NEGARA!!"

Lalu, pada ketika itu, BN akan menang dengan lebih cemerlang, bukan setakat 2/3 malah 
hampir-hampir mencecah 3/3 kerana ketika itu semua orang  - Cina, India, Serani, Sikh, 
Sakai, Negrito, Jakun, Semai, Iban, Kadazan musyrikin dan segala jenis suku bangsa 
bukan Islam di Sabah dan Serawak akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi 
kepada Barisan Nasional!!

Di manakah kita, orang-orang Islam berbangsa Melayu pada ketika itu?

Itu tak perlu kita ulas; cuma kita perlu berdoa dan berharap dengan penuh harap dan 
hampa berdegap moga-moga dengan izin Allah SWT dua tiga bulan selepas pilihanraya 
ke-10 ini, pemimpin-pemimpin UMNO yang mempunyai kesedaran akan berusaha untuk 
menjatuhkan Dr Mahathir dari dalam!!

ULASAN RINGKAS TENGKU RAZALEIGH HAMZAH TADI MALAM (30/11/99) SUDAH MENUNJUKKAN 
BUNGA-BUNGA KE ARAH ITU. 

Nasib Dr Mahathir dalam arena politik negara untuk beberapa bulan mendatang amat 
menarik untuk diberi perhatian...

Wassalam,
Pakdin


---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke