>From: sofian pyan <[EMAIL PROTECTED]> >To: [EMAIL PROTECTED] >Subject: [islah-net] Manhaj Perubahan Islam >Date: Sun, 5 Dec 1999 00:06:23 -0800 (PST) > >KONSEP PERUBAHAN DALAM ISLAM > > >Saudara netters; >Akhirnya suasana tegang yang muncul dari tarikh 2 >September 1998 (tarikh penyingkiran Dato’ Seri Anwar >Ibrahim dari kabinet) seolah-olah berakhir pada 29 >November 1999 yang lalu. Selama tempoh itulah rakyat >di Malaysia di rundung oleh kegelisahan akibat >kezaliman kerajaan yang rakus membolot kekayaan >rakyat. Apa yang akan berlaku di masa hadapan masih >belum dapat dikenal pasti. Namun yang nyata, keputusan >pilihan raya yang lalu pastinya akan menjadi momentum >bagi pihak Barisan Alternatif untuk bekerja lebih >keras bagi memastikan kemenangan mereka di masa >hadapan. Bagi pihak PAS khususnya, kejayaan mereka >menawan Terengganu sesungguhnya menuntut suatu >perubahan yang besar yang sedang di dahagakan oleh >rakyat di negeri Darul Iman itu. Tahniah buat rakyat >Terengganu yang sanggup melakukan perubahan!! >Namun begitu, terdapat beberapa prinsip dan tuntutan >perubahan yang perlu dilaksanakan. Al Ustaz Fathi >Yakan dalam membicarakan mengenai Islam sebagai manhaj >perubahan mengatakan ciri-ciri perubahan dalam Islam >ialah ianya bersifat merubah, menolak cara menempel >atau memperbaiki dan tidak juga dengan cara >separuh-separuh. Ciri-ciri perubahan Islam ialah : >1. Perubahan yang menyeluruh - perubahan Islam itu >mesti mempersiapkan faktor-faktor dan sendi-sendi yang >membolehkan terbangunnya masyarakat di atas asas-asas >itu. >2. Perubahan aqidah (ideological) - Garis yang >membataskan polisi perubahan itu berkisar dan berpusat >pada 2 tonggak asasi iaitu : >I. Betul tujuan/matlamat yang ingin dicapainya, betul >dalam method dan manhaj perubahannya >II. Betul wasilah dan terjamin tepatnya dari segi >syarat serta bersesuaian dengan ruh Islam sebagaimana >terpeliharanya juga perubahan Islam itu dari melanggar >kaedah-kaedah syara’ >III. Perubahan yang berperikemanusiaan > >Terdapat beberapa elemen penting yang perlu difahami >di dalam melihat manhaj perubahan Islam iaitu : >1. Perubahan Islam itu adalah dengan meruntuhkan asas >masyarakat jahiliah pada sudut pemikiran, perundangan >dan juga prinsip-prinsip. Menggantikan dengan >pemikiran, perundangan dan prinsip-prinsip Islam di >tempat lainnya. >2. Perubahan Islam itu adalah melaksanakan ubudiah >manusia kepada Allah dalam semua urusan kehidupan >individu dan awam. >3. Perubahan Islam itu adalah kesetiaan dan kepatuhan >masyarakat bangsa dan pemerintah hanya bagi Allah >Rabbul Jalil >4. Perubahan Islam itu adalah perubahan dari akar umbi >secara menyeluruh dan mencabut segala kayan jahiliah >dan bukannya usaha tempelan atau memperbaiki beberapa >sudut sahaja dengan celupan Islam. > >Seterusnya persoalan yang wujud ialah kenapa perlu >perubahan Islam? Maka jawapannya ialah : >1. Perubahan Islam melepaskan umat manusia dari >kehinaan dan kecelakaan yang diakibatkan oleh >peradaban Barat >2. Perubahan Islam kerana bankrapnya tamadun Barat >3. Perubahan Islam ialah kerana hancur leburnya >kayan(bentuk) aqidah di dunia dan >4. Pandangan yang mendalam dan teliti terhadap >kedudukan dunia Islam memerlukan perubahan Islam. > >Akhirnya Ustaz Fathi Yakan mengatakan perubahan Islam >adalah berdasarkan aqidah Islam dan tidak dapat >berdiri atas asas aqidah yang lain serta ianya melalui >manhaj dan sistem yang tiada tandingannya. >Sesungguhnya dunia Islam pada hari ini menuntut kepada >kewujudan rijal (pemuda) yang mantap dari segi fikrah >Islamnya, yang bersedia melakukan segala perubahan dan >yang amat memahami suasana dan relaliti umat kini. >Oleh itu mereka perlu di persiapkan dengan 3 persiapan >iaitu : >1. Persiapan indhibati (boleh disusun atur) - iaitu >persediannya menurut arahan. Penerimaan arahan adalah >suatu persediaan kejiwaan dan fikiran untuk terikat >dan berpegang teguh. Tanpa adanya persediaan ini maka >tidak ada nilai kemampuan rohaniyah, fikriyah dan >jasmaniah yang boleh dimanfaatkan daripadanya dan ia >tidak akan dapat dikawal >2. Persediaan ibdai’ (memberi/produktif) - Keperluan >hari ini amat mendesak kepada mereka yang sanggup >memikul Islam bukannya Islam memikul mereka >3. Persediaan berjihad - sanggup berkorban jiwa dan >harta malah segala sesuatu. > >Al Imam Hassan Al Banna ketika menanggapi perkara ini >mengatakan bahawa dalam rangka perjuangan dan >pembentukan jiwa yang kukuh bergantung kepada beberapa >faktor iaitu keyakinan yang mantap dan tidak mungkin >goyang, kesetiaan yang murni tanpa pengkhianatan, >pengorbanan yang tinggi dan tidak terpengaruh dengan >tamak dan kikir serta mengerti, yakin dan menghormati >prinsip sehingga dirinya terkawal dari kesalahan atau >penyelewengan dan kuat dalam memegang prinsip serta >tidak terpengaruh oleh prinsip asing. Ketika mana >golongan taghut membidas keterlibatan Al Ikhwan di >dalam politik maka Hassan Al Banna telah menjawab : >“Wahai kaumku! Kami memanggil sekalian dengan membawa >Al Quran di tangan kanan kami dan Sunnah Rasul >beserta teladan para sahabat di tangan kiri kami, >kerana apa yang pernah di lakukan oleh orang-orang >yang terdahulu dari umat ini menjadi ikutan kami. Kami >menyeru kamu kembali kepada Islam, hukum-hukumnya, >ajaran-ajarannya dan petunjuk-petunjuknya. Apabila >seruan ini diistilahkan sebagai politik, memang itu >adalah politik kami. Dan apabila ada orang yang >mengatakan seruan ini adalah merupakan prinsip-prinsip >politik, maka kami katakan alhamdulillah, beerti kami >adalah orang pertama yang berkenalan dengan politik. >Dan apabila kamu tetap mengatakan ini sebagai kegiatan >politik, maka katakanlah menurut kehendak kamu. Bagi >kami, masalah nama bukan persoalan yang penting, yang >paling penting pada suatu saat kebenaran pasti akan >terbuka, dan tercapailah tujuan kami.” > >Begitulah konsep politik yang difahami oleh anggota Al >Ikhwan. Maka dengan sebab itu jugalah Al Banna >mengatakan : >“ISLAM ADALAH SATU SISTEM YANG SYAMIL MERANGKUMI >SELURUH ASPEK KEHIDUPAN. ISLAM ADALAH NEGARA DAN WATAN >ATAU PEMERINTAH DAN UMAT, AKHLAK DAN KEKUATAN ATAU >RAHMAT DAN KEADILAN, KEBUDAYAAN DAN UNDANG-UNDANG ATAU >ILMU DAN KEHAKIMAN, MATERIAL DAN HARTA BENDA ATAU >USAHA DAN KEKAYAAN, JIHAD DAN DAKWAH ATAU TENTERA DAN >FIKRAH SEBAGAIMANA IA JUGA ADALAH AQIDAH YANG BENAR >IBADAH YANG SAH”. > >Nah, sudah pasti Islam itu merangkum keseluruhan >sistem kehidupan. Beginilah Islam yang difahami oleh >generasi awal sehingga mereka di gelar “Generasi Al >Quran Yang Unik”. Kejayaan generasi terdahulu >sesunguhnya disebabkan penghayatan mereka terhadap isi >dan kandungan Al Quran. Maka adakah umat ini juga >tidak mempunyai Al Quran seperti generasi terdahulu? >Maka sudah tentulah tidak. Saudara akan cuba memahami >sedaya upaya isi kandungan surat yang diberikan oleh >seorang yang amat penting sekiranya bahasa yang >digunakan oleh orang itu adalah asing dari bahasa >saudara, maka kenapa pula dengan Al Quran (surat yang >diberikan oleh Allah kepada saudara) tidak dapat >difahami dengan teliti. Begitulah gambaran yang >diberikan oleh Sheikh Abul ‘Ala Al Mawduddi dalam >membicarakan kepentingan ilmu dalam kehidupan seorang >Muslim. > >Saya membicarakan kepentingan ilmu di sini kerana >dalam melaksanakan perubahan juga anda di tuntut untuk >memahami ciri-ciri perubahan Islam.Begitulah >pentingnya kedudukan iilmu disisi seorang muslim. Al >Banna mengatakan : >“Sebenarnya tujuan yang jelas itu akan mendorong >tingkah laku seseorang, tetapi kebanyakan kita masih >belum dapat memahami dengan pasti akan masalah tujuan >ini. Dengan itu telah menjadi kewajipan bagi kita >semua untuk memberikan penjelasan kepada mereka akan >batasan-batasan secara jelas." >Akhirnya di dalam rangka perjuangan menegakkan Islam >dinegara kita ianya memerlukan pengorbanan yang tinggi >dan pekerjaan yang terus menerus tanpa mengenal jerih >dan payah kerana kerja kita adalah lebih banyak >daripada masa yang ada sehinggalah mimpi semalam >menjadi kenyataan di hari ini. Sekian. > >Saudaramu di dalam Islam; >Sofian Bin Alias >Universal Pharmaceutical >CCM GROUP > > > > > > > >__________________________________________________ >Do You Yahoo!? >Thousands of Stores. Millions of Products. All in one place. >Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com > >------------------------------------------------------------------------ >///// JIM-IT: Jaringan Informasi Masyarakat http://www.jim.org.my >////////////////////////////////// > >Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan >Jamaah >Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian > >Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] >Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] > >Untuk urusan pengiklanan, sila hubungi: Aris Sipan "[EMAIL PROTECTED]". > ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
Click Here