>From: sofian pyan <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: [islah-net] Ramadhan terakhir abad ini dan kesinambungan da'wah
>Date: Thu, 2 Dec 1999 23:44:13 -0800 (PST)
>
>Salam`;
>Sidang netters;
>Beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan Bulan
>Ramadhan yang penuh berkat. Bagi umat Islam kedatangan
>Ramadhan menandakan kedatangan rahmat dan berakhirnya
>Ramadhan bererti kemenangan melawan hawa nafsu. Namun
>agak istimewa untuk kita pada kali ini ialah
>kedatangan Ramadhan adalah susulan daripada jerih
>payah umat Islam Di Malaysia khususnya dalam
>menjalankan sepenuh usaha untuk memastikan kemenangan
>Barisan Alternatif dan hasilnya Negeri Terengganu
>telah jatuh ke tangan PAS. Tahniah buat semua pejuang
>di negeri Darul Iman itu.
>
>Sidang netters;
>Beberapa artikel di beberapa laman web di internet
>telah menyatakan bahawa kedatangan tahun 2000 kali ini
>sesungguhnya jatuh pada bulan Ramadhan dan kemungkinan
>berada di malam kesepuluh yang terakhir. Bagi
>masyarakat Barat khususnya sedang kita sibuk
>menunaikan ibadah dan bermuraqabah dengan Allah SWT
>mereka pula sedang sibuk membuat pelbagai persiapan
>untuk menyambut kedatangan suatu tarikh yang di anggap
>keramat iaitu pada 1 January 2000. Namun bagi kita
>sebagai dua't ianya tidak akan bererti sekiranya
>kedatangan tarikh yang dianggap keramat tersebut tidak
>diisi dengan pelbagai amalan yang dapat mendekatkan
>diri kepada Allah.
>
>Sidang netters;
>Saya dapat merasakan bahawa pastinya di saat ini
>tedapat individu2 yang kecewa dengan kekalahan Barisan
>Alternatif untuk mewujudkan kepimpinan alaf baru di
>Malaysia. Namun sebagai seorang du'ah yang mempunyai
>jiwa yang besar mereka seharusnya membuang perasaan
>sebegitu daripada menyeliputi diri mereka. Bukankah
>dawah Rasul SAW adalah jauh lebih sukar daripada apa
>yang kita alami di waktu ini? Bukankah Rasul SAW
>pernah di baling dengan batu2 sehingga menyebabkan
>tubuh baginda yang mulia itu tercedera lantaran
>sahabat baginda Zaid Bin Harithah berkata bukankah
>engkau ini Rasulullah? Begitulah sukarnya perjuangan
>Rasul SAW di kala mana dakwahnya tidak diterima oleh
>masyarakat di Taif.
>
>Saudara sidang netters;
>Sesungguhnya perjalanan da'wah itu terlalu panjang.
>Saudara tidak akan boleh mengukurnya dengan umur yang
>singkat. Al Imam Hassan Al Banna pernah mengatakan
>bahawa antara kejayaan da'wah ialah dengan anda
>berjaya membina individu2 yang dapat mengamalkan Islam
>dengan sempurna. Tegakkanlah Islam di dalam diri
>saudara nescaya Islam akan tertegak di atas pelusuk
>bumi. Itulah yang pernah diperkatakan oleh seorang
>pejuang tulen Al Ikhwan iaitu Al Imam Hassan Al
>Hudhaibi.
>
>Saudara sidang netters;
>Kedatangan alaf baru juga menandakan umat Islam
>seharusnya bekerja lebih kuat untuk menegakkan Islam.
>Saudara Saari Sungib di dalam artikelnya "CRISTIAN
>MILLENIUM" pernah menggambarkan pelbagai persepsi dan
>rancangan jahat musuh2 Islam untuk menghapuskan Islam
>dari tertegak. Akhirnya, kesimpulan daripada penulisan
>ini ialah kedatangan alaf baru sesungguhnya menuntut
>anda yang bergelar mukmin untuk bekerja dengan lebih
>kuat dan faham bagi menegakkan Islam di muka bumi.
>Ilalliqa'.
>
>Ana dhaif;
>SOFIAN BN ALIAS
>UNIVERSAL PHARMACEUTICAL
>RESEARCH AND DEVELOPMENT 1
>CHEMICAL COMPANY MALAYSIA
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
>Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com
>
>------------------------------------------------------------------------
>///// JIM-IT: Jaringan Informasi Masyarakat http://www.jim.org.my
>//////////////////////////////////
>
>Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan 
>Jamaah
>Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian
>
>Langganan : Hantar E-mail kosong ke  [EMAIL PROTECTED]
>Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  [EMAIL PROTECTED]
>
>Untuk urusan pengiklanan, sila hubungi: Aris Sipan "[EMAIL PROTECTED]".
>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

Click Here

Kirim email ke