*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Siapakah yang mengajar rakyat untuk tidak menghormati
raja? Apakah benar mereka yang mempertahankan ketuanan
Melayu? Kalau institusi ulamak pun mereka cemuh, dan
orang kafir sudah tidak segan silu untuk
mempersendakan hukum Islam, sudah tentu institusi raja
akan menerima nasib yg sama jika UMNO terus mengajar 
MIC dan MCA berkelakuan biadap 
sedemikian.............. 
-------------------------------------------------------------------------------
Larang wartawan: Isa kesal tindakan istana

SEREMBAN 13 Dis. - Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad
menyifatkan tindakan Istana Seri Menanti melarang
wartawan Utusan membuat liputan istiadat pelantikan
Menteri Besar dan mengangkat sumpah Exconya hari ini
sebagai ''amat tidak profesional dan menjejaskan
kebebasan akhbar.''

Sebagai ketua kerajaan, beliau melahirkan rasa kesal
kerana istana cuba mencampuradukkan krisis yang
berlaku dengan liputan bersejarah hari ini.

''Ini majlis penting mengenai penubuhan sebuah
kerajaan dan pihak media tidak sewajarnya dihalang
menyebarkan berita mengenainya.

''Kejadian menghalang wartawan dan jurugambar daripada
membuat liputan itu tidak wajar berlaku.

''Tindakan istana itu boleh menjejaskan kebebasan
akhbar dan cara yang diambil amat tidak profesional,''
katanya dengan nada kesal di sini.

Pada pandangannya wartawan berkenaan tidak sepatutnya
dihalang kerana Utusan Malaysia ialah sebuah akhbar
yang mempunyai ramai pembaca.

Menurut Menteri Besar, beliau berasa hairan kenapa
pemberita dan jurugambar Utusan sahaja tidak dibenar
membuat liputan istiadat itu.

Katanya, beliau tidak tahu mengenai kejadian itu
sehinggalah diberitahu oleh seorang wartawan akhbar
lain.

Mohd. Isa memberitahu, beliau tidak tahu sebab yang
mendorong pihak istana menghalang wartawan Utusan
membuat liputan mengenai watikah pelantikan tersebut.

Katanya, sekiranya pihak istana tidak puas hati dengan
rencana pengarang Utusan Malaysia yang disiarkan oleh
akhbar ini pada 9 Disember lalu, mereka seharusnya
menghubungi Ketua Pengarang akhbar itu dan bukannya
menghalang tugas wartawan.

Mohd. Isa dalam pada itu, mempertahankan rencana
pengarang tersebut yang mengkritik campur tangan
Istana Seri Menanti dalam pembentukan kerajaan negeri
ini.

Katanya: ''Rencana pengarang itu ada kebenaran dan
Utusan berhak mengutarakan pandangan mengenai isu
tersebut.

''Kalau rencana pengarang itu tidak betul istana boleh
mengulasnya tetapi jangan sampai menghalang media
massa daripada membuat liputan penubuhan sebuah
kerajaan negeri,'' ujarnya.

Penyiaran rencana pengarang muka 1 bertajuk Istana
jangan campur tangan pada 9 Disember lalu dipercayai
mendorong institusi itu melarang wartawan akhbar ini
daripada membuat liputan tersebut.

Rencana tersebut mengkritik tindakan istana menunda
majlis pelantikan Menteri Besar dan Exco yang
sepatutnya berlangsung Selasa lalu.

Istiadat itu ditunda kerana Yang Dipertuan Besar,
Tuanku Ja'afar menghadiri upacara penyampaian bintang
sempena hari keputeraan baginda.

Lidah pengarang itu juga menegaskan bahawa pihak
istana tidak boleh masuk campur dalam menentukan siapa
dilantik menjadi Menteri Besar atau anggota majlis
mesyuarat kerajaan negeri (Exco).

Ia juga meminta pihak istana menghormati mandat
pengundi Negeri Sembilan yang memberi kemenangan
seratus peratus kepada Barisan Nasional dan tidak
mengenakan tekanan untuk membuat perubahan terhadap
barisan kepimpinan negeri.




------------------------------------------------------------------------
© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan
Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke