*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Opocot..silap aje Amno ni.  Mula2 buat musuh dengan
orang reformasi.  Kemudian dengan professionals. Lepas
tu bertengkar dengan pelajar. Kemudian syak wasangka
sesama2 sendiri. Baru2 ni perlekeh wanita. Sekarang
bertumbuk dengan Raja.  Aiiya...ini macam aaa, wa ingat
sikit masa lagi, Amno boleh jadi arwah woo... 


 ---- you wrote: 
> Siapakah yang mengajar rakyat untuk tidak menghormati
> raja? Apakah benar mereka yang mempertahankan ketuanan
> Melayu? Kalau institusi ulamak pun mereka cemuh, dan
> orang kafir sudah tidak segan silu untuk
> mempersendakan hukum Islam, sudah tentu institusi raja
> akan menerima nasib yg sama jika UMNO terus mengajar 
> MIC dan MCA berkelakuan biadap 
> sedemikian.............. 
> -------------------------------------------------------------------------------
> Larang wartawan: Isa kesal tindakan istana
> 
> SEREMBAN 13 Dis. - Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad
> menyifatkan tindakan Istana Seri Menanti melarang
> wartawan Utusan membuat liputan istiadat pelantikan
> Menteri Besar dan mengangkat sumpah Exconya hari ini
> sebagai ''amat tidak profesional dan menjejaskan
> kebebasan akhbar.''
> 
> Sebagai ketua kerajaan, beliau melahirkan rasa kesal
> kerana istana cuba mencampuradukkan krisis yang
> berlaku dengan liputan bersejarah hari ini.
> 
> ''Ini majlis penting mengenai penubuhan sebuah
> kerajaan dan pihak media tidak sewajarnya dihalang
> menyebarkan berita mengenainya.
> 
> ''Kejadian menghalang wartawan dan jurugambar daripada
> membuat liputan itu tidak wajar berlaku.
> 
> ''Tindakan istana itu boleh menjejaskan kebebasan
> akhbar dan cara yang diambil amat tidak profesional,''
> katanya dengan nada kesal di sini.
> 
> Pada pandangannya wartawan berkenaan tidak sepatutnya
> dihalang kerana Utusan Malaysia ialah sebuah akhbar
> yang mempunyai ramai pembaca.
> 
> Menurut Menteri Besar, beliau berasa hairan kenapa
> pemberita dan jurugambar Utusan sahaja tidak dibenar
> membuat liputan istiadat itu.
> 
> Katanya, beliau tidak tahu mengenai kejadian itu
> sehinggalah diberitahu oleh seorang wartawan akhbar
> lain.
> 
> Mohd. Isa memberitahu, beliau tidak tahu sebab yang
> mendorong pihak istana menghalang wartawan Utusan
> membuat liputan mengenai watikah pelantikan tersebut.
> 
> Katanya, sekiranya pihak istana tidak puas hati dengan
> rencana pengarang Utusan Malaysia yang disiarkan oleh
> akhbar ini pada 9 Disember lalu, mereka seharusnya
> menghubungi Ketua Pengarang akhbar itu dan bukannya
> menghalang tugas wartawan.
> 
> Mohd. Isa dalam pada itu, mempertahankan rencana
> pengarang tersebut yang mengkritik campur tangan
> Istana Seri Menanti dalam pembentukan kerajaan negeri
> ini.
> 
> Katanya: ''Rencana pengarang itu ada kebenaran dan
> Utusan berhak mengutarakan pandangan mengenai isu
> tersebut.
> 
> ''Kalau rencana pengarang itu tidak betul istana boleh
> mengulasnya tetapi jangan sampai menghalang media
> massa daripada membuat liputan penubuhan sebuah
> kerajaan negeri,'' ujarnya.
> 
> Penyiaran rencana pengarang muka 1 bertajuk Istana
> jangan campur tangan pada 9 Disember lalu dipercayai
> mendorong institusi itu melarang wartawan akhbar ini
> daripada membuat liputan tersebut.
> 
> Rencana tersebut mengkritik tindakan istana menunda
> majlis pelantikan Menteri Besar dan Exco yang
> sepatutnya berlangsung Selasa lalu.
> 
> Istiadat itu ditunda kerana Yang Dipertuan Besar,
> Tuanku Ja'afar menghadiri upacara penyampaian bintang
> sempena hari keputeraan baginda.
> 
> Lidah pengarang itu juga menegaskan bahawa pihak
> istana tidak boleh masuk campur dalam menentukan siapa
> dilantik menjadi Menteri Besar atau anggota majlis
> mesyuarat kerajaan negeri (Exco).
> 
> Ia juga meminta pihak istana menghormati mandat
> pengundi Negeri Sembilan yang memberi kemenangan
> seratus peratus kepada Barisan Nasional dan tidak
> mengenakan tekanan untuk membuat perubahan terhadap
> barisan kepimpinan negeri.
> 
> 
> 
> 
> ------------------------------------------------------------------------
> © UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan
> Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
> E-mail: [EMAIL PROTECTED]
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
> Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Engku Hamid <[EMAIL PROTECTED]>
> 


-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke