*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu'alaikum Harakah online dan warga hizbi; Berikut adalah perbualan hizbinetters mengenai satu cadangan; apalahkiranya dapat di forward kan kepada sesiapa yang patut untuk diteliti akan kesesuaiannya. Terima kasih, wassalam. ------------------ [EMAIL PROTECTED]: Kalau ada wakil2 harakah yang membaca, minta diadakan satu section pasal "Hal Ehwal Pengguna" - Setiap minggu masukkan senarai makanan2 yang didapati tidak layak untuk orang Islam. Mungkin ini akan menjadi tekanan pada pengeluar dan pada masa yang sama pengguna akan lebih prihatin. Kalau anak2 orang Islam asyik dok makan benda2 syubahat, macammana mereka nak meneruskan perjuangan Islam ibu-bapa mereka? Sekian Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>: ada cadangan untuk menambahkan column untuk orang cina dalam tulisan china. mungkin selembar (4 muka) atu sekurang-kurangnya 2 muka. Ana ada kenal dua orang hafizah (muslimat) di kelantan yang graduate dari china. Boleh tanya mengenai mereka pada Hafiz Musa (adik Yang Berkhidmat Husam Musa) [EMAIL PROTECTED] : Assalamualaikum kepada semua warga Muslim. Saya teramat setuju dengan cadangan itu dan kalau boleh di Pihak Pas ada satu badan yang menyelidik dan mengenal pasti makanan yang mengandungi gelatin dengan kata lain ada sumber-sumber yang haram didalam makanan yang di import atau pun dari dalam malaysia. Tolong perbanyakkan makanan keluaran daripada orang-orang Islam. Sirri 79 <[EMAIL PROTECTED]> : Wa'alaikumussalam.. Saya juga bersetuju dgn cadangan awal itu..Kebanyakan umat Islam 'jauh' dari landasan Islam apabila, hati mereka terhijab utk menerima hidayah Allah..Hati terhijab kerana salah satu faktor apabila pemakanan bercampur aduk antara yg halal dan haram...Semoga kita lebih berhati-hati dalam membuat pemilihan makanan... Ini juga strategi kuffar utk jauhkan umat Islam dan landasan yg sebenar... Wallahu a'lam... [EMAIL PROTECTED]: Cadangan tu memang bagus. Saya pun setuju. Tetapi, persoalanya siapa nak buat "homework" ... buat kajian & ujikaji terhadap makanan-makanan tersebut??? Sekadar mengemukakan persoalannya. Wassalam. Ir. Shahrun Bin Ishak @ Abu Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>: Assalamualaikum............... Tentang hal siapa yang akan lakukan homework ni rasanya tak menjadi masalah besar. PAS pernah mendapat sokongan yg. baik dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yg. begitu aktif dan lantang menyuarakan hak2 kepenggunaan. Mereka ini lebih terbuka dari Persatuan Pengguna Malaysia yang di ketuai oleh Prof. Hamdan Adnan yg. kelihatan muncul sekali-sekala, tak konsisten dalam menyuarakan hak2 pengguna dan agak menyebelahi kerajaan. CAP juga pernah turut serta dalam GERAK yang diketuai oleh PAS suatu ketika dahulu. Saya selalu membaca "Utusan Pengguna", dari situ saya nampak yang CAP selalu buat kajian tentang hal ini dan mereka mempunyai banyak maklumat tentang perkara ni. Kita perlu hubungi mereka. "Tad deBoar" <[EMAIL PROTECTED]> : Ada badan2 tertentu seperti CAP, UPM, UKM, MARDI, SIRIM (agak), JAKIM, dll. yg buat selidik tentang perkara2 itu dan pihak Harakah boleh hubungi mereka. Selain dari makanan, banyak lagi bahan harian yg perlu diawasi, seperti berus cat, barangan kulit, sabun, ubat gigi, alat2 solek, dll. yg ada bahan2 yg tak sesuai bagi Muslim. Kena lobi untuk dikenakan label HALAL. Label yg sudah ada pun ada yg mempertikaikan. Sekarang zaman orang kafir hentam orang Islam, maka sudah tentu barangan konsumer dibuat mereka tidak mesra Muslim. Dulu kita ada Arqam. Boleh tahanlah, barangan Muslim dibuat mereka. Barangan yg diragui, dihebohkan mereka. Sekarang macamana ? Sudah ada ganti ke ? ----------------------------------------------------- Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]