*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.....

--- [EMAIL PROTECTED] wrote:

>> Ketuanan Melayu tu maksudnya, orang Melayu yang tak
berapa layak masuk U macam guaqman boleh jugak masuk U
sampai dapat degree sebab ada kuota, orang Melayu yang
takde harta dan tanah boleh dibagi loan beratus ribu
untuk meniaga, orang Melayu yang tak berapa ada
kelulusan tapi dijamin peluang pekerjaan mereka, orang
Melayu yang tak berapa pandai soal ekonomi macam Anwar
Ibrahim tapi boleh jadi Menteri Kewangan dan macam
macam contoh lagi di mana orang Melayu yang kurang
serba serbi tapi diberi keistimewaan berbanding orang
dari kaum-kaum lain yang jauh lebih bijak sebab
Malaysia nie memang orang Melayu punya. Sebab tu
walaupun UMNO cuma menang 72 dari 148 kerusi BN tapi
Menteri dari UMNO tetap jugak 15 orang dan parti-parti
lain walaupun ada kerusi yang lebih menteri diorang
tetap ikut kuota lama jugak. Bukan macam KeADILan,
orang Cina dengan India ada berapa kerat, tapi boleh
jadi Timbalan Presiden, Naib Presiden dan macam-macam
jawatan tinggi lagi. <<

Hisshh... tak payah elaborate panjang2lah... senang
cita, ketuanan Melayu UMNO maknanya : Bila sesuatu
kaum BUKAN MELAYU sudah cukup kuat di sesebuah negeri
di Malaysia (Pulau khasnya), maka kaum tersebut
bolehlah memohon untuk keluar dari Persekutuan
Malaysia. Contohnya : Singapura.

Haaa... kan jelas kalau explain macam tu. Tudiaaa..
ketuanan Melayu ala-UMNO.

To me, Melayu tak Melayu bukan perkara penting! Yang
penting ISLAM. Kalau dia cina sekalipun tetapi dia
ISLAM, dia layak mendapat hak sebagaimana Muslimin dan
Muslimat yang lain.


>>  Untuk pengetahuan guaqman, orang Cina Penang 75%,
so tak ada salahnya
kalau Ketua Menteri dia dari bangsa dia. Lagipun Dr.
Koh seorang yang dengar cakap ketua, bukan macam Lim
Kit Siang dari B.A. yang dari dulu lagi bercita-cita
nak jadi "powerful  Chief Minister" kat Penang dengan
projek Tanjung 1,2,3 dan 4 nya. <<

Aisshh... baru je cakap pasal Ketuanan Melayu, so
regardless Melayu tinggal berapa percent sekalipun
sepatutnya Melayu lah yang kena jadi 'Tuan', tak
gitu??? Takat jadik Timbalan Ketua Menteri bukan Tuan
namanya tu.

Memang bagus Dr Koh dengaq cakap ketua. Masalahnya,
ketua yang macam mana??? Yang menipu kata ada orang
tumbuk muka sendiri??? Last2 terbukti orang lain yang
tumbuk muka orang itu. Ketua camtu kaa???
aiseymeenn....

Pasal Lim Kit Siang nak jadik 'powerful Chief
Minister' tu bila dia bagitau kat hang? Pernah jumpa
dia personally kot?

...dan untuk pengetahuan cik Anis pulak, siapa yang
menyebabkan cina kat Penang sampai 75% (mana dapat
stats nih?) sekarang nih???. Siapa yang memandai sain
agreement dengan British memberi hak kepada cina/india
sehinggakan mereka jadi banyak/kuat sekarang???
siapa??? pemimpin PAS???? 


>>  So, cuba faham sikit realiti politik kat Malaysia
nie, brader, jangan nak merapu sakan, awak tu dah
kalah, rakyat dah tolak, duduk diam lagi baik dari nak
keluarkan kenyataan-kenyataan bodoh macam tu, FAHAM!!!
<<


Aikk... rilek aa.. apa bengang2 pulak nih??? Orang
'menang' takkan nak bengang2 kot?? hissh... 

Betul tu, rakyat cina memang dah tolak BA. Tapi rakyat
Melayu lain pulak ceritanya. Tak caya cari dalam New
Straits Time (hari apa aku tak ingat!).

Kenyataan bodoh??? Ni contoh kenyataan2 bodoh :

"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina
dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah
rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat
memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan
sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja." 
( Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media
massa, 14 Julai 1992) 

" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai
dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah
undang-undang yang ada dikekalkan." 
(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20
Ogos 1993) 

"Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan
orang bukan Islam." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam
Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) 

"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat
saksi yang tidak fasik." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam
Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) 

"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan
dengan keadaan masa kini." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos
1994) 

"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang
diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan
melaksanakan hukum hudud." 
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa
selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994) 

"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah
mengajar, bukan mentadbir." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas,
Kelantan, 14 Ogos 1994) 

"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat
Malaysia bukan seratus peratus Islam". 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas,
Kelantan, 14 Ogos 1994) 

"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika
Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas,
Kelantan, 14 Ogos 1994) 

Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang
Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan
ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan
ajaran Islam." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas,
Kelantan, 14 Ogos 1994) 

"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja
kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara
Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi
tidak bermakna mereka tidak Islam." 
(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan,
30 April 1992) 

"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat
Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing
dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong
tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain,
sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan." 
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18
Ogos 1991) 

"Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka
kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka
sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang,
seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam.
Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau
tidak." 
(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24
April 1992) 

"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika
berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan
di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila
hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus
menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau
menyebabkan perpecahan pertentangan dan
ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam
mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih
makmur tanpa hukum itu." 
(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan,
20 April 1992) 

"PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum itu kerana ia
jelas bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid." 
(Syed Hamid Albar dalam satu wawancaranya dengan
wartawan) 

"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah
tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu
bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya
sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai
dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat
berbilang kaum dan agama." 
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2
Mei 1992) 

"Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia
sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh
dianggap sebagai undang-undang Islam." 
(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga
Ibu Kota, 6 Mac 1994) 

"Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap
Israel, kita akan mengiktiraf negara itu." 
(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15
Julai 1994)


Itu baru takat 1994, belum masuk statement 'Gillette'
lagi. 

Kata cucu Ghaffar Baba (lebih kurang), "semasa saya
berkempen (untuk UMNO) di pilihanraya kecil Arau, saya
terdengar kaset ucapan PM yang menghina janggut
Rasulullah. Dan saya terus hentikan kempen saya!" 

Sekarang dia dah jadi orang ADIL, alhamdulillah...

> 
> Wassalam.
> 
> Anis.
> 



PERJUANGKAN KETUANAN ISLAM!!!

Wassallam... TAKBIR!!!

dulu UMNO sekarang PAS!



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: guaqman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke