*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semasa sebelum pilihanraya yang lalu banyak saya dengar dari rakan-rakan

yang kuat UMNO mengatakan kemenangan UMNO penting bagi menjaga survival
orang-orang Melayu. Oleh itu tidak hairanlah mereka itu berhempas pulas
untuk memenangkan BN untuk menjaga ketuanan Melayu terus terpelihara.
Mereka terpaksa mengenepikan pertikaian antara Dr Mahathir dan Anwar
terlebih dahulu, bagi mereka parti jauh lebih penting dari perkara
individu. Memenangkan parti UMNO dalam pilihanraya lebih penting lagi
daripada perkara untuk memenangkan individu Dr Mahathir atau Anwar.
Pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan sebelum pilihanraya telah
ditunda kepada selepas pilihanraya agar UMNO berada dalam keadaan mantap

untuk menghadapi pilihanraya. Kerana bagi mereka kemenangan dalam
pilihanraya jauh lebih penting dari berebut jawatan dalam UMNO itu
sendiri. Apalah ertinya dapat jawatan tinggi dalam UMNO tetapi kalah
dalam pilihanraya.

Saya rasa bagi mereka yang taksub kepada satu-satu parti politik sahaja
yang akan berfikiran begitu. Kalau ikut logiknya, kalau pun Barisan
Alternatif yang menang dalam pilihanraya lepas sudah pasti orang Melayu
jugalah yang menang kerana majoriti dalam gabungan BA itu adalah parti
PAS yang juga adalah orang Melayu. Jadi saya tak nampak kuasa akan
hilang dari tangan orang Melayu kalau BA yang menang.

Mungkin sebab parti PAS tidak menekankan atau tidak berminat dengan
konsep ketuanan Melayu maka orang-orang yang kuat UMNO ini tidak mahu
menyokong PAS dan mereka tidak percaya PAS boleh menjaga kepentingan
orang-orang Melayu. Inilah fikiran sonsang yang telah tertanam dalam
pemikiran mereka itu. Mereka itulah yang digelar sebagai 'karat biru'
yang memang susah hendak berubah.

Saya tidak nampak ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO itu
releven lagi masa kini. Sebenarnya slogan ketuanan Melayu ini hanya
tinggal menjadi gimik politik UMNO sahaja dalam meraih sokongan
orang-orang Melayu kepada UMNO, hakikatnya dapat kita lihat orang Melayu

masih terpinggir dan ketinggalan di negara sendiri. Ketuanan Melayu yang

saya nampak hanyalah ketuanan UMNO yang menjaga kepentingan diri
pemimpin-pemimpin UMNO. Dengan kemenangan UMNO dapatlah pemimpin UMNO
ini membuat sesuka hatinya termasuklah memperkayakan diri dan keluarga
dengan kuasa yang ada pada mereka. Padahal pada masa yang sama
orang-orang Melayu lainnya menghuni rumah-rumah setinggan, rumah-rumah
kos rendah, kaki lepak, hanyut dalam maksiat, penagih dadah dan terlibat

dalam banyak gejala sosial. Apakah ini semua di namakan ketuanan Melayu?

Sekarang pilihanraya telah selesai, UMNO menerusi BN telah dapat
berkuasa semula. Masa inilah mereka hendak menilai semula siapakah
pemimpin-pemimpin yang betul-betul mahu membela bangsa, agama dan negara

yang menjadi slogan UMNO itu. Selepas pilihanraya ini nampaknya pemimpin

dan orang-orang UMNO berasa selesa untuk melayan persaingan bagi jawatan

kepimpinan dalam UMNO yang akan menentukan arah tuju UMNO pada alaf baru

ini. Kita boleh nampak sekarang ini media elektronik dan akhbar perdana
kian lebih terbuka bagi membincangkan rumahtangga UMNO dan masalah orang

Melayu. Saya rasa perbincangan ini akan bertambah hangat menjelang
pemilihan UMNO yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.  Apakah
kepimpinan Dr Mahathir masih diperlukan oleh UMNO setelah banyak
tindakan-tindakan yang dibuatnya di akhir-akhir ini telah tidak
menyenangkan orang-orang UMNO sendiri. Apakah Dr Mahathir juga akan
dipertanggungjawabkan ke atas kemerosotan undi orang Melayu kepada UMNO?

Mungkin dalam pemilihan UMNO kali ini faktor Anwar tidak akan menggugat
Dr Mahathir. Pengaruh Anwar telah pun dibenamkan oleh  Dr Mahathir dalam

pilihanraya yang lepas. Ramai penyokong Anwar yang hilang sabar dengan
karenah Dr Mahathir telahpun keluar dari parti itu, selain dari itu
ramai juga yang dipecat sendiri oleh UMNO. Jadi UMNO  kini hampir bersih

dari penyokong Anwar dan tentunya tidak lagi menjadi ancaman kepada Dr
Mahathir dalam pemilihan akan datang ini. Kalau pun masih ada penyokong
Anwar dalam UMNO mereka tidak akan berani untuk menonjolkan diri, dan
dalam pemilihan UMNO nanti mungkin mereka akan memberi sokongan kepada
pencabar Dr Mahathir sebagai untuk mengajar Dr Mahathir.

Kini kumpulan yang tinggal dalam UMNO yang boleh mencabar kedudukan Dr
Mahathir ialah kumpulan Ku Li yang dulunya dikenali sebagai Team B atau
Semangat 46. Kalau Ku Li masih mempunyai dendam dengan Dr Mahathir dan
kalau Ku Li masih lagi menyimpan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri

Malaysia maka ada kemungkinan Ku Li tidak teragak-agak untuk mencabar Dr

Mahathir pada pemilihan UMNO kali ini. Ku Li sudah terlalu tua untuk
menunggu lebih lama lagi, mungkin untuk bertanding jawatan timbalan
presiden hanya perkara membuang masa saja baginya. Jika Ku Li boleh
berpakat samada dengan Najib atau Pak Lah sudah tentu akan dapat memberi

kekuatan dan kelebihan kepada Ku Li bagi mencabar Dr Mahathir. Sama
seperti Ku Li berpakat dengan Musa di satu masa dulu.

Dalam budaya politik UMNO, musuh dan kawan sukar untuk dikenal dan bukan

merupakan suatu yang kekal. Kalau pun Ku Li ada berjanji tidak akan
menentang Dr Mahathir pada masa akan datang, janji dan sumpah bagi orang

politik seperti mereka itu memang tidak boleh dipercaya. Bagi mereka
melanggar
janji dan sumpah dalam politik tidak dikira berdosa, itulah jadinya
kalau
politik telah dianggap tidak ada sangkut paut dengan agama. Dr Mahathir
memang tidak pernah percaya Ku Li tidak akan menentangnya. Itulah
sebabnya dari awal lagi Dr Mahathir telah mengambil langkah berjaga-jaga

bagi menghadapi kemungkinan itu.

Selain dari tidak memberikan jawatan menteri kabinet kepada Ku Li yang
akan memberikan kelebihan kepada Ku Li untuk menonjolkan dirinya, Dr
Mahathir juga cuba rapat dengan Pak Lah dengan cara merestui beliau
untuk jawatan timbalan presiden UMNO. Ini jelas dapat kita lihat di mana

Najib telah ditukarkan dari kementerian pendidikan yang lebih wibawa
kepada kementerian pertahanan. Pada fikiran Dr Mahathir buat masa ini
lebih baik rapat dengan Pak Lah daripada Najib. Pak Lah lebih ramai
penyokong daripada Najib. Bekas ahli semangat 46 pun lebih senang dengan

Pak Lah. Dr Mahathir beranggapan adalah bahaya baginya kalau Ku Li rapat

dan bersepakat dengan Pak Lah. Oleh itu sebelum jadi apa-apa lebih baik
dia (Dr Mahathir) terlebih dulu berbaik dan rapat dengan Pak Lah dan
memberi sokongan kepada Pak Lah untuk jawatan timbalan presiden.
Nampaknya Pak Lah menjadi penentu penting dalam pemilihan UMNO kali ini.

Wallahualam.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Alias Mohd Yusof <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to