Strategi 6.
(dipetik dari majalah Utusniaga Bil 36/april)


http://harakah.cjb.net/
Harakah Internet Edition

http://mahazalimtwo.cjb.net/
Laman Reformasi
Pamerkan Kekuatan Kami di Timur dan Buatlah Serangan Di Barat :

 Cao-cao, pemimpin yang terkenal di utara China, hendak menyerang bandar Nanyong. 
Zhang, seorang panglima tentera ditugaskan untuk mempertahankan bandar tersebut. 
Cao-cao mendapati tembok di bahagian tenggara tidak begitu kukuh setelah tiga hari 
mengepung bandar tersebut. Kemudian beliau telah membuat muslihat dengan mengumpul 
angkatan tentranya di bahagian barat laut tetapi sebaliknya menyerang ke arah tenggara 
bandar tersebut.

   Zhang mengenali cao-cao merupakan seorang pemimpin bijaksana, sudah pasti 
mengetahui kelamahan bahagian tenggara tembok bandar yang dipertahankannya dan 
pengumpulan angkatan tentera Cao-cao dengan  mengarah rakyat bandar tersebut menyamar 
sebagai sebagai tentera bagi mengawal pertahan di barat laut. Sementara angkatan 
tentera Zhang bersedia di bahagian tenggara untuk membuat serangan hendap. Sungguh 
memalukan, muslihat Cao-cao untuk memerangkap musuh telah "makan tuan"

    Sebaliknya pula berlaku, apabila angkatan tentera BErsekutu telah menggunakan 
strategi yang sama semasa PErang Dunia Kedua. Angkatan tentera Jerman telah tertipu 
dengan memperkuatkan pertahanan di utara Pulau Normandy kerana serangan yang 
bertubi-tubi daripada angkata tentera BErsekutu sementara di bahagian pantainya tidak 
begitu kuat. Akhirnya, Jerman tertewas kerana pertahanan di pantai dengan mudahnya 
telah dapat ditembusi.

   Kesimpulannya, kita perlu mempunyai daya yang kreatif,inovatif dan muslihat 
muslihat yang unggul bagi mengelirukan musuh yang kuat dan cekap bagi menangani 
masalah yang timbul. Apa yang penting, muslihat boleh di reka setelah membuat 
pemerhatian terhadap jangkaan reaksi musuh terhadap gerakan kita dahulu, barulah kita 
akan berjaya.

Kirim email ke