*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ --- SALWANI ALI <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > From: SALWANI ALI <[EMAIL PROTECTED]> > Date: Thu, 23 Dec 1999 09:40:28 +0800 > Subahanallah - Maha Suci Allah yang telah menciptakan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Subhanallah indahnya alam ciptaan Ilahi dipenuhi pepohon, gunung-ganang, haiwan yang melata dan insan dari pelbagai keturunan. subhanallah halusnya ciptaan Allah sehingga setiap ciptaan tidak sama malah unik. Lihatlah wajah kita dan wajah rakan-rakan disekeliling kita. Pandainya Allah menciptakan semuanya ini. Insan boleh seiras tapi tetap ada perbezaan, sebagaimana adik-beradik kembar, tetap dapat dibezakan oleh orang yang melihat mereka tiap-tiap hari. > Subhanallah - ajaibnya ciptaan Allah, dari sebutir telur dan setitis air mani lahir seorang manusia yang cukup sifat, ada mata, ada telinga, ada tangan, ada kaki, sedangkan asalnya hanyalah setitis mani. Subhanallah ajaiabnya ciptaan Allah yang menyalurkan segala genetik dari seorang bapa dan seorang ibu hanya melalui dua sel sahaja - satu telur dari ibu dan setitis mani dari ayah. Subhanallah! > Subhanallah - kuatnya graviti yang Allah jadikan di pusat bumi hingga kita semua tidak terapung-apung diatas permukaan bumi ini. Bagaimana boleh kernel bumi tersebut menarik kita sedangkan magnet yang dijadikan manusia tidak berupaya menarik kita. Subhanallah - pandainya Allah. Subhanallah - tapak kaki kita yang Allah berikan sejak kita lahir tak pernah rosak kecuali bila Allah datangkan ujian kepada hambaNya, tapi sejak lahir sudah berpuluh pasang kasut yang kita pakai telah kita buang. > Subhanallah cantiknya pemandangan yang Allah ciptakan untuk tatapan kita, halusnya senibinanya. Subhanallah banyaknya tumbuh-tumbuhan yang Allah jadikan untuk kita sebagai makanan dan sebagai penawar banyak penyakit. Subhanallah banyaknya jenis-jenis ikan dilautan yang Allah ciptakan untuk kita, semuanya untuk kita nikmati dan sesetengahnya Allah jadikan untuk menguji kita. > Subhanallah tiada pencipta seagung Engkau Ya Allah! > __________________________________________________ Do You Yahoo!? Thousands of Stores. Millions of Products. All in one place. Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>