*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TIADA SEKATAN ANGGOTA PEMBANGKANG LAWAT  KEDUTAAN MALAYSIA 
   
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kerajaan tidak menyekat  anggota parti politik 
pembangkang untuk melawat kedutaan  Malaysia di luar negara, kata Menteri Luar Datuk 
Seri Syed Hamid  Albar. 

Beliau berkata kedutaan Malaysia di luar negara juga tidak akan  memberi layanan 
istimewa terhadap mana-mana anggota parti  politik termasuk daripada Barisan Nasional 
sekiranya mereka  melawat negara terbabit. 

"Kedutaan hanya menyambut dan melayan anggota parti politik  yang melawat negara asing 
atas kapasitinya sebagai Menteri,  sekiranya mereka memerlukan bantuan," katanya 
ketika  menggulung perbahasan mengenai Rang Undang-undang  Perbekalan Tambahan (1999) 
(No.2) 1999, pada persidangan  Dewan Rakyat di sini hari ini. 

Syed Hamid menafikan dakwaan pembangkang kononnya  menteri-menteri dari Umno yang 
melawat negara asing hanya  mengadakan perjumpaan dengan pelajar Malaysia yang  
menganggotai Kelab Umno sahaja. 

"Contohnya, semasa lawatan saya ke Yemen baru-baru ini, saya  telah mengadakan 
perjumpaan dengan semua pelajar Malaysia di  sana, walaupun saya tahu kebanyakan 
mereka adalah penyokong  PAS," katanya. 

Syed Hamid berkata bahawa semasa berada di luar negara  menteri-menteri bukan sahaja 
berjumpa pelajar, malah mereka  mengadakan perjumpaan dengan semua rakyat Malaysia di 
sana  yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. 

Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu dalam penggulungan  bagi kementerian itu 
berkata tambahan RM17.9 juta yang  diperuntukkan kepada kementerian itu akan digunakan 
sepenuhnya
bagi menangani krisis bekalan air yang berlaku tahun lepas. 

Kementerian juga telah membelanjakan RM130 juta untuk membina  sebuah loji air di 
Wangsa Maju. 

Menurutnya, kerajaan juga telah membelanjakan RM22 juta bagi  membina empangan dan 
sebuah loji kecil di Kuala Kubu Baharu  yang akan menambah bekalan air Selangor 
sebanyak satu bilion  liter. 

"Air tidak boleh menjadi hak kepada sesiapa. Ia daripada Tuhan.  InsyaAllah, saya 
harap kita akan dapat lebih hujan pada masa  akan datang," kata Samy Vellu, disambut 
oleh gelak ketawa semua  anggota Parlimen. 

Rang Undang-undang itu kemudian diluluskan tanpa sebarang  pindaan. Rang undang-undang 
berkenaan bertujuan meminta  peruntukan tambahan sebanyak RM600,812,500 daripada  
Kumpulan Wang Disatukan bagi membiayai perbelanjaan tambahan  untuk perkhidmatan tahun 
1999. Persidangan disambung esok.
 --BERNAMA
   





Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke