*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sambungan...

KESEMPURNAAN YG ISLAM INGINKAN

        As-Syahid Hassan Al Banna menyebut dlm Risalah
Ta'alim mengenai kesempurnaan Islam...Apakah maksud
beliau rahimahullah...Kita mesti hidupkan kembali
makna kesempurnaan ini..krn apa..Gol sekular juga kata
dlm Islam ada politik(rujuk SYUBUHAT PM begitu juga
IKIM)..ada ekonomi.. sedangkan pd waktu yg sama mereka
tidak menegakkan syariat Allah swt..
hukum2..dan undang2 Allah..Bagaimanakah mereka
memahami kesempurnaan itu??? Gol sekular tidak
terlepas dlm memahami kesempurnaan dpd pemahaman
ideologikal..iaitu Islam ini lengkap dlm erti kata utk
mendirikan satu tamadun..Oleh itu, mereka cuba merumus
Islam dlm bentuk teori dan sistem yg lengkap dan
terperinci yg boleh dilaksanakan oleh manusia moden di
timur dan barat. Gol sekular ini lupa..Islam bukan
begitu..Islam tidak dapat dilaksanakan oleh org2 kafir
dlm bentuknya yg sempurna.

        Krn kesempurnaan Islam bukan satu sistem yg lengkap
semata2 tapi..kesempurnaan ubudiah dan taat..barulah
kesempurnaan sistem..krn Islam turun utk membawa
manusia mengabdikan diri kpd Allah swt.
Maknanya..Islam mesti dihayati dan dilaksana dlm per2
yg ditaklifkan kpd manusia dahulu.. barulah akan
datang dgn sendirinya apa jua bentuk cara pentadbiran
dan kemajuan yg dikehendaki mengikut cara Islam. Allah
menyediakan manhaj(method) yg lengkap..lihat
utusanNya..Nabi saw.. cara makan, cara tidur, cara jln
dan semua kesempurnaan Rasul saw..cara hidup yg ingat
kpd Allah swt..satu gambaran perkembangan hidup sbg
hamba..merangkumi semua aspek kehidupan..dr sekecil2
perkara kpd sebesar2nya..bukan cara binatang..makan
dan hidup krn nafsu semata2.

        Natijahya..gol sekular melihat perlaksanaan syariat
tak penting krn pd anggapan mereka hanya kpd beberapa
perkara dlm Islam yg boleh membawa kemajuan
berdasarkan yg boleh ditanggap oleh kajian akal
semata2 tanpa berpandukan wahyu..

        Apabila begitu..apakah kesempurnaan ubudiah itu??
Islam melihatnya bagaimanakah hendak direalisasikan
ubudiah..iaitu berdasarkan perlaksanaan syariat(hudud
dsb) sebab tidak akan dapat mengabdikan diri
sepenuhnya kpd Allah dlm politik, ekonomi, sosial dll
melainkan diambil dpd Al-Quran dan As-Sunnah iaitu
hukum2 Islam..bukan dicedok dpd para pemikir sekular
barat.. Oleh itu, kita minta dilaksanakan semua ajaran
Islam yg wajib dilaksanakan tanpa bertangguh2
lagi..tiada alasan utk penangguhan setelah kita faham
tentang kesempurnaan yg diinginkan oleh Islam itu
melainkan gol sekular yg tak faham dan sengaja tak
mahu faham.

        Sekiranya nama saja Islam..tempel dgn nama Islam..tak
cukup..buat Univ Islam..tapi..bercampur lelaki dgn
perempuan..silibus ambil dpd orientalis..kemukakan
fahaman2 ahli2 falsafah yg merosakkan kemurniaan
aqidah.. walaupun dinamakan univ Islam.. ianya tidak
menjadikan bidang pendidikan bidang ubudiah kpd
Allah..bidang yg melahirkan tentera2 Allah swt yg
menegakkan ketauhidan di muka bumi.

        Begitu juga blm bidang politik walaupun kita namakan
negara kita..negara Islam..atau kita nak
Islam..semuanya ini tidak memberi faedah selama mana
ianya tidak menepati syariat Allah swt..   

        Seterusnya kesempurnaan Islam sebagai kesempurnaan
ubudiah tidak dapat menerima sebarang usaha
penangguhan bagi perlaksanaan Islam selepas telah
nyata dan disepakati hukumnya kerana penangguhan dlm
keadaan itu pada hakikatnya adalah penangguhan ubudiah
yg diwajibkan itu. Sesiapa sahaja akan segera dapat
menginsafi betapa janggal dan songsangnya sebarang
langkah menangguhkan mana2 aspek dpd ajaran Islam
tersebut kerana menangguhkan mana2 aspek dpd ajaran
Islam pada ketika itu sebenarnya membawa makna
penangguhan ubudiah terhadap Allah Azza Wajalla.

        Tidak memahami syumuliah ini telah menyelewengkan
ABIM dpd manhaj perjuangan para mujaddid Islam abad
ini..meninggalkan manhaj Imam Hassan
Al-Banna..meninggalkan manhaj Abul 'A'la al
Maududi..meninggalkan manhaj Said Hawwa..lalu
mengambil manhaj gol 'Islamisasi ilmu' yg sesat dan
menyeleweng pd zaman ini..Krn mereka melihat dan tidak
memahami pengertian yg sebenar makna syumuliah yg mana
ianya memberi pengertian yg tidak dikaitkan dgn akidah
Islamiah...bersambung

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mohd adib <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke