*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sambungan...

SUNANULLAH YG SEBENAR

        Antara perkara yg perlu diterangkan kembali kpd
masyarakat..perkara yg menjadi dalil kpd gol sekular
bahawasanya dlm Islam juga ada sekularisme..spt yg
dikemukakan oleh Astora JB..yg kemudiannya dipakai
oleh gol Islamisasi Ilmu dan gol sains sosial..Mereka
menyatakan bahawa utk melaksanakan sebuah masyarakat
yg benar2 bersesuaian dgn Islam mestilah meraikan apa
yg disebut sunanullah fil kaun(cara tadbiran Allah
terhadap alam).

        Dlm ilmu tauhid..dlm pengajian sifat 20..para ulama
Islam telah lama berjuang menentang gol falasifah yg
mengemukakan 'ilal ma'lul dan sebab musabbab yg
berdasarkan kpd fahaman Aristotle..yg diterjemahkan ke
dlm bahasa gol falasifah apabila Aristotle mengatakan
alam ini terjadi dgn sebab 'illah dan ma'lul..lalu gol
falasifah ini menyatakan bahawa terjadinya alam ini..
dan berlakunya kejadian2 di alam ini berdasarkan kanun
sebab musabbab yg bersifat dharuri..iaitu tidak boleh
berubah menjadi khawariqul adat(mencarikkan adat)..Ni
fahaman sesat dan bercanggah dgn Al-Quran dan Sunnah
krn menafikan adanya mukjizat.. Fahaman ini akan
membawa kpd penafian adanya mukjizat pd para
nabi..juga membawa kpd pendapat bahawasanya kenabian
itu 'boleh diusahakan' krn fahaman ini tidak boleh
menerima adanya perkara yg keluar dpd adat.. Mereka
mesti mencari sebab musabab yg maddi iaitu yg boleh
dilihat dan dianalisa oleh akal fikiran manusia..
Apabila begitu mereka cuba kemukakan sebab musabab dlm
setiap perkara hatta dlm perkara yg berkait dgn
kemasyarakatan..jatuh bangun masyarakat..bahagia dan
derita masyarakat..kuat dan lemahnya ekonomi
masyarakat..semuanya cuba dan mahu ditafsirkan
berasaskan kanun sebab musabab yg diambil dpd barat
ini yg berasal dpd Aristotle dan kemudian pd hari ini
dikemukakan oleh gol sosiologis, gol ekonomis, gol
political scientist dll di univ2 umat Islam.

        Penerimaan fahaman yg seumpama ini oleh sebahagian
ahli agama telah menjerumuskan mereka kpd pemahaman
liar dan berbahaya terhadap makna sunanulLah yg
terdapat di dalam Al-Quran. Sunanullah Fil Kaun pada
hakikatnya adalah merupakan iradah Allah swt dlm
menentukan cara yg dkehendakinya bagi mentadbir alam
ini, yg berbeza pula dari iradahNya ke atas manusia
dlm bentuk peraturan2 agama itu. Iradah yg bersifat
kaun itu tidak mempunyai sebarang pertentangannya dgn
iradah yg bersifat syar'iyyah serta jauh sekali dari
membatalkannya sebagai keinginan Allah swt yg wajib
dipatuhi oleh manusia.

        Iradah Allah spt yg disebutkan oleh ulama Islam
terjelma dlm 2 bentuk ..kita kena faham..'sifat'
iradah Allah hanya satu tetapi bentuk iradah tersebut
2..atau dgn lain perkataan..cara Allah swt
tajalli(memperkenalkan) iradahNya di alam maya
ini..2..iaitu a)iradah kauniah b)iradah syari'yyah

        Kita akan bincangkan yg pertama shj..cthnnya tepuk
tangan akan mengeluarkan bunyi..'penciptaan bunyi' yg
melazimi dgn berlaku tepukan itu adalah iradah Allah
swt..sedangkan Allah swt boleh mencipta bunyi pd bila2
masa pun..tapi Dia mencipta bunyi apabila kita menepuk
tangan..begitu juga Allah swt mencipta kenyang apabila
nasi dimasukkan ke dlm perut..sedangkan Dia boleh
cipta kenyang tanpa makan..para wali Allah swt minum
air zam2 je..tapi kenyang sampai berbulan2..krn sebab
musabab ini berbentuk adat..hukum adat..jauh sekali
bersifat zati atau pun maddi...bersambung

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mohd adib <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke