Assa lamualaikum warahmatullah
 
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W
 
Dua tiga hari lepas saya ada hantarkan e-mail berhubung dengan isu Pemuda Bani Tamim.Tak sangka dapat maklum balas yang agak memberangsangkan daripada para netters semua.Tak kurang juga yang menyangkal terus akan kemunculan Pemuda Bani Tamim ini.Walau apa pun saya berharap agar perbincangan itu dapat memberi manfaat untuk kita semua dan umat islam umumnya.
 
Sebenarnya saya rasa terpanggil untuk mengutarakan isu ini setelah membaca buku 'Malaysia Daulah Pemuda Bani Tamim' karangan Dr.Ahmad Fauzi Abdul Hamid.Buku beliau saya kira diterbitkan tepat pada masanya,ketika mana kebanyakan kita hampir melupakan isu Pemuda Bani Tamim  ini.Kajian peribadi saya tentang isu ini sudah agak lama dan sekarang ini sudah hampir-hampir terjawab.Saya kira tidak menjadi satu kesalahan jika diutarakan di sini.
Kalau boleh kita cuba mengambil nama beberapa individu yang memimpin jemaah islam untuk dibincangkan di ruangan ini.Antaranya ialah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Ustaz Ashaari Muhammad,Tuan Guru Hj.Nik Abd.Azizi Nikmat dan Ustaz Harun Din .Mereka ini boleh dikatakan mempunyai kepimpinan yang menonjol dan mempunyai pengaruh yang agak ramai.
 
Diantara keempat-empat orang tokoh ini saya kira dari segi peratus kelayakannya menyebelahi Ustaz Ashaari Muhammad.Sebabnya saya berpandangan begitu  berdasarkan keupayaan beliau memimpin jemaahnya sehingga keseluruh dunia dan sekarang ini kegiatan di luar Malaysia semakin aktif.Kalau dilihat dari segi kekuatan ekonomi jemaah ini amat memberangsangkan.Berbeza dengan keupayaan jemaah-jemaah lain yang berkisar di dalam negara sahaja.
 
Banyak cerita-cerita yang menyatakan beliau mempunyai karamah.Walaupun cerita-cerita itu tidak dapat dipastikan kesahihannya namun sedikit sebanyak dapat dijadikan sebagai penguatnya.Hj Abdurrahman Wahid (Gus Dur) umpamanya datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan Ustaz Ashaari Muhammad sebelum beliau dilantik menjadi Presiden.Ini menunjukkan pengiktirafan kepada Ustaz Ashaari dan mungkin Presiden Gus Dur mempunyai pandangannya yang tersendiri berhubung dengan isu kebangkitan islam ini.Walaubagaimanapun secara logiknya keupayaan Ustaz Ashaari untuk memenuhi tuntutan ini agak terbatas memandangkan keadaan kesihatan beliau dan kawalan ketat dari pihak berkuasa.
 
Terdapat banyak lagi kemungkinan-kemungkinan lain yang diluar jangkaun manusia.Mungkin juga terdapat individu-individu lain yang lebih layak untuk memegang gelaran 'Pemuda Bani Tamim '.Walau apa pun perbincangan ini mesti dibuat atas dasar ikhlas kepada Allah dan jauhkan daripada kepentingan peribadi.
 
Setelah kita memperolehi jawapannya kita mesti berbaiah dengan Insan yang dijanjikan Allah ini.Moga-moga pandangan yang sedikit ini dapat menghasilkan kebaikan untuk semua.
 
 
Sekian Wassalam
 
Ibnu_Ghazali
 
----- Original Message -----
From: zuljehri
Sent: Thursday, December 23, 1999 8:20 AM
Subject: Re: [islah-net] Re: H-Net* BERITA TERKINI....... MESTI BACA

    Assalamualaikum,
    Saya baru habis baca buku  "Malaysia Daulah Pemuda Bani Tamin : Rahsia Keagungan Ummah", antara pandagan yang menarik dan  bahan berfikir pada muka surat 153 - Pemuda Bani Tamin : Siapa Pun Boleh.
    ".........Andainya ada di kalangan masyarakat Islam yang meletakkan kemungkinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Pemuda Bani Tamin pun tidak salah kerana selain daripada beliau adalah ulama, Tuan Guru agak warak, beliau juga Mursyidul Am PAS dan memimpin sebuah negeri di Pantai Timur. Boleh jadi juga negeri itu menjadi tapak kepada daulah iaitu Malaysia.
    Terdapat pula pihak lain yang mungkin tidak bersetuju dikatakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Pemuda Bani Tamin kerana beliau orang tua..........."
    "Berbagai kemungkinan itu boleh saja diandaikan oleh siapa dan kepada siapa saja kerana Pemuda Bani Tamin yang sebenarnya belum muncul lagi".
 
.....buku hasil kajian ilmiah Dr. Ahmad Fauzi Abdul Hamid, B.A (Oxford-1992), M.A(Leeds-1994), Ph.D (Newcastle upon Tyne 1998). Keluaran Abuku Hebat Sdn. Bhd. 1999.
----- Original Message -----
From: Zakki
Sent: Wednesday, December 22, 1999 1:50 AM
Subject: [islah-net] Re: H-Net* BERITA TERKINI....... MESTI BACA

Haram di sisi manusia tidak sama dengan Haram di sisi Allah.
Haram di sisi manusia bersifat sementara, bisa berubah mengikut selesa dan bertukar ganti, manakala haram di sisi Allah bersifat mutlak, milik Allah yang hakiki.
Haram di sisi manusia belum tentu Haram di sisi Allah.
Sedangkan yang mengharamkannya tunggu masa untuk terkubur, yang menyokongnya tidak sampai kemana..... kita sama-sama bisa tunggu dan lihat.
Soal terpedaya tidak timbul, tidak ada siapa yang terpedaya.  Cuba-cubalah kenali diri, cuba-cubalah mencari dan mengkaji, cuba-cubalah merenung dan memahami, dan cuba-cubalah bawa bertenang dan menggunakan fikiran dan nikmat Allah yang di beri kepada kita iaitu "otak" (Akal) untuk kita berfikir...berfikir dan terus berfikir, dan cuba-cubalah bertanya,......kenapa Allah jadikan peristiwa begini dan begitu.....
Bukankah "tiap sesuatu itu di iringi dengan sebab-musabab"
Bukankah "tiap sesuatu itu berkembar / berpasangan"
Bukankah "tiap sesuatu itu mempunyai tanda"

Wasalam
........
Dr.Syed Badaruddin wrote:

  Assalamualikum,             Bani Tamim yang tuan maksudkan ialah Ustaz Ashaari Muhammad,pemimpin Al-Arqam yang telah pun diharamkan di Malaysia....Saya syak ini adalah satu lagi propaganda untuk cuba menghalalkan Al-Arqam.Jangan terpedaya.   
-----Original Message-----
From: Ibnu_Ghazali <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Tuesday, December 21, 1999 7:26 AM
Subject: H-Net* BERITA TERKINI....... MESTI BACAAssalamualaikum warahmatullah. Saudara saudari yang saya hormati sekelian.Saya sekarang ini tertanya-tanya apakah benar saat kejatuhan Dr.Mahathir semakin hampir?.Saya mempunyai keyakinan 99% akan kejatuhannya. MALAYSIA  AKAN  DIPERINTAH OLEH PEMUDA BANI TAMIM?????? SIAPAKAH DIA???????? PM SELEPAS INI ADALAH TUN GHAFFAR BABA?????? DAN BERBAGAI ?????????? LAGI????? Persiapkan diri kita untuk bersama-sama menjadikan Malaysia tapak Ummah kedua!!!!!!! Perbaiki diri masing-masing .Buangkan sifat-sifat mazmumah dan gantikan dengan sifat-sifat mahmudah. Untuk menambahkan keyakinan anda cuba lawati laman web ini www.kebenaran.com 
 

Reply via email to