*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya telah melawat ke website yang dinyatakan.  Saya tidak baca secara
keseluruhannya kerana mana-mana penerbitan Al-Arwam mempunyai
sifat-sifat yang sama - terlalu memuji Ustaz Ashaari secara
berlebih-lebihan.  Maafkan saya kerana terpaksa menyatakan perkara ini.
 Saya pernah cuba mendekati Al-Arqam pada permulaan mendapat kesedaran.
 Perkara-perkara lain tak perlulah saya sentuh, tapi kebanyakan
ahli-ahli Al-Arqam terlalu memuji-muji abuya terlalu berlebihan
sehingga saya yang masih baru ini rasa macam tak kena.  Saya terbaca
dalam salah satu artikel penerbitan Al-Arqam yang menyebut seorang
penulis yang baik adalah seorang yang mampu menaikkan pemimpinnya.

Memang tak dinafikan jasa Ustaz Ashaari terhadap kemajuan Islam,
seperti kami tidak menafikan jasa Mahathir, dan kami juga ada mendengar
cerita-cerita kewalian Tuan Guru Nik Aziz.  Tapi perkara tersebut
didiamkan kerana tidak mahu dihebohkan.

Saya suka Al-Arqam.  Ingat lagi majallah-majallah Al-Arqam? 
Barang-barang makanan keluaran Al-Arqam?  Kicap, mee, cili sos, bihun. 
Semuanya kita gunakan tanpa was-was.  Kebanyakan kumpulan nasyid
sekarang dari Al-Arqam spt Raihan (dulu the Zikr).  Penyanyi Arqam yang
paling famous ialah Asri.  Sekarang boleh dengar dia mengumandangkan
azan dalam TV.  Tapi saya tak boleh masuk ke dalam Al-Arqam.  Tersekat.
 Tak ada orang yang menghalang, tapi saya terhalang.

Apalah Arqam tanpa Ustaz Ashaari.  Tapi mata saya tak sejuk
memandangnya.  Tisak seperti ketika saya memandang Ustaz Nik Aziz. 
Saya pandang dia sebagai seorang ayah.  Dan saya pandang Ustaz Hadi
sebagai pemimpin.  Dari dulu lagi, sejak 12 tahun yang lepas.

Saya baca artikel dari website berkenaan tentang keadaan di Malaysia. 
Ditengah-tengah pembacan saya tersenyum kerana saya dapat rasakan
penulis sebenarnya kurang memahami keadaan politik di Malaysia.  Kata
penulis Malaysia memerlukan seorang Gus Dur Malaysia yang boleh menjadi
orang tengah.  Ya mungkin kita memerlukan orang tengah, tapi bukan
ciplakan Gus Dur kerana banyak cerita yang kurang menyenangkan telah
didengar tentang Gus Dur.  

Sejak beliau memenangi jawatan Presiden Indonesia lagi orang dirumah
telah berkata "I heard there is something wrong with Gus Dur.  Even
thou he is the head for Nahdatul Ulama', but he is not a real ulamak. 
Wait and see."  Dan TV menayangkan gambar anak-anak perempuannya tidak
menutup kepala.

Saya tidak mengatakan bahawa orang-orang yang menutup kepala ialah
orang yang baik-baik, tapi perkara yang diwajibkan oleh Allah adalah
perkara yang wajib dipatuhi oleh setiap insan bergelar Muslim.  Jika
ingkar perintah Allah, maka dia telah menderhaka pada perintah Allah. 
Sebagai seorang ayah wajib dia mengajar anak-anaknya true Islam. 
Mungkin dia berhikmah dalam pertuturan dan perbincangan tapi kriteria
seorang islam yang baik tidak ditentukan oleh communication skill
semata-mata.

Artikel tersebut menyatakan orang yang dihormati oleh semua golongan di
malaysia ialah Ghaffar Baba kerana beliau seorang yang warak dan rajin
melakukan amal-ibadat.  Saya pasti ramai yang ketawa.  Orang-orang PAS
tak pandang sebelah matapun pada Ghaffar Baba.  Mana mungkin beliau
boleh menjadi orang perantaraan antara dua belah pihak.  Saya tak tahu
apa tanggapan dan pandangan orang UM** terhadap beliau.  Ini kena tanya
Darwis Imam Perang.

Pada satu artikel ini saja saya rasa penulis hanya menulis berdasarkan
pendapat rekaan sendiri, mana mungkin saya terus membaca artikel-atikel
lain dalam website tersebut.

Nak tanya satu perkara, [EMAIL PROTECTED] ni mailing list mana? 
Jika ia adalah mailing list Hizbi-Muslimat Net iaitu adik kepada
Hizbi-Net, maka alamat tersebut adalah salah.  Jika ia bukan HMN, boleh
tolong ceritakan sedikit tentang mailing list berkenaan?

Sekian



--- Ibnu_Ghazali <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Assa lamualaikum warahmatullah
> 
> Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W
> 
> Dua tiga hari lepas saya ada hantarkan e-mail berhubung dengan isu
> Pemuda Bani Tamim.Tak sangka dapat maklum balas yang agak
> memberangsangkan daripada para netters semua.Tak kurang juga yang
> menyangkal terus akan kemunculan Pemuda Bani Tamim ini.Walau apa pun
> saya berharap agar perbincangan itu dapat memberi manfaat untuk kita
> semua dan umat islam umumnya.
> 
> Sebenarnya saya rasa terpanggil untuk mengutarakan isu ini setelah
> membaca buku 'Malaysia Daulah Pemuda Bani Tamim' karangan Dr.Ahmad
> Fauzi Abdul Hamid.Buku beliau saya kira diterbitkan tepat pada
> masanya,ketika mana kebanyakan kita hampir melupakan isu Pemuda Bani
> Tamim  ini.Kajian peribadi saya tentang isu ini sudah agak lama dan
> sekarang ini sudah hampir-hampir terjawab.Saya kira tidak menjadi
> satu kesalahan jika diutarakan di sini.
> Kalau boleh kita cuba mengambil nama beberapa individu yang memimpin
> jemaah islam untuk dibincangkan di ruangan ini.Antaranya ialah Tuan
> Guru Haji Abdul Hadi Awang,Ustaz Ashaari Muhammad,Tuan Guru Hj.Nik
> Abd.Azizi Nikmat dan Ustaz Harun Din .Mereka ini boleh dikatakan
> mempunyai kepimpinan yang menonjol dan mempunyai pengaruh yang agak
> ramai.
> 
> Diantara keempat-empat orang tokoh ini saya kira dari segi peratus
> kelayakannya menyebelahi Ustaz Ashaari Muhammad.Sebabnya saya
> berpandangan begitu  berdasarkan keupayaan beliau memimpin jemaahnya
> sehingga keseluruh dunia dan sekarang ini kegiatan di luar Malaysia
> semakin aktif.Kalau dilihat dari segi kekuatan ekonomi jemaah ini
> amat memberangsangkan.Berbeza dengan keupayaan jemaah-jemaah lain
> yang berkisar di dalam negara sahaja.
> 
> Banyak cerita-cerita yang menyatakan beliau mempunyai
> karamah.Walaupun cerita-cerita itu tidak dapat dipastikan
> kesahihannya namun sedikit sebanyak dapat dijadikan sebagai
> penguatnya.Hj Abdurrahman Wahid (Gus Dur) umpamanya datang ke
> Malaysia untuk berjumpa dengan Ustaz Ashaari Muhammad sebelum beliau
> dilantik menjadi Presiden.Ini menunjukkan pengiktirafan kepada Ustaz
> Ashaari dan mungkin Presiden Gus Dur mempunyai pandangannya yang
> tersendiri berhubung dengan isu kebangkitan islam
> ini.Walaubagaimanapun secara logiknya keupayaan Ustaz Ashaari untuk
> memenuhi tuntutan ini agak terbatas memandangkan keadaan kesihatan
> beliau dan kawalan ketat dari pihak berkuasa.
> 
> Terdapat banyak lagi kemungkinan-kemungkinan lain yang diluar
> jangkaun manusia.Mungkin juga terdapat individu-individu lain yang
> lebih layak untuk memegang gelaran 'Pemuda Bani Tamim '.Walau apa pun
> perbincangan ini mesti dibuat atas dasar ikhlas kepada Allah dan
> jauhkan daripada kepentingan peribadi.
> 
> Setelah kita memperolehi jawapannya kita mesti berbaiah dengan Insan
> yang dijanjikan Allah ini.Moga-moga pandangan yang sedikit ini dapat
> menghasilkan kebaikan untuk semua.
> 
> 
> Sekian Wassalam
> 
> Ibnu_Ghazali
> 
_________________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.com address at http://mail.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke