*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Para netters sekalian, terpanggil saya untuk turut serta dalam perbincangan 
mengenai Pemuda Bani Tamim ini.  Antara sebabnya, saya berpendapat persoalan 
Pemuda Bani Tamim ini perlu kepada penjelasan berdasarkan hadis dan 
fakta-fakta semasa seperti yang disebut di dalam hadis.
Oleh kerana persoalan ini berkaitan dengan perkhabaran awal melalui hadis 
Rasulullah SAW, ia bukanlah satu perkara yang boleh di jadikan bahan untuk 
'sakat menyakat' kerana perbuatan itu amat tidak beradab dengan Rasulullah 
SAW.
Perbincangan seumpama ini juga amat memerlukan keterbukaan di segi akal dan 
jiwa, perlu dijauhkan dari bersikap emosi yang sering dipengaruhi oleh hawa 
nafsu. Ia juga perlu dilihat dari pelbagai sudut yang berkaitan.
Saya mengucapkan tahniah kepada penulis buku "Malaysia Daulah Pemuda Bani 
Tamim: Rahsia Keagungan Ummah" (Dr. Fauzi Abdul Hamid, USM) yang telah 
berjaya mengupas permasalahan ini dengan begitu baik, serta menyentuh 
berbagai aspek berkaitan yang perlu. Malah kalau tidak silap saya beliau 
mendapat ijazah PhD itupun melalui thesis yang berkaitan perkara ini.
Antaranya beliau telah menyebut tentang perkhabaran dari Rasulullah SAW 
berkaitan Pemuda Bani Tamim, tempat perjuangannya, situasi ketika zahirnya, 
masa kezahirannya serta watak pendokong perjuangannya. Yang paling menarik, 
segala kupasan itu diakhiri dengan "Siapa pun boleh" jadi Pemuda Bani Tamim 
apabila dapat menepati syarat dan sifat-sifatnya.
Inilah yang dimaksudkan keterbukaan yang amat perlu dalam perbincangan ini.
Saya mengesyorkan kepada saudara/i yang ingin turut serta dalam forum ini, 
eloklah membaca buku tersebut terlebih dahulu, agar perbincangan ini tidak 
terasa berat.
Bagi saya sendiri, InsyaAllah saya akan sertakan beberapa hasil kajian yang 
releven dengan tajuk di atas.
Ada netters yang telah menyebut secara khusus, Ustaz Ashaari Muhammad, 
Pemimpin Al Arqam yang dimaksudkan sebagai Pemuda Bani Tamim itu. Itupun 
tidak salah jika bertepatan dengan apa yang diisyaratkan hadis. Namun 
sebelum kita membuat "serkap jarang" sedemikian sehingga menutup pintu 
perbincangan, eloklah kita teliti dahulu ilmu berkenaan persoalan Pemuda 
Bani Tamim itu sendiri.
Setelah puas berbincang dengan penuh beradab dan mengikut disiplin ilmu, 
barulah kita tentukan siapakah yang layak untuk jawatan dari Allah itu, yang 
bakal memimpin umat ini menuju ke arah kegemilangan Islam kali kedua (juga 
seperti yang disebut di dalam hadis). Dan apabila kita meyakini demikian, 
wajiblah kita berbaiah dengan pemimpin itu.
KepadaMu ya Allah, semoga perbincangan hamba-hambaMu yang dhaif dan berdosa 
ini Engkau pimpin, agar ilmu yang diperolehi menjadi ilmu yang bermanfaat, 
jauh dari huzuzunnafsi (niat kepentingan diri), jauh dari mujadalah dan 
perbalahan. Jadikanlah perbincangan ini jalan membantu mempercepatkan 
kegemilangan Islam kali kedua seperti janjiMu melalui lidah NabiMu.

Arjuna Armada


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke