*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Amboi2 hangpa hentam orang gomen noh...takpa2 ijinkan
teman jawab. Mengikut perkiraan teman, orang gomen jadi
lagu tu sebab:

SISTEM: Sistem gaji, reward, kemudahan, dsbnya membuat
kan mereka jadi macam tu. Oleh kerana dah terlalu lama
dalam duduk dalam sistem macam tu, ia membentuk satu
macam punya gaya kerja seperti; take it easy, no hurry,
I have all the time in the world, etc etc...  Namun
demikian ada usaha untuk merobah sistem tu dengan
menampilkan sistem merit (yang tak senang nak dijalan
kan) atau tangga gaji baru misalnya.  Tetapi, oleh
kerana gaya kerja lama dah jadi amalan dan adat,
bukanlah senang nak berubah sekali gus.

SEMUA MEREKAKAH?: Benarkah majoritinya kerja macam yang
hangpa dok kata dua tiga hari ni? Pendapat temanlah,
mungkin ada benarnya. Tapi tak dapat dinafikan yang
kerja cukup bagus pun ramai juga. Pernah sekali teman
talipun LHDN, sorang pegawai tu suruh teman tunggu
ditalipun sambil dihiburkan dengan muzik lebih suku
jam. Lepas tu teman letak talipun dan dail semula. 
Orang lain jawab...apa lagi teman semburlah sikit. Tapi
yang kedua ni cukup punya halus bahasanya dan cekap
tindakannya. Dan satu lagi ciri2 yang tak berapa teman
gemor ialah, kalau berurusan dengan pejabat gomen, 
kalau nak satu perkara tu berlaku, kena banyak buat
follow-up dan pushing. Kalau tidak berhabuklah file tu.
Pengalaman ini teman dapat dari pejabat tanah dan
dewan bandaraya. EPF pulak...berapa kali teman kena
ulang-alik sebelum duit dapat dikeluarkan untuk bayar
rumah. 

SWASTA?: Apakah khidmat orang gomen saja yang tak
memuaskan. Swasta semua cekap ke? Tu yang banyak orang
dok komplen pasal duit hilang dari ATM tu. Itu kerja
puak2 bank swastalah tu. Satu contoh, IWK misalnya,
pegang duit teman lebih RM200 tanpa dipulangkan. Depa
tolak sikit2 untuk bayaran bulanan sampailah habis. 
Patutnya, dah tau itu duit orang, pulangkanlah tanpa
diminta. 

POKOKNYA: Kalau benihnya baik, tanahnya subur, lumayan
lah hasil pokok tu. Tapi kalau benihnya baik, tanahnya
gersang, hasilnya pun menyedihkanlah. Kalau individu
cukup baguih, tapi sistemnya lousy, lamo2 terpeliouk
juga beliau. Bak kata orang, you give peanuts you get
monkey. Sebaliknya kalau tanahnya subur, benihnya baka
sakit, mana nak dapat pokok yang kuat. Bagilah bonus
berganda dan increment gila ke, berlakun-rajinlah
kerjanya. Pokoknya, INDIVIDU dan SISTEM kena dua2
saling sokong-menyokong.       

Sekian.

 ---- you wrote: 
> Saya ni pensyarah...orang kerajaan la kira....tapi
> taklah perangai macam tu....saya rasa dia orang jadi 
> gitu sebab tekanan hidup atau memang biul betul...
> kadang-kadang heran saya....kerani kerani ni terover
> lebih dari boss dia.....dulu abang saya masuk
> hospital...accident...koma...mak saya dah dua 
> malam menunggu....yang sebenarnya, orang menunggu
> memamh dihadkan sorang sahaja...tapi saya ni kesian 
> kat mak saya dah tua, ada penyakit pulak tu...so saya
> dan mak saya pun, nak naik tingkat atas kat 
(deleted)

> >From: "sa ha" <[EMAIL PROTECTED]>
> >A'kum..
> Saya membaca banyak dah complain dari sahabat-
> sahabat.... boleh buat buku pengaduan.
> >
> Sekarang saya berharap ader antara kita , terselit-
> selit orang kerajaan yang membaca tajuk ini...
> >
> Sila jawab persoalan ini.....wahai orang kerajaan!


-----------------------------------------------------
Get free email from CMP at http://www.cmpnetmail.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke