*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Persoalan.....
Malaysia sudah lebih 40 tahun diperintah oleh BN/UMNO,
apa kah usha mereka (UMNO) yang mengaku memperjuangkan
agama,bangsa dan negara selama ini bagi menangani
masaalah ini ????? Apa yang kita lihat selama ini,
Pusat Islam yang di pimpin oleh Hamid Osman cuba
sedaya upaya untuk menutup kes ini dan menipu rakyat
Islam di negara ini.
Adakah kita masih memberi sokongan yang padu kpd.
UMNO/BN setelah kita lihat banyak kemungkaran dan
fasad yang mereka lakukan ????? Bagi orang-orang yang
berakal sempurna, UMNO bukan lah pilihan di
hati.......
--- Imam B <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
> Dipetik dari [EMAIL PROTECTED]>>>
> ---------------------------------------------
>
>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: [sassian8488] Kes Murtad Hartina Kamruddin
> & Sengsara Ayahnya
>
> Assalamualaikum kawan2, jikalau cerita ini tidak
> menyentuh hati kita untuk berbuat sesuatu, saya
> tidak tahu cerita apakah yang boleh menginsafkan
> kita. Tidak cukupkah Islam dihina sebegitu rupa di
> tanahair yg majoritinya Islam. Sila contact
> pengirim pertama untuk mengetahui sumbernya.
> ==============================================
>
> Writer: husin
> Subject : Kes Hartina Kamarudin
>
> Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar
> awal tahun 1996 lagi. Bagi mengetahui hal sebenar ,
> pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya, Encik
> Kamaruddin Abdul Karim , abang sepupunya En Borhan
> Abd. Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang
> sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut.
> Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu
> ditemubual atas sebab peribadi .Berikut adalah
> penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu
> banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan
> anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.
>
> Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak.
> Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat
> rendah dan menengah di Anglo Chinese School
> (A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua
> daripada empat beradik.Yang pertama meninggal
> ketika berusia 15 hari ,kedua Hartina , ketiga
> Azliza (17 tahun) dan keempat Syukur Yazit (16
> tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan
> Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini
> salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan.
> Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh
> iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja,
> maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah
> merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang
> memang menyedihkan.
>
> Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah
> kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun
> kemudian. Kehadiran Hartina mengubah hidup kami,
> kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah
> "bagai menatang minyak yang penuh". Di sebabkan
> sewaktu itu hanya dia seorang anak kami , segala
> permintaannya kami penuhi. Setelah tamat sekolah,
> dia mengikuti kursus komputer di Kampar. Tidak lama
> kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank
> Jalan Klang Lama Kuala Lumpur.
>
> Pada tahun 1993 dia bertukar ke MayBank, juga
> terletak di Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama
> kami berjauhan dengannya. Untuk kemudahannya saya
> telah membelikan sebuah rumah untuknya yang
> terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama
> rakan-rakannya di rumah itu. Bermula dari situ
> perhubungan keluarga
> kami mula renggang kerana kami sudah tinggal
> berasingan. Walaupun begitu kami sering
> menziarahinya di Kuala Lumpur.
>
> Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama
> isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur kerana
> kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami
> menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996)
> dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan
> pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate
> (En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak)
> , jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada
> tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu
> pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami
> dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia
> belum pulang dari kerja. Kebetulan saya memang Ada
> kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam
> rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang
> bersama seorang lelak India. Dia terkejut melihat
> kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana
> tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki.
> Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang
> dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang
> kawan, saya kata kalau ada kaw!
> an lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat
> keadaannya, baru terlintas di fikiran saya kawan
> yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut.
> Walaupun kami datang setiap bulan ,kami tidak dapat
> menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri
> menyembunyikannya dari pengetahuan kami.
>
> Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa
> yang kamu bawa ini?" Baru kami tahu hal
> sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya
> . Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki
> India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika
> benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus
> menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah
> bertarikh 1 September 1995 yang mengatakakan bahawa
> dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi,
> telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran
> dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh
> 24 Mac 1996 . Saya mempertikaikan surat sumpah
> tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa)
> boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon
> tanpa meneliti terlebih dahulu.
>
> Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang
> menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam,
> ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang zaman
> tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik
> dengan ajaran Islam, sepanjang zaman
> persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa
> mengenai
> Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada
> kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara
> ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India
> itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina
> dan tinggal di Mambang di Awan, Kampar. Memanglah
> di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya
> tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman
> sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki.
> Kami juga baru tahu si lelaki itu bekerja di
> Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah
> lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak
> dapat menghidu langsung perhubungan mereka.
>
> Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur
> ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat hidu.
> Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu
> pada 21 Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami
> sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna
> ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India
> itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana
> kami tidak mengetahuinya langsung?.
>
> Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung
> dengan mereka pada 6.00 petang, kami telah
> berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30
> malam. Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap
> dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya
> dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia
> mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.
> Tidak lama kemudian seorang demi seorang
> kawan-kawannya tiba di rumah itu . Mereka sudah
> ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang
> menghairankan saya Hartina ketika itu membisu
> sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam
> tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang
> mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama
> Islam.
>
> Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah
> menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny
> Rajeswaran. Dalam peraturan perkahwinan India ,
> seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh
> Berkahwin dengan lelaki India. Oleh sebab itu
> Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian
> baru membuat pendaftaran perkahwinan. Saya yang
> tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac 1996
> untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi
> pada 2 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan
> telah di buat pada 24 Mac 1996 ini bermakna saya
> telah terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina
> sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi
> isteri orang.
>
> Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut ,baru
> lelaki itu berani menunjukkan segala
> dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya,
> saya terkejut, jantung saya berdegup. Saya sebelum
> ini memang ada penyakit jantung. Ditambah dengan
> kejadian hari itu saya benar-benar terkejut. Saya
> bersama isteri berpandangan sendiri. Apa yang boleh
> kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja.
>
> Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami
> membuat laporan polis.Kami terus ke balai polis
> berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu
> tidak diterima kerana polis mengatakan yang
> perkahwinan
=== message truncated ===
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: nukman naufal <[EMAIL PROTECTED]>