Assalamualaikum warahmatullah,

Sani Norku wrote:

Assalamualaikum wbt,
 
 

1. “Sentiasalah umatku itu di atas fitrah (tabiat)
ugama Islam selama mereka memakai serban di atas
songkok” [Riwayat Imam ad-Dailami]

2. “Perbezaan antara kita (umat Islam) dgn org musyrik
ialah memakai serban di atas songkok,” [Riwayat Abu
Dawud]

----------------------
Hadith ini (no.2) tidak tersenarai dalam kumpulan hadith Abu Dawud. Diharapkan saudara Sani dapat memberikan sanad serta perawi hadith tersebut.
 

3. Nabi saw suatu hari (hari Ghadir Khum) telah
memanggil Saidina Ali krw dan memakaikannya serban yg
mempunyai ekor diantara dua belikat, kemudian baginda
bersabda:
“Macam inilah kamu memakai serban, kerana serban itu
sebagai lambang (tanda/syiar) Islam dan serban juga yg
membezakan diantara org Islam dgn org musyrik,”
[riwayat Imam Abu Naim]
 

4. “Serban itu ketenangan org mukmin dan kemenangan
org Arab (Islam). Apabila org Arab membuang serban
mereka, maka bererti mereka telah membuang kemuliaan
dan kemenangan mereka,” [riwayat Ibnu Laal dan sanad
oleh daripada sahabat Amran bin Hussin]

----------------
Hadis di atas (sanad Ibnu Laal dari Ibn Hussin) sanadnya terputus.

    5. “Serban itu mahkota org Arab (Islam), apabila
    mereka menanggallkan serban bererti mereka telah
    menanggalkan kemuliaan dan kemenangan mereka,”
    [riwayat Ad Dailami]
----------------
Tiga hadith ini (no. 3, no.4 dan no.5)adalah hadith maudhu' dipertikaikan oleh kebanyakan ulamak hadith. Dan maknanya juga amat pelik Kita semua tahu sebelum kedatangan Islam orang arab telah memakai serban. Tetapi mereka berada dalam kehinaan. Ini dapat  dirujuk kepada atsar Umar Al-Khattab yang mashyur:
"Allah telah memuliakan kita dengan Islam dan sekiranya mencari kemuliaan daripada Islam, maka nescaya akan dicampakkan kehinaan."

Kemuliaan orang arab bukan kerana serban tetapi kerana Islam. Hinanya orang arab bukan kerana serban tetapi meninggalkan Islam.

Tujuan saya menulis ini bukanlah hendak mempertikaikan serban atau jubah. Tetapi mempertikaikan maksud hadith yang jelas bertentangan. Ini kerana terdapat banyak hadith maudhu' mengenai serban. Serban dan jubah adalah sunnah uruf dan bukan sunnah ibadah.Sunnah uruf kalau dilakukan mendapat pahala. Kalau tidak buat, tidak menjejaskan aqidah dan ibadah. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghina sunnah uruf dan ini boleh menyebabkan aqidah terjejas.

Sesungguhnya menurut kajian para ahli dan pentahqiq hadith, tidak ada satupun hadith yang sahih mahupun hassan mengenai KEUTAMAAN/KELEBIHAN memakai serban melainkan disebut di dalam hadith-hadith bahawa Rasulullah memakainya.Dan sifat hadith-hadith yang disebutkan di atas bertentangan dengan hadith mutawatir yang lain.

Ciri-ciri utama pakaian Rasulullah S.A.W ialah menutup aurat, tidak bermegah-megah, tidak tasyabbuh (menyerupai) pakaian agama lain disertai dengan iman, ihsan dan taqwa. Itulah pakaian Islam. Tidak tertakhluk kepada jubah atau serban sahaja.

Wallahua'lam

 
 

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke