*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bila ada golongan yang berusaha untuk menegakkan undang-undang Allah swt,
puak-puak BN ni dok tentang/halang habis-habisan dengan berbagai usaha,
bermacam-macam dalih, ugutan, menanam perasaan takut pada perlaksanaan
undang-undang Allah pada hati rakyat, menggunakan 'ular dalam semak' depa
untuk menghalalkan dan menyokong tindakan dan usaha depa.

Tapi bila nak halang kemungkaran yang terang dan nyata begini, depa tak
boleh halang. Kenapa puak-puak depa ni tak cuba halang dari mula, sebelum
puak-puak kufar ni dapat permit untuk program, sebelum puak-puak ni dapat
permit nak buat iklan, dll???

Yang sepatutnya ditegakkan depa halang, yang sepatutnya ditegah mereka
biarkan...
Beginilah nampaknya perjuangan BN (amar mungkar nahi ma'ruf)!!!
Penyokong-penyokong dan pengundi-pengundi BN ni pun dapat saham maksiat
percuma!!!

Dan mana perginya ulamak-ulamak depa ni???
Bukankah ini antara tanggungjawab depa?
Tampak sangatlah mereka-meraka ini contoh yang terang dan nyata
ulamak-ulamak yang berkepentingan!!!

-----Original Message-----
From: Mohd Zaed [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Friday, 31 December, 1999 4:02 PM
To: Haslim, Hassan
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Kerajaan BN Tidak Boleh Halang Pesta Haram!


a'kum wbt,
perkara-perkara ni seperti'domino theory'. kenyataan beliau,langsung tidak
mencerminkan negara Malaysia  yang dicanangkan sebagai negara Islam yg
meemperjuangkan nasib Palestin, Kosovo,Chenchya,Albania dan org.-org Islam
di
serata dunia.
dari segi ekonomi, kerajaan mendapat cukai berlipatganda dari pertunjukkan
yg
tak mendatangkan apa-apa faedah dan keseronokkannya adalah sementara. ,
kerajaan
seharusnya secara Macro memainkan peranan sebagai seorang Bapa, jika seorang
bapa telah mengambil jalan mudah dlm. menangani masaalah seperti ni, jadi
dimanakan tanda hormatnya dan patuhnya para penduduk malaysia untuk memahami
ugama Islam sebagai 'a way of life'.
iman yg di didik dan diasuh di rumah, akan terhakis jua jika BAPA sendiri
merelakan 'zina' di lakukan secara terbuka. anak-anak muda mudah terkeliru
dan
hanyut . bila dirumah, ibubapa begitu menekankan fahaman dan didikan ISLAM.
tapi
diluar rumah,mereka keliru, keliru dan seterusnya jasad dan roh mereka terus
terkeliru.

wassalam.

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Jangan bertindak liar sambut alaf baru
> PUTRAJAYA 30 Dis. - Kerajaan tidak boleh menghalang rakyat untuk
mengadakan
> pesta menyambut ketibaan alaf baru kerana mereka berhak berbuat demikian
> selagi tidak bertindak liar atau melakukan perkara-perkara yang tidak
> diingini.
> Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata,
kerajaan
> juga tidak boleh mengharamkan atau membatalkan serta-merta pesta yang
> dijadualkan akan diadakan pada sebelah malam Jumaat itu kerana bimbang
akan
> timbul masalah lain pula.
> ''Kita nak halang macam mana. Nak batalkannya?
> ''Ada orang yang dah bayar duit awal-awal lagi. Kalau kita halang mungkin
> jadi lebih buruk lagi dan mereka tentu tidak endah,'' katanya kepada
> pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai
> Barang-Barang Perlu di sini hari ini.
> Beliau diminta mengulas desakan beberapa ahli Dewan Negara semalam yang
mahu
> kerajaan mengambil tindakan segera membendung penganjuran pesta secara
> besaran-besaran sempena menyambut ketibaan alaf baru.
> Pesta anjuran pihak-pihak tertentu itu dikatakan bertentangan dengan
> sensitiviti umat Islam yang sedang berada dalam bulan Ramadan selain boleh
> menyebabkan kerajaan dituduh sebagai tidak Islamik.
> Senator Zainuddin Maidin misalnya, ketika berucap membahaskan Rang
> Undang-Undang Perbekalan Tambahan 1999 telah menarik perhatian Dewan
Negara
> kepada gambar muka satu New Straits Times keluaran 27 Disember lalu yang
> menunjukkan anak-anak muda berbaris sejak pukul 4 pagi di hadapan Hard
Rock
> Cafe Kuala Lumpur untuk mendapatkan tiket percuma ke Salem Cool Planet
> Millennium Party di Terminal Satu, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
Shah,
> Subang.
> Beliau mempertikaikan cara promosi sambutan itu diadakan yang didakwanya
> langsung tidak menggambarkan cara Malaysia, sebaliknya seolah-olah hendak
> menyertai budaya sambutan seperti di negara barat.
> Zainuddin memberitahu, syarikat Salem jelas mempunyai agenda tersendiri
> terutama dalam menjalankan subversif menerusi iklan.
> Menurut beliau, jika perkara tersebut dibiarkan akibat buruk akan terpaksa
> ditanggung oleh kerajaan.
> Mengulas lanjut, Abdullah berkata, kerajaan tidak terbabit dalam
> menganjurkan pesta yang diadakan itu, sebaliknya ia diatur oleh
pihak-pihak
> tertentu sebagai menyambut ketibaan alaf baru.
> Kerana itu, katanya, sudah tentu pihak terbabit telah mengeluarkan banyak
> perbelanjaan untuk menyediakan segala-galanya bagi menjayakannya.
> ''Tentu sekali perayaan yang akan diadakan itu orang yang ingin mengambil
> bahagian telah pun mengeluarkan wang untuk membuat persedian,
barang-barang
> makanan telah dibeli.
> ''Kalau kita haramkan pada hari ini ia akan timbulkan lagi banyak
masalah,''
> katanya.
> Abdullah memberitahu, penganjur pesta berkenaan perlu memastikan majlis
yang
> mereka adakan tidak dibuat secara kelam-kabut dan mengelakkan peserta
mereka
> daripada terlibat mengganggu keadaan lalu lintas.
> Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya akan meminta
polis
> mengawal sebarang pesta yang diadakan supaya tidak berlaku tindakan liar
> kerana keghairahan peserta meraikannya.
> ''Maklumlah kerana keghairahan berlebihan ini macam-macam boleh terjadi.
> Pecah barang itu pecah barang ini, buat kacau di jalan,'' katanya.
> Tegas beliau, anggota polis akan mengawal tempat pesta diadakan supaya
> ketenteraman awam dan lalu lintas tidak terganggu dengan perayaan yang
> diadakan.
> ''Kita yang akan pastikan tidak ada sesuatu berlaku yang membawa kepada
> keadaan atau situasi yang tidak baik,'' ujar Abdullah.
> Oleh: AKMAR HISHAM MOKHLES
>
> © UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200
Kuala
> Lumpur.
> E-mail: [EMAIL PROTECTED]
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke