*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,

Merujuk kepada perbincangan tentang isu penghalalan
penternakan babi di Terengganu, dan juga tentang isu
barangan dari kulit babi, maka izinkan saya menyambung
sedikit lagi berdasarkan kpd input melalui
perbincangan terkini.

Setelah mendapat jawapan oleh Abg Lang yang mengatakan
bahawa penarikan balik larangan bela babi oleh
kerajaan PAS Terengganu adalah utk mengembalikan hak
bukan Islam yg telah diambil oleh Wan Mokhtar, maka
saya telah bertawaquf  bagi mencari penjelasan atau
menunggu maklumat yang lebih banyak lagi. Sehingga
kini, 2 maklumat yg diberikan oleh sdr Hisham amat
menarik bagi saya:

1. Keputusan yang telah diambil oleh Saidina Umar ra
yang mengarahkan agar membunuh semua babi serta
membayar ganti rugi kpd para penternak.

2. Rumusan yang dibuat oleh THTL spt berikut [rumusan
lengkap spt di bawah]:

“3.1 Kitab Hasyiah Syarqawi, Jld 1, ms 166," Babi
adalah najis yang berat kerana ia lebih buruk dari
anjing.
3.2 Kitab I'anatuTolibin, Jld 1, ms 92," Babi adalah
najis, babi itu lebih buruk drpd anjing, babi sama
sekali tak dapat dimanfa'atkan, tidak boleh dipelihara
sama sekali, dan mengikut madzhab kita (Syafi'iy)
sunnah membunuhnya, bahkan diperkuat oleh Ibn Hajar,
wajib membunuhnya."
3.3 Ibn Hajar Asqalany, Fathul Bari, Jld 5, ms
319,"Nabi Isa AS kelak akan membunuh babi, yakni Isa
memerintahkan agar menghapuskan babi kerana
bersangatan haramnya....”

Berdasarkan kpd tulisan THTL, beliau tidak menyatakan
secara spesifik tentang perihal babi oleh bukan Islam
di dlm negeri Islam, namun terdapat hujah-hujah yg
kuat dan jelas tentang larangan penternakan babi ini. 

Maka berdasarkan kpd kedua-dua input ini, maka saya
kembali berpendapat bahawa keputusan menarik balik
larangan membela babi di Terengganu adalah tidak
wajar, malah bertentangan dengan syariat Islam.

Jadi kpd Abg Lang, izinkan pula utk saya bertanya:
1. Adakah sebenarnya menternak babi itu merupakan hak
bukan Islam di dalam negara Islam? Yakni, yang harus
dikembalikan jika sudah wujud larangan oleh pemerintah
sebelumnya?

2. Adakah sebaliknya pemerintah Islam tiada hak utk
melarang bukan Islam drp menternak babi di dlm
sesebuah negara Islam? 

Sekiranya tiada hujah kukuh yg dpt menjawab dua
persoalan yang saya ajukan di atas, maka benarlah
bahawa keputusan menarik balik larangan membela babi
di Terengganu adalah tidak wajar, malah bertentangan
dengan syariat Islam.

Wassalam
## Terimalah kebenaran itu walaupun rasanya pahit ##


Penjelasan oleh THTL yang diforwardkan oleh sdr
Hisham:

Rumusan: Inilah pendapat yang muktamad dari madzhab
Syafi'iy

1. Dalil Qur'ani pengharaman babi ialah : al An'am:145
2. Dalil Hadis, banyak, antaranya:
2.1 Dari Abu Hurairah,"Sesungguhnya Allah telah
mengharamkan arak dan harganya, dan telah haramkan
bangkai dan harganya dan telah haramkan babi dan
harganya (jual-belinya)." (HR Abu Daud dalam Sunan Abi
Daud)
2.2 Dari Jabir, "Sesungguhnya Allah telah haramkan
menjual arak, bangkai, babi dan berhala." HR Syaikhan
2.3 Dari Abi Hurairah," di antara tugas Nabi Isa
alMasih bila ia turun nanti ialah membunuh babi."
(Bukhari)
3.0 Penjelasan Ulama' Syafi'iyah:
3.1 Kitab Hasyiah Syarqawi, Jld 1, ms 166," Babi
adalah najis yang berat kerana ia lebih buruk dari
anjing.
3.2 Kitab I'anatuTolibin, Jld 1, ms 92," Babi adalah
najis, babi itu lebih buruk drpd anjing, babi sama
sekali tak dapat dimanfa'atkan, tidak boleh dipelihara
sama sekali, dan mengikut madzhab kita (Syafi'iy)
sunnah membunuhnya, bahkan diperkuat oleh Ibn Hajar,
wajib membunuhnya."
3.3 Ibn Hajar Asqalany, Fathul Bari, Jld 5, ms
319,"Nabi Isa AS kelak akan membunuh babi, yakni Isa
memerintahkan agar menghapuskan babi kerana
bersangatan haramnya. Dalam hal itu ada mengandungi
kutukan yang hebat terhadap kaum Nasrani yang
melakukan pelbagai kebohongan terhadap Isa ,kemudian
mereka halalkan makan babi dan bersangatan sukanya
pada daging babi."
3.4 Imam Jalaludin Syuyuti, Al Asyabah wan Nazoir,
ms167 dalam membicarakanUsyul Feqh: "Lil Wasa-il
Hukmul Maqaasid" (Apabila terhukumnya tujuan, maka
begitu juga wasilahnya) Apabila diharamkan makan babi,
begitu juga menjual, memelihara, menternaknya baik
untuk dimakan atau dijual. Begitu juga bila haram
mengguna, maka haramlah menyimpannya. Dalam hal ini
haramlah menyimpan bejana emas dan perak, anjing bagi
yang tidak ada keperluan berburu, binatang-binatang
khabith (buruk spt babi), sutera dan emas bagi lelaki.
Itu baru kitab madzhab Syafi'iy, belum lagi dari
madzhab Malik, Hanafi, Hanbali, Zahiri dan
Imamiah.
Jadi bab haram dan dilaknatnya khinzir ini bukan qias
lagi, malah terang lagi bersuluh diharamkan oleh
alQur'an, alHadis dan ijma' dari madzhab Syafi'iy.
Malah di antara tugas turunnya Isa alMasih ialah
menghapuskan penternakan babi.  Wbmp, isu khinzir ini
sah haram dan dicela oleh semua madzhab dan akan
dikenakan hukuman takzir jika si muslim terlibat
dengannya dan ia akan dicela dan dikutuk oleh uruf
masyarakat dan ia akan dipandang jijik dan hina.

sekian
thtl

Tulisan saya sebelum ini:

Assalamualaikum wbt,

Terima kasih kpd para sahabat semua esp. Sdr DRTN98,
The Oiler dan Abg Lang yg dapat menangkap dan memahami
isu yg saya bawa. 

Saya tertarik dgn pandangan Abg Lang yg dapat menjawab
persoalan yg saya telah ajukan. Penarikan balik
larangan bela babi adalah utk mengembalikan hak bukan
Islam yg telah diambil oleh Wan Mokhtar, spt kata Abg
Lang:

“So dalam hal ini, hak Org Bukan Islam yg telah di
ambil oleh Wan Mohhtar tu kenalah dikembalikan kepada
mereka. Islam tak mengizinkan Umat Islam mengambil
Hak2 orang2 bukan Islam yg bernaung di bawah kerajaan
Islam. Malahan Islam mewajibkan memberi perlindungan
kepad mereka kerana mereka adalah di bawah
pemerintahan Islam y mohon perlindungan dari kerajaan
Islam. So apasal laks saudara nak beria-ia utk
menghalang mengembalikan hak2 mereka ini. Kalu
Kerajaan Terengganu tak bagi hak mereka nie kepada
mereka.... kerajaan Terengganu bukanlah sebuah
kerajaan Islam tapi kerajaan zalim. So disebabkan
Terengganu hendak mengamalkan apa yg Islam tuntut...
tu saja laah...”

Saya reserve pendapat Abg Lang ni utk dipikirkan dgn
lebih mendalam lagi. Kira tawakuf dulu. Ada
kebenarannya w/pun alasan ketidak-wajarannya telah
banyak saya ajukan dlm email-email terdahulu.

Spt yg telah saya katakan, walaupun terdapat larangan
penternakan babi, saya tidak yakin yg Terengganu bebas
dari babi 100%. Ini diakui sendiri oleh sdr The Oiler
:

“Pasal bab babi ni....Terengganu tiada ladang babi
...Begitulah yang diwar-warkan dalam media dan rakyat
marhain semua percaya........tetapi yang sebenarnya
ada orang bela babi secara kecil-kecilan dan
sembunyi-sembunyi dan kerajaan BN buat Tak tahu je dan
tidak dilesenkan..........walaupun ada bantahan oleh
penduduk Wakaf Tapai dan satu tempat didungun. mereka
kata dia orang bela untuk sendiri sendiri saja seperti
orang melayu bela kambing je.... sebenarnya yang
tersirat ialah Di Terangganu ada ladang babi bersaiz
kecil ditiga tempat berasingan telah dikesan.”
“jadi pada pendapat saya elok sangat le PAS menarik
balik sekatan..dari dia orang bela sembunyi-sembunyi
tu...senang le nak control prasarana nya nanti.”

Maka bolehlah saya simpulkan pdpt sdr The Oiler ni
iaitu DARIPADA BELA BABI SECARA HARAM. LEBIH BAIK
BENARKAN DAN BERI LESEN SUPAYA PENTERNAKAN BABI TU
MENJADI SAH?. [Sila fikirkan!]

Ramai orang yg berkata bahawa penternakan babi itu
hanya dibenarkan dgn syarat-syarat dan peraturan
tertentu. Peraturan-peraturan inilah yg belum jelas.
Dalam hal ini, saya berpendapat bahwa kerajaan
Terengganu sepatutnya mengkaji dulu syarat-syarat dan
peraturan tersebut, sekiranya yakin yg segala
syarat-syarat tersebut boleh dipatuhi oleh para bakal
penternak babi dan juga berkesan dlm mengawal segala
kesan negatif kpd alam sekitar dan maslahat umum umat
Islam, barulah larangan penternakan babi itu ditarik
balik. Usahlah memberikan kebenaran spt sekarang baru
ingin mengkaji dan menetapkan syarat-syaratnya.

Menyentuh pasal syarat dan peraturan ni, eloklah saya
bawa sdr sekelian berfikir setakat mana apa yg
dinamakan ‘peraturan @ law’ itu dipatuhi. Sesungguhnya
semua peraturan itu adalah buatan manusia yg banyak
kelemahan dan cacat-celanya. Walaupun peraturan dan
suruhan dari Tuhan itu pun masih ramai yg
melanggarnya, inikan pula undang-undang ciptaan
manusia. Ambil contoh, lihat saja berapa banyak
company yg melanggar Akta Syarikat, Akta Perniagaan,
Akta Perlesenan, Akta Perkilangan, Akta Buruh dan
berbagai-bagai law lagi. Berapa banyak company yg tak
carumkan EPF para pekerjanya atau tak meremitkan
potongan income tax kpd LHDN. Maka sama-samalah kita
fikirkan ... dan bagi rakyat Terengganu agar buka mata
dan telinga utk menjadi lebih peka iaitu setakat mana
undang-undang babi yg bakal diwartakan kelak dipatuhi
oleh bukan Islam penternak babi. Spt kata Abg Lang,
“Memang Kerajaan BN Mengharamkan Ternakan
babi.....tetapi mereka tidak ambil tindakan terhadap
ladang babi haram”. Pada pendapat saya, walaupun Wan
Mokhtar berani membuat undang-undang larangan
penternakan babi, namun beliau juga masih takut dan
gagal utk menguatkuasakannya. Kini kerajaan Terengganu
telah membenarkannya, apakah mereka dapat memastikan
segala peraturan dan syarat yg ditetapkan itu dipatuhi
serta dapat juga memastikan tiada lagi ladang babi
haram? Setuju atau tak setuju terpaksalah kita berikan
peluang kpd mereka utk membuktikannya.

Akhir kata, maafkan saya jika segala argument dan
persoalan yg saya lontarkan menyebabkan sdr semua
kurang senang. Kpd Ahmad Chukari, soalan sdr
sebenarnya telah saya jawab lebih dahulu dlm email
saya sebelumnya.

Wassalam dan tammat.



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke