Sani Norku wrote:

1. Keputusan yang telah diambil oleh Saidina Umar ra
yang mengarahkan agar membunuh semua babi serta
membayar ganti rugi kpd para penternak.
----------------------
Assalamualaikum warahmatullah,

Izinkan saya mencelah lagi dlm isu ini. Pertama, dlm perkara no.1 ini boleh dipertikaikan. Ini berdasarkan 2 riwayat.

Menurut riwayat Abdul Razaq, sampai berita kepada Umar Al-Khattab R.A. bahawa Samurah menerima Khamar dan Khinzir dari ahli zimmah sbg ganti dr duit utk membayar cukai mereka. Maksudnya, Samurah menerima khamar dan khinzir dari mereka, kmdn menjualnya dan memasukkan wangnya ke dlm baitul mal. Umar Al-Khattab yg mengetahui peristiwa ini berkata: "Semoga Allah membunuh samurah (org yg ditugaskan ke Iraq). Dia telah mencampurkan harta kaum muslimin dr wang khamar dan khinzir, padahal benda itu haram dan hasil jualannya pun haram."

Menurut riwayat Abdul Razaq dan Abu Ubaid, Bilal bin Rabah berkata kpd Umar Al-Khattab: "Sesungguhnya pegawai tuan di sana mengambil khamar dan khinzir utk menjadi cukai." Mendengar perkara demikian, Umar berkata kpd org-orgnya yg dilantik, "Jgn ambil khamar dan khinzir dr mereka. Bahkan wang dr hasil jualannya pun tidak boleh diambil."

Ibn Qayyim Al-Jawzi, di dlm kitabnya, Turuqul Hukmiyah Fi Siyasah As-Syar'iyah, "Menurut riwayat Yahya bin Malik, ada berkata: "Menurut saya, rumah khamar perlu dibakar." Katanya lagi: "Bercerita kpd ku sbgn sahabat kami bhw Imam Malik menganggap sunat membakar rumah Muslim yg dijadikan tempat membuat khamar atau tempat menyimpannya." Kmdn, ada yg bertanya lagi: "Bagaimana rumah org nasrani tempat menyimpan khamar dan dia menjual kpd org Islam?" Beliau menjawab, "Menurut saya, itupun mesti dibakar."

Menurut riwayat Al-Laith, Umar Al-Khattab pernah membakar rumah Ruwaisyad Al-Tasaqafi krn dia menjual khamar. Umar berkata kpdnya: "Engkau sebenarnya Fuwaisiq (fasiq) dan bukan Ruwaisyad."

Rumusan drpd 4 khabar sahabat dan Tabi'in yg ditulis ini:
1. Umar marah bersangatan apabila mengetahui bahawa pegawainya mengambil khamar dan khinzir sbg ganti cukai. Maksudnya, di zaman Umar wujud penternakan khinzir. Masakan pegawai Umar Al-Khattab boleh mengambil Khinzir kalau dikatakan Umar mengarahkan semua khinzir dibunuh. Tambahan pula, marah Umar itu kpd pegawainya yg mengambil khinzir sbg ganti cukai (dan wang dimasukkan ke dlm baitul mal) bukan krn ahli zimmah membela khinzir.
2. Penglibatan org Islam dlm industri najis spt khamar dan khinzir atau seumpamanya adalah dilarang keras. Dan non-muslim juga dilarang melibatkan org Islam dlm urusniaga industri najis.

Rujukan:
"Umar Ibnul Khattab: Keputusan hukum dan fatwa-fatwanya", Muhammad Abdul Aziz Al-Hallawi.

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke