*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya forwordkan jawapan dan ulasan THTL



mohammad salim wrote:

> From: "mohammad salim" <[EMAIL PROTECTED]>
>
> Diharap dapat dijelaskan samada perkara di bawah ini
benar. Sekian,
tk.
>
> 1. Babi haram dimakan jelas dalam Quraan

--------------------------------

Jwb:

Benar dan ijma' ulama' terhadap pengharaman daging
babi.

Firman Allah (maksud):"Sesungguhnya Allah hanya
mengharamkan bagi kamu
bangkai,
darah, daging babi...." alBaqara: 173
Juga lihat al An'am:145 dan al A'raf: 157

> 2. Babi bukanlah seumpama racun yang tidak boleh
> dimakan diketikamana pun.

--------------------------------

Jwb:

Benar kenyataan di atas.
Babi diharamkan kerana binatang khaba'ith (kotor,
najis dan
menjijikkan)
manakala racun diharamkan kerana mudharatnya.

>
>
> 3. Babi harus(maknanya boleh) dimakan dimasa darurat
> syarie

-------------------------

Jwb:

Benar, jika itulah satu-satunya makanan yang masih
ada.
Ini berdasarkan alQur:an S. alBaqarah:185 (Allah
mahukan kebaikan bagi
kami dan
tidak mahukan kesukaran
bagi kamu); juga kaedah syara': Dharurat Tubiihul
Makhthurat (Kegawatan
mendesak
mengharuskan yang terlarang)

> 4. Babi halal disentuh(sesekali tidak haram
disentuh)

---------------------------------------

Jwb:

Jumhur (majoriti) ulama' mengharamkan menyentuhnya.
Sebahagian ulama'
Maliki
membolehkan
atas alasan setiap binatang yang hidup adalah suci
termasuk anjing dan
babi.
manakala
menurut madzhab Hanafi, anjing boleh disentuh kerana
air liurnya sahaja
yang
najis.

Jika anda berpegang kepada pendapat Syafi'iy, haram
menyentuh babi
hidup kerana
bulu dan peluh babi
adalah haram.

>
>
> 5. Babi keseluruhannya adalah najis berat sahaja

-------------------------------

Jwb:

Benar inilah pendapat majoriti ahli feqah.

>
>
> 6. Kenajisan babi hanya lebih sedikit dari kenajisan
> tahi dari segi pensuciannya sahaja. Ia perlu dibasuh
7
> kali termasuk satu dengan air tanah.

------------------------------------------------

Jwb:

Tidak benar, tahap kenajisan babi melampaui
najis-najis yang lain.
Atas alasan itulah Nabi menyuruh di basuh melebihi 7
kali dan salah
satunya
dengan air tanah.

>
>
> 7. Barangan dari babi adalah harus(maknanya boleh)
> dipakai

-------------------------------

Jwb:

Tidak benar. Pendapat jumhur ulama' mengharamkannya.
Hanya madzhab Abu Daud Zahiri dan Ibn Abbas yang
mengharuskan
kulit babi jika disamak. Ini pendapat minoriti

>
>
> 8. Apabila barangan dari babi terdapat pada diri
> semasa beribadat, ibadat tidak sah kerana sifat
> najisnya barangan tersebut sahaja dan bukanya kerana
> ianya tidak boleh dimakan.

-----------------------------------------

Jwb:

Kedua-duanya sekali.
Setiap yang najis turutannya ia tidak boleh dimakan.

>
>
> 9. Tidak haram bela babi. Tetapi haram mendapat
hasil
> dari perniagaan babi dek sebab haram mendapat hasil
> dari perniagaan najis.

------------------------------------------

Jwb:

Tidak benar,
Dalil:
Dari Abu Hurairah,"Sesungguhnya Allah telah
mengharamkan arak dan
harganya, dan
telah haramkan bangkai dan harganya dan telah haramkan
babi dan
harganya
(jual-belinya)." (HR Abu Daud dalam Sunan Abi Daud)
Ulasan lanjut : lihat rumusan di akhir Q & A

> 10. Adalah tidak menjadi dosa memakai barangan dari
> najis berat mahupun ringan.

---------------------------------------------------

Jwb:

Islam adalah agama fitrah dan Taharah ialah permulaan
ilmu feqah.
Maka menjadi satu yang ganjil jika umat Muhammad
memakai barangan najis
berat
atau ringan.
Ia berlawanan ruh Islam yang menyeru kepada kebersihan
baik dari segi
ruhani dan
jasmani.
Tubuh yang bernajis tidak berdosa dan ia hanya berdosa
jika ia
melakukan ibadah
dalam keadaan bernajis.

>
>
> 11. Adalah tidak berdosa sekira kita tidak tahu
bahan
> yang kita makan itu mengandungi najis babi.

------------------------------

Jwb:

benar, tidak berdosa seseorang yang melakukan sesuatu
dalam keadaan ia
tidak
tahu.

>
>
> 12. Kita tidak makan babi semata-mata kerana beriman
> kepada Allah dan kitabnya, dan bukan kerana kotornya
> atau terdapat kuman pada barangan babi.

--------------------------------------

Jwb:

Kedua-duanya sekali. Allah memberitahu bahawa khinzir
itu rijs (najis,
kotor dan
menjijikkan)
lihat alAn'am 145

>
>
> 13. Najis berat(mughallazah) terdapat dua bahagian
> pensucian. a)ain(sifat nyata) b) zat(disebalik sifat
> ain).

----------------------------------

Jwb:

Feqah hanya mengambil kira najis 'ainnya sahaja. Najis
berat hendaklah
di basuh
dengan minima 7 kali
basuhan. Najis pada zatnya hanyalah pada pendapat
ulama' yakni daging
khinzir
mengotori jiwa pemakannya
yakni pemakan daging babi akan hilang rasa cemburu dan
menjadi tamak
dan haluba.

>
>
> 14. Tidak haram makan dipinggan bekas terkena babi
> apabila tiada ain najis berat pada pinggan tersebut.
> Ini bermakna, walaupun pun belum bersamak pinggan
atau
> periok tanpa ain harus digunakan.

--------------------------------------

Jwb:

Tidak benar, pinggan dan bejana yang terkena najis
berat hendaklah
disamak
terlebih dahulu.
Ini pendapat majoriti ulama' feqah.

>
>
> 15. Tempat yang terkena najis berat perlu disamak
> untuk mengsahkan ibadat.

---------------------------------------------

Benar jika ia adalah tempat sujud atau pakaian yang
dibawa solat.

>
>
> 16. Tidak haram atau berdosa berada didalam keadaan
> bernajis berat.

------------------------------

Jwb:
Benar. Jatuh dosa dan haram bila hendak melakukan
ibadah.

>
>
> 17. Islam tidak menyuruh kita berasa loya/mual
melihat
> daging babi.

--------------------------------

Jwb:

Tidak benar, AlQur:an menggunakan kalimah rijs dan
khabithah yang
membawa makna
jijik dan meloyakan. Sifat dan bentuk pemakanan
binatang ini
menambahkan loyanya.

Penternakan babi telah mencemari sungai, alam sekitar
dan air bawah
tanah serta
menyibarkan penyakit JE
yang membawa maut. Hanya orang yang tidak pernah
melihat babi sahaja
yang tidak
akan merasa loya.

>
>
> 18. Islam tidak menyuruh kita mengelak dari
tersentuh
> anjing atau babi.

-----------------------------------

Jwb:

tersentuh berbedza dengan menyentuh. Tersentuh adalah
bermaksud tidak
sengaja dan
ia dima'afkan.
Manakala menyentuh bermaksud sengaja.

> Jadi, adakah isu kasut berkulit babi masih
menghantui
> anda dan harus diperbesarkan??

---------------------------------------------

Rumusan: Inilah pendapat yang muktamad dari madzhab
Syafi'iy

1. Dalil Qur'ani pengharaman babi ialah : al An'am:
145
2. Dali Hadis, banyak, antaranya:
2.1 Dari Abu Hurairah,"Sesungguhnya Allah telah
mengharamkan arak dan
harganya,
dan telah haramkan bangkai dan harganya dan telah
haramkan babi dan
harganya
(jual-belinya)." (HR Abu Daud dalam Sunan Abi Daud)
2.2 Dari Jabir, "Sesungguhnya Allah telah haramkan
menjual arak,
bangkai, babi
dan berhala." HR Syaikhan
2.3 Dari Abi Hurairah," di antara tugas Nabi Isa
alMasih bila ia turun
nanti
ialah membunuh babi." (Bukhari)
3.0 Penjelasan Ulama' Syafi'iyah:
3.1 Kitab Hasyiah Syarqawi, Jld 1, ms 166," Babi
adalah najis yang
berat kerana
ia lebih buruk dari anjing.
3.2 Kitab I'anatuTolibin, Jld 1, ms 92," Babi adalah
najis, babi itu
lebih buruk
drpd anjing, babi sama sekali tak dapat dimanfa'atkan,
tidak boleh
dipelihara
sama sekali, dan mengikut madzhab kita (Syafi'iy)
sunnah membunuhnya,
bahkan
diperkuat oleh Ibn Hajar, wajib membunuhnya."
3.3 Ibn Hajar Asqalany, Fathul Bari, Jld 5, ms
319,"Nabi Isa AS kelak
akan
membunuh babi, yakni Isa memerintahkan agar
menghapuskan babi kerana
bersangatan
haramnya. Dalam hal itu ada mengandungi kutukan yang
hebat terhadap
kaum Nasrani
yang melakukan pelbagai kebohongan terhadap Isa ,
kemudian mereka
halalkan makan
babi dan bersangatan sukanya pada daging babi."
3.4 Imam Jalaludin Syuyuti, Al Asyabah wan Nazoir, ms
167 dalam
membicarakan
Usyul Feqh: "Lil Wasa-il Hukmul Maqaasid" (Apabila
terhukumnya tujuan,
maka
begitu juga wasilahnya) Apabila diharamkan makan babi,
begitu juga
menjual,
memelihara, menternaknya baik untuk dimakan atau
dijual. Begitu juga
bila haram
mengguna, maka haramlah menyimpannya. Dalam hal ini
haramlah menyimpan
bejana
emas dan perak, anjing bagi yang tidak ada keperluan
berburu,
binatang-binatang
khabith (buruk spt babi), sutera dan emas bagi lelaki.
Itu baru kitab
madzhab
Syafi'iy, belum lagi dari madzhab Malik, Hanafi,
Hanbali, Zahiri dan
Imamiah.
Jadi bab haram dan dilaknatnya khinzir ini bukan qias
lagi, malah
terang lagi
bersuluh diharamkan oleh alQur'an, alHadis dan ijma'
dari madzhab
Syafi'iy. Malah
di antara tugas turunnya Isa alMasih ialah
menghapuskan penternakan
babi.  Wbmp,
isu khinzir ini sah haram dan dicela oleh semua
madzhab dan akan
dikenakan
hukuman takzir jika si muslim terlibat dengannya dan
ia akan dicela dan
dikutuk
oleh uruf masyarakat dan ia akan dipandang jijik dan
hina.

sekian
thtl



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?hisham=20ahmad?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke