limaucyber wrote:
1) Kawan saya telah memberi saya hadis ini untuk menguatkan kata beliau yang--------------------------
menyentuh perempuan tidak membatalkan wuduk:'Aisyah r.a. berkata: Sesungguhnya Nabi SAW, pernah mencium salah seorang
isterinya (beliau sendiri), kemudian terus shalat dengan tidak berwudhu
lagi' (Hadis riwayat Ahmad)Untuk pengetahuan drtpn98 buku hadis kawan saya ini diterbitkan di
Indonesia.
Assalamualaikum warahmatullah,
Utk menangani masalah ini, adalah menjadi keperluan mengetahui sbb2
terjadinya perkara khilaf. Tanpa pengetahuan tersebut, maka terjadilah
fitnah. Berikut adalah penjelasan perkara di atas:
Asas kpd perkara menyentuh perempuan membatalkan wudhu' atau tidak
adalah bersandarkan kpd satu dalil di dlm al-quran iaitu:
"...atau kamu telah menyentuh perempuan..." (surah An-nisa': ayat 43)
Perkataan 'laamastum' inilah yg menjadi punca khilaf di kalangan mazhab.
Mazhab Hanafi
Mazhab hanafi berpegang kpg pendapat Ibn Abbas (ahli tafsir) yg mengatakan
'laamastum'--sentuhan itu adalah bermaksud jimak. Mereka juga berpegang
kpd pendapat Ibn As-sikit yg mengatakan bahawa apabila kalimah 'laamastum'
digandingkan dgn perkataan perempuan bermaksud bermaksud jimak. Pendapat
ini disokong oleh bbrp dalil dlm al-quran yg menggunakan perkataan mulamasah,
laamastum, al-massu, atau al-lamsu sebagai maksud jimak. Berikut
adalah dalil-dalil Al-quran yg menunjukkan bahawa 'laamastum' bermaksud
jimak:
"Bagaimanakah aku akan memperolehi seorang anak padahal aku tidak pernah disentuh(yamsasni) olh seorang lelaki pun?" (surah Ali-Imran: ayat 47)
"Dan jika kamu ceraikan mereka sblm kamu bersentuh(tamassu) dgn mereka." (surah Al-baqarah: ayat 237)
Mazhab Maliki dan Hanbali
Mazhab maliki dan hanbali berpendapat sekiranya sentuhan itu tidak
disertai nafsu syahwat, maka tidak batal. Batal sekiranya disertai dgn
nafsu syahwat. Mereka mengaitkan 'laamastum' dgn bbrp hadith S.A.W. Antaranya
hadith berikut:
Drpd Aisyah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W pernah menguncup sbhgn drpd
isterinya kmdn baginda terus menunaikan sembahyang tanpa berwudhu' semula.
(Hadith riwayat Abu Daud, An-nasa'ie, Ahmad, dan At-Tirmidzi--hadith ini
mursal dan dianggap daif oleh imam Bukhari)
Drpd Aisyah R.A: "Ketika Rasulullah S.A.W hendak menunaikan solat, pernah aku duduk di hadapannya umpama satu jenazah hinggakan apabila hendak witir lalu baginda menyatuh aku dgn kakinya." (Hadith riwayat An-Nasa'ie. Kata Ibn Hajar isnadnya adalah sahih)
Dan sebuah yg matannya lebih kurang sama dgn hadith an-nasa'ie. Hadith tersebut adalah riwayat Imam Muslim, At-Tirmidzi dan Al-Baihaqi. At-Tirmidzi menganggap hadith ini sahih.
Mazhab Syafi'ie
Manakala mazhab syaf'ie pula menganggap sentuhan lelaki dgn perempuan
ajnabi yg bukan muhrim batal secara mutlak samada disertai dgn nafsu ataupun
tidak. Mereka berpegang teguh kpd zahir ayat surah an-nisa': ayat 43. As-Syafi'ie
menolak hujjah mazhab maliki dan hanbali krn Imam Bukhari mengatakan
hadith riwayat Aisyah mengenai baginda menguncup isteri2nya adalah mursal
dan dha'if. Imam Bukhari dan Muslim juga tlh sepakat mengatakan bahawa
al-lamsu itu ialah selain drpd persetubuhan. Antaranya hadith2 berikut:
Hadith Abu Hurairah:
"Zina kpd tangan itu ialah bersentuhan (al-massu)..."
Hadith Ibnu Abbas:
"Mungkin anda telah menyentuhnya (masasta)."
Drpd Umar bahawa: "Sesungguhnya ciuman itu adalah dikategorikan ke dlm sentuhan. Maka hendaklah berwudhu' krnnya."
Komentar:
1. Bolehkah kita mengambil hukum drpd mazhab lain dlm satu masalah
dan dlm satu masalah lain pula kita ambil mazhab lain? Ini dinamakan talfiq.
Sbhgn mengatakan tidak boleh, sebhgn lagi mengatakan boleh. Tidak harus
mencari hukum yg termudah dan yg bertepatan serta disukai oleh hawa nafsu
tanpa mengira dalil. Para ulamak salaf telah berkata: "org yg mencari
rukhsah (keringanan) drpd mazhab2 adalah fasiq" Oleh itu, berhati2lah
dlm perkara ini.
2. Dr. Wahbah Zuhaili (pengarang al-fiqh islami dan tafsir al-munir)
cenderung kpd pendapat bersentuhan secara tidak sengaja dan tidak disertai
dgn hawa nafsu tidak batal wudhu'.
3. Sayyid Sabiq juga cenderung kpd perkara no.2.
Sbb berlakunya khilaf di kalangan fuqaha mazhab:
1. Sbb-sbb yg berpunca dr bahasa (lughat)
Hal ini disbbkan ada pd perkataan syar'ie lafaz musytarak, iaitu lafaz
yg mengandungi banyak erti dan beragam. Cth: lafaz 'ain' boleh digunakan
utk erti mata, anak dara, emas murni, mata-mata, dan pelbagai maksud yg
lain. Apabila lafaz itu bebas dr qarinah (tidak ada indikasi bagi makna
yg dimaksudkan), maka kemungkinan makna yg dimaksudkan adalah sama di antara
semua makna yg berkongsi dgn lafaz musytarak itu. Di sinilah terjadinya
perbezaan pendapat di kalangan mujtahidin, samada yg dimaksudkan dgnnya
salah satu dr makna itu, atau keseluruhannya.
Kadang2 lafaz mempunyai 2 penggunaan iaitu haqiqi
dan majazi, dan fuqaha berbeza pendapat yg mana satukah lafaz di
antara 2. Sesetengah ulamak berpendapat harusnya berlaku majaz pd lafaz
syarak, sbhgn lagi seperti Ibn Taimiyah dan Abi Ishaq Al-Alfirayniy menafikannya.
2. Sbb2 yg berpunca dr riwayat sunnah
Faktor ini mempengaruhi kebanyakan fuqaha utk berbeza
pendapat. Kadangkala hadith tidak sampai kpd seorang mujtahid, lalu ia
berfatwa mengikut kehendak zahir ayat, atau hadith yg lain atau mengqiyaskan
kpd persoalan yg telah ada ketetapan Rasulullah S.A.W padanya atau mengikut
kehendak istishab bagi hal yg terdahulu atau mengikut kehendak bahawa asalnya
bebas dan tidak ada apa2 bebanan atau mengikut kehendak mana-mana cara
yg telah diperakui drpd cara2 berijtihad.
Berkemungkinan juga bahawa hadith telah sampai kpd
mujtahid yg lain, lantas ia berfatwa mengikut kehendak hadith itu, maka
terjadilah khilaf dlm fatwanya itu.
Mungkin juga sampai hadith itu kpd seorang mujtahid,
namun ia berpendapat ada sbb yg menghalangnya utk beramal dgn kehendak
hadith itu seperti ia mempercayai isnadnya tidak sahih disbbkan rawi yg
tidak diketahui keadaannya, atau masih dipersoalkan, atau lemah hafalannya
dlm rangkaian isnad hadith itu, atau terputus sanadnya, atau hadith mursal,
ataupun kerana ia mensyaratkan pd hadith riwayat perseorangan (khabar wahid)
mesti adil dan hafiz atau lain2.
Mungkin juga disbbkan perbezaan pendapat mengenai
makna-makna hadith dan dilalahnya.
Kadangkala sampai hadith itu kpd sesetengah mujtahid
dr satu jalan dgn satu susunan kata-kata, ttp sampai pula kpd mujtahid
lain dgn susunan kata-kata yg berbeza.
Kadangkala sampai hadith itu kpd mujtahid lengkap
bersama-sama dgn sbb timbulnya hadith sehingga sempurnanya fahaman terhadap
hadith itu, ttp sampainya kpd mujtahid lain tanpa disertai oleh sbb2 timbulnya
hadith.
Dan sbb2 lain yg tidak sempat ditaip di sini.
3. Sbb2 yg berpunca dr kaedah usul dan panduan istinbat
Sesetengah imam berpendapat fatwa sahabat adalah
hujjah sekiranya ia masyhur dan tidak ada tentangan dr sahabat yg lain.
Sesetengah mereka khilaf mengenai mazhab sahabat di mana mereka berpendapat
bahawa yg menjadi hujjah ialah apa yg diriwayatkan oleh sahabat drpd Rasulullah
dan bukan pendapat sahabat.
Sesetengah mujtahid mengambil al-masalih mursalah.
Dan sbb2 lain yg tidak berkesempatan dinyatakan di sini.
Rujukan:
Al-Fiqh Islami Wal Adillatuhu, Wahbah Zuhaili
Adabul Ikhtilaf Fil Islam, Taha Jabir Al-Alwani
Fatwa Muasirah, Al-Qardhawi
2) Tahukah drtpn98 dimana kita boleh mengetahui maklumat dari Internet-----------------------------
mengenai mazhab2 yang diikuti oleh umat islam?
Version melayu (malaysia) boleh didapati di al-ahkam online (http://fly.to/al-ahkam)
Kawan saya ini juga berkata kita tidak perlu mengikut mazhab kerana hanya---------------------------
Al-Quran sahaja yang menjadi panduan kita.
Harus diperbetulkan kenyataan di atas. Semua mazhab ahlus sunnah wal jamaah berpegang kpd al-quran dan as-sunnah. Kedua, Al-quran shj tidak memadai dan perlukan kpd as-sunnah utk menyokong Al-quran. Bukanlah hendak mengatakan bahawa Al-quran itu tidak lengkap, ttp kita memerlukan penafsiran yg lebih detail dr org yg menerima Al-quran itu sendiri yakni Muhammad S.A.W. dan juga org yg menerima tarbiyyah drpd baginda secara direct iaitu org-org yg dikenali sbg salafussoleh.
Kita ambil contoh ayat hudud:
"Potonglah tangan pencuri lelaki dan perempuan...". Al-quran tidak menerangkan dgn jelas bhgn mana yg patut dipotong. Adakah tangan yg patut dipotong itu dari hujung jari hingga ketiak? Adakah pergelangan tangan shj? Adakah jari jemari shj? Di sinilah as-sunnah memainkan peranannya.
Wallahua'lam.
Pengirim: "limaucyber" <[EMAIL PROTECTED]>